Gelombang haba haji 2024Kawasan | Makkah, Arab Saudi |
---|
Tarikh mula | 16 Jun 2024 (2024-06-16) |
---|
Suhu puncak | 51.8 °C (125.2 °F), direkodkan di Masjidil Haram |
---|
|
Kematian | 922 |
---|
Kecederaan | 2,764 |
---|
Sejak 16 Jun 2024, sekurang-kurangnya 922 orang jemaah haji di Makkah, Arab Saudi meninggal dunia akibat panas melampau, dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius.[1] Suhu terpanas yang direkodkan di Masjidil Haram Makkah ialah 51.8 °C (125.2 °F).[2] Sekurang-kurangnya 2,764 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan pada 16 Jun.[3] Seorang terbunuh dalam pertembungan klalayak yang kecil.[4]
Korban
Musim haji pada 2024 (1445 Hijrah) terdiri daripada kira-kira 1.8 juta orang jemaah. Daripada mereka yang meninggal dunia, sekurang-kurangnya 600 ialah jemaah haji Mesir. Diplomat Jordan menyatakan bahawa 60 warga Jordan juga mati akibat kepanasan melampau.[4] Kementerian Luar Tunisia melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 35 jemaah haji Tunisia meninggal dunia semasa "peningkatan mendadak suhu". Indonesia melaporkan 144 kematian warga Indonesia, sekurang-kurangnya tiga daripadanya disahkan disebabkan strok haba. Tiga belas jemaah dari Wilayah Kurdistan di Iraq dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba yang dilaporkan. Lima jemaah haji wanita dari wilayah Jammu dan Kashmir India meninggal dunia akibat strok haba di Gunung Arafah dan di Muzdalifah.[15] Jemaah haji lain dari Iran dan Senegal dilaporkan meninggal dunia.[16][17]
Beberapa jemaah haji melaporkan melihat jemaah terbaring di tepi jalan tanpa sebarang gerakan, dan menyatakan bahawa perkhidmatan ambulans berulang kali tidak dapat memberikan perhatian yang mencukupi berbanding dengan jumlah korban.
Seorang diplomat Mesir menyatakan bahawa sebilangan besar jemaah haji menunaikan haji tanpa pendaftaran kerana tidak mampu membayar prosedur rasmi, dan boleh memburukkan lagi jumlah korban dan kecederaan Mesir secara amnya disebabkan oleh panas melampau. Sebab-sebabnya termasuk tiada akses kemudahan berhawa dingin atau makanan serta air rasmi, membawa kepada tempoh penyahhidratan berpanjangan, dan pendedahan terhadap haba melampau. Diplomat itu juga menyatakan bahawa kemasukan besar-besaran jemaah haji yang tidak berdaftar berkemungkinan memberi tekanan terhadap kemudahan sedia ada, menyebabkan gangguan dalam agihan makanan, air dan perkhidmatan perubatan.[2]
Pada 19 Jun, jumlah kematian meningkat kepada 922 orang, termasuk 600 rakyat Mesir.[5]
Rujukan