Garena Free Fire, juga dikenali sebagai Free Fire atau disingkatkan sebagai FF, ialah permainan permainan Battle Royale yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Garena International I (dikenali Garena) untuk Android dan iOS dengan berslogan "Battle in Style"'.Free Fire Max, versi Free Fire yang dipertingkatkan secara grafik, telah dikeluarkan secara global pada 28 September 2021.Manakala, Free Fire Advanced Server adalah aplikasi layanan sementara untuk mencuba fitur baharu yang akan dimasukkan di layanan penuh Free Fire,Free Fire Max dan Free Fire India.
Ia menjadi permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada 2019 Sehingga 2021 melalui Google Play Store, Free Fire telah melepasi 150 juta pengguna aktif setiap hari.
Pada 5 September 2023, Garena bersedia untuk melancarkan Free Fire India, versi permainan setempat yang akan disesuaikan dengan pasaran India namun ia masih di pra-pasang kerana banyak fitur ditambah.
Versi Permainan
Free Fire Max
Free Fire MAX ialah versi Free Fire yang dipertingkat yang dikeluarkan pada tahun 2021.Ia menampilkan grafik Definisi Tinggi yang dipertingkatkan , kesan bunyi dan lobi boleh putar 360 darjah. Pemain boleh menggunakan akaun yang sama untuk bermain Free Fire MAX dan Free Fire, dan pembelian dalam permainan, pakaian dan item disegerakkan antara kedua-dua permainan.Kedua-dua permainan disambungkan dengan teknologi FireLink,yang membolehkan pemain dari kedua-dua permainan bermain bersama-sama secara serentak.
Free Fire Advanced Server
Free Fire Advanced Server merupakan layanan sementara Free Fire untuk mencuba fitur-fitur yang baru seperti watak,haiwan, senjata,mod permainan,UI yang baru dan banyak lagi yang akan dimasukkan di tampalan baru untuk versi asal,versi MAX dan versi India.
Free Fire India merupakan versi Free Fire khas untuk di India sahaja.Pada awalnya, permainan ini dimainkan dalam versi asal sahaja dan versi MAX , namun permainan telah diharamkan oleh kerajaan India atasan untuk memboikot barangan China bagi membenteras isu jenayah siber.Versi asalnya sahaja pada 14 Februari 2022,tetapi versi MAX masih ada lagi di aplikasi gedung permainan dan gedung aplikasi.Setelah setahun, pihak Garena telah mengambil keputusan untuk mencipta sebuah permainan versi Free Fire khas di India sahaja.Permainan ini dilancarkan pada 5 September 2023 namun dalam versi pra-pasang dan 31 Oktober 2023 ia boleh dimuat turun bagi meragamkan versi asal dan versi MAX.
Mod permainan
Free Fire dimainkan dalam perspektif Orang Ketiga . Seperti dalam permainan menembak yang lain , pemain boleh menggerakkan watak mereka menggunakan kayu bedik dan menembak dan membaling item dengan butang api. Watak dalam permainan boleh melompat, merangkak dan baring. Apabila berada di Medan perang , pemain boleh menggunakan bom tangan yang dipanggil "Gloo Wall" sebagai penutup untuk mengelakkan kerosakan.
Battle Royale
Dalam mod Battle Royale, permain dapat bertahan hidup melawan 50 permain dalam 10 minit.Sebelum ke pertarungan,permain berjumpa dengan permain lain di Spawn Island selama 30 saat.Setelah parasut ke darat,permain harus mencari senjata,item dan banyak lagi dan setelah itu permain harus mengalahkan musuh sehingga BOOYAH!.Selain di versi biasa,permain boleh juga bermain versi Ranked (Pangkat),permain boleh mengalahkan musuh yang paling lincah dan musuh di ranked tinggi seperti Heroic ke Grandmaster.Jika tidak mengalahkan musuh atau kalah diri sendiri,permain akan menurunkan peratus pada ranked tinggi sahaja.Battle Royale ini boleh dimain perseorangan,berduaan dan berkumpulan.
Clash Squad
Di Clash Squad ini hanya dimainkan dalam 4 ahli dalam satu pasukan.Dalam mod ini, pemain datang dengan $500 (wang dalam permainan) bersama mereka. Dengan menggunakan wang ini, pemain perlu membeli senjata dan barangan lain dari kedai (hanya semasa peperangan).Jika musuh mengalahkan musuh lain maka musuh yang kalah dapat wang yang sedikit dan yang memang akan diberikan wang yang banyak.Tapi jika sama seperti 3-3 maka wang mereka ialah $9995.Di Ranked,mereka perlu mengalahkan musuh yang lain yang lincah.Jika tidak memenangi sebarang perlawanan,bagi ranked tinggi seperti Heroic dan Grandmaster,bintang bakal hilang satu mengikut meter perlindungan rank.
Lone Wolf
Lone Wolf merupakan satu-satunya permainan satu lawan satu dan dua lawan dua.Dalam pemilihan senjata, para permain sama ada musuh atau rakan akan memilih senjata secara rawak mengikut kesesuaian dan kebolehan permain. Pemilihan senjata ini juga hanya dilakukan pad awal permainan, pusingan 3, pusingan 5 dan pusingan terakhir (jika kedua-dua pihak memiliki markah yang sama). Lone Wolf ini juga mempunyai edisi "Ranked" yang akan tertumpu pada setiap tampalan baru yang akan disediakan setiap bulan dan ia hanya masa yang terhad untuk memainkannya.
Training & Social Island
Di Training Mode,anda melatih diri anda dalam apa jua cabaran seperti latihan "Glow Wall",Bom Tangan,Melawan permain lain,Menembak jarak jauh dan lain sebagainya.Tapi di Social Island,anda juga dapat bertemu kawan baru disusuli dengan berlumba kereta,bermain bola, menonton di bilik teater dan sebagainya akan bersama.Juga mempunyai piala peringatan kepada juara FFWS (Free Fire World Series) setiap tahun.
Craftland
Ia merupakan satu mod yang manakah seseorang permain boleh mencipta permainan sendiri dengan pelbagai barangan dan alatan tersedia serta dibuatkan kostum HUB anda sendiri.Ia juga tersedia di menu memilih permainan tetapi harus memuat turun peta bertarungan.
Peta
Bermuda
Ia merupakan peta pertama di Free Fire.Ia merangkumi 21 kawasan iaitu Peak,Bimasakti Strip,Clock Tower,Sentosa,Factory,Keraton, Riverside,Katulistiwa,Hangar,Nam nam village,Shipyard,Plantation,Mars Electric,Pochinok,Bullseye,Graveyard,Observatory,Cape Town,Mill dan Kota Tua.Peak dan Clock Tower merupakan kawasan yang paling popular.
Purgatory
Ia merupakan peta kedua di Free Fire.Ia merangkumi 14 kawasan iaitu Brasilia,Campsite,Fields,Skil Lodge,Moathouse,Crossroads,Lumber Mill,Forge,Central,Fire Brigade,Mt.Villa,Golf Course,Quarry dan Brasilia merupakan kawasan yang paling popular.
Kalahari
Ia merupakan peta ketiga di Free Fire.Ia 13 kawasan iaitu Santa Catarina,Bayfront,Council Hill,Relinary,Command Post,The Sub,Mammoth,The Maze,Foundation,Old Hampton dan Shrines.Relinary merupakan kawasan yang paling popular.
Bermuda Remastered
Ia merupakan peta keempat di Free Fire.Sama seperti dengan Bermuda tetapi ia menaik taraf bangunan dan nama kawasan sahaja.Nam nam village ditukar kepada Adam's Creek,Sentosa menjadi Samurai's Garden,Graveyard menjadi Academy,Cape Town bertukar menjadi The Circuit dan Plantation serta Riverside bergabung menjadi Nurek Dam.
Alpine
Ia merupakan peta kelima di Free Fire dan pertama kali dalam acara Winterlands: New Age.Ia merangkumi 16 kawasan iaitu Militia,Forest Read,Rye,Vantage,Stadium,Blue Ville,River Mouth,Fusion,Snowfall,Garrison,Railroad,Dock,Basecamp,Sunside dan Ocean View.
NexTerra
Ia merupakan peta keenam di Free Fire dan buat julung kalinya peta dilancarkan pada acara ulang tahun yang ke 5 Free Fire.Ia merangkumi 12 kawasan iaitu Farmtopia,Museum,Zipway,Deca Square,Intellect Central,Grav lab,Mud Site,Twin Bridge,Mortal Ruin,Plazaria,Rust Town dan Turbine.
Mod Kasual
Free Fire telah menyediakan permainan kasual khusus dalam tempoh terhad mengikut setiap perkemaskinian tampalan.
Bombsquad
Bombsquad ini merupa permainan 5V5 yang dimanakah satu kumpulan Penyerang dan satu kumpulan lagi Menyelamatkan wilayah.Jika penyerang meletakkan bom dan mengalahkan kumpulan menyelamatkan tersebut maka dikira pemenang dan mengabis masa dikira pemenang juga.Menyelamatkan wilayah tersebut pula membatalkan masa bom dikira pemenang sama sahaja dengan kumpulan Penyerang meletakkan bom di merata tempat maka mereka menembakkan musuh tersebut.
Stronghold
Ia dimainkan secara berkumpulan.Dalam permainan ini, permain dan ahli pasukan akan duduk disatu tiang yang berada huruf A,B dan C.Ahli pasukan akan duduk disatu tiang,jika duduk disitu selama 100 persen maka berpindah ditempat huruf seterusnya dan jika 100 persen ia dikira pemenang.
Convo Crush
Convo Crush merupakan satu mod apabila pemain akan menembak dan berjalankan kereta canggih tersebut.Mempunyai dua kumpulan, kumpulan oren akan pergi menembak musuh dan mengundurkan kereta canggih atau biarkan sahaja kereta canggih itu disitu.Manakala kumpulan biru pula harus memajukan kereta tersebut sehinggalah ke garisan penamat di bahagian tempatnya kumpulan oren itu menghidupkan semula.Jika kumpulan biru maju ke maju lagi kereta tersebut,maka kumpulan oren akan kalah.Pula jika kumpulan oren telah menembak musuh dan Overtime selama 3 kali dan tidak ke garisan penamat itu.Maka kumpulan biru telah kalah.
Coin Clash
Coin Clash merupakan satu permainan kasual yang akan dimainkan sama ada seorangan atau berkumpulan.Dalam permainan ini, setelah di spawn island,mereka dapat senjata dalam cip 1 seperti MP5 dan M4A1.Permain haruslah mengumpul syiling-syiling FF untuk dapat menghidupkan semula di kawasan secara rawak.Jika permain tidak mengcukupi syiling FF,maka permain akan kembali ke lobi semula tapi dalam berkumpulan permain yang tidak mengcukupi syiling FF maka mereka melihat kawannya yang bermain sehinggalah Booyah!
Free For All
Dalam mod ini, pemain akan bermain 10 pemain dan hanya satu dapat markah tertinggi iaitu 20 markah. Mod ini hanya untuk solo dengan menggunakan senjata yang percuma. Dan buff akan beri selepas musuh mati.
Triple Wolves
Mod ini merupakan yang pertama kali di Free Fire. Mula dilancarkan pada tampalan OB37 (Winterlands:Subzero) dan ia hanya tersedia di perkemaskinian tampalan Winterlands sahaja. Permainan ini serupa dengan mod Lone Wolf yang sebelumnya, tetapi ia merupakan mod berlawan antara 3 pasukan mengikut warna kuning, ungu dan hijau. Dalam pemilihan senjata tetap sama seperti Lone Wolf tetapi hanya 2 kali dalan satu pusingan sahaja. Mod ini juga hendaklah mendapatkan markah penuh untuk mendapatkan tempat pertama keseluruhan.
Zombie Invasion
Mode ini perlu bermain seperti mode klasik tetapi harus menembak musuh sambil menembak zombi secara rawak. Tetapi, pada OB38, pemain harus menembak zombi sampai mati untuk mendapatkan skil atau kuasa luar biasa. Seorang lagi pemain lawan pemain, akan mendapatkan Booyah!
Zombie Hunt
Mod ini merupakan yang pertama kali di Free Fire.Mula dilancarkan pada patch OB36 (FFWS:Bangkok 2022 - Fight as one ).Dalam permainan ini,permain perlu bersama 3 rakan yang lain untuk menghapuskan zombi-zombi yang banyak di muncul dalam kilang sederhana.Jika zombinya mati loot-loot bakal dikasi.Tapi pada pusingan terakhir,mereka bakal akan satu makhluk The Butcher.Jika mereka menang automatik Booyah dan jika kalah automatik dikira kalah.Tapi pada patch OB41 (Booyah Day 4.0) bakal mengemas kini kepada Double Evil ( The Butcher dan Mr.V) kalahkan satu persatu dan tempat baru akan disediakan.Satu permainan dinamakan Double Evil, dimanakah permain perlu mengalahkan Mr.V dan The Butcher.Paling menarik apabila permainan ini sangat sukar dimainkan kerana kebanyakan zombi akan muncul dikawasan tepi.Jika ahli kumpulan mengalahkan Mr.V dan The Butcher,maka dikira pemenang.Tapi jika semua ahli kumpulan mati dan muncul semula dalam 20 saat,ia dikira kalah.Fakta menarik,jika nyawa Mr.V dalam 13 persen,maka ia akan menjadi mutan dan ia sukar dikalahkan.
Rampage Mode
Mod ini hanya tersedia di acara Rampage (Mengamuk) sahaja.Dalam permainan ini ada dua siri,di Rampage 2.0 - 3.0 (New Dawn),mereka akan bermain seperti Battle Royale pada asalnya tetapi mereka akan diberi Kemahiran mereka seperti larian laju,lompat tinggi dan pelbagai lagi.Untuk di Rampage 4.0 (United) sama ada kemahiran,cuma ada banyak dipertingkatkan dalam permainan iaitu 4 VS 4,seorang ahli pasukan perlu mengambil buku ditempat atau ditempat muncul semula permain.Seorang dari mereka perlulah menjaga buku itu dengan baik dan buku itu akan diberikan peratus.Jika seorang musuh ambil dan seorang ahli pasukan mengambil buku itu mereka menaikkan peratusan mereka tapi dua musuh atau ahli pasukan mengambil buku itu ia akan menaikkan peratusan dengan cepat.Peratusan paling banyak akan dikira pemenang.
Pet Mania
Permainan ini hanya untuk haiwan di Free fire sahaja.Dalam permainan ini, permain hanya melakukan haiwan kesayangan mereka bermain.Pemain perlu menghabiskan beberapa lorong parkour dan permainan mini.Dapatkan mata selepas setiap peringkat.Pemain dengan mata terbanyak menang.Tetapi maksimum 20 pemain dalam satu perlawanan.
4 lorong parkour berbeza dan 3 permainan mini kesemuanya.
Pet Smash
Dalam permainan ini,permain hanya melakukan 3 haiwan sahaja.Permain boleh memilih haiwan.Jika objektif markahnya 6 maka satu kumpulan akan dikira pemenang.
Cold Steel
Dalam permainan ini, permain hanya membunuh musuh menggunakan pisau Free Free.Permain harus melemparkan pisau pada musih.Tempat keatas akan dikira sebagai pemenang.
Big Head
Ia dimainkan dalam mode Squad (Berpasukan). Dalam permainan ini, pasukan akan muncul di kawasan secara rawak,ia akan diberikan saat untuk melihat dimanakah musuh itu berada.Senjata atau pelbagai jenis lainnya turut tersedia di lantai walaupun sudah tersedia saat muncul dipermainan.Permain harus menembak musuh sehingga jatuh.Jika mengalahkan musuh automatik permain akan membesarkan kepala mereka dan besar lagi.Jika tempat berada di ke atas, dikira pemenang.
Team Deathmatch
Ia sama seperti Clash Squad pada asal.Ia membolehkan permain munculkan dirinya semula secara automatik.Setiap kumpulan perlu mengalahkan musuh dan markah yang mencapai 100 ia dikira pemenang.
Brick Swinger's
Dalam mod ini,ia seperti Battle Royale pada asalnya tetapi ia menyediakan satu alat yang bernama "Hook" dan tembok batu bata.Permain perlu mengambil senjata terlebih dahulu dan cari Hook serta pelurumya serta tembok tersebut.Satu permain akan Booyah dalam permainan ini.
Premis
Free Fire diperincikan dalam seluar pendek animasi dan bahan lain yang diterbitkan oleh Garena untuk mempromosikan permainan. Free Fire Universe ialah alam semesta rasmi tempat permainan, Komik dan cerita Free Fire (Free Fire Tales) berlangsung. Setiap watak Free Fire mempunyai cerita yang berbeza dan latar belakang keluarga serta watak disambungkan antara satu sama lain daripada cerita dalam Free Fire Universe. Terdapat tiga bandar di alam semesta yang dipanggil LA LUNA, GRIZA, dan NEW DAWN di mana setiap watak hidup. Watak Free Fire terbahagi kepada dua pecahan iaitu HORIZON dan MAMBAS, HORIZON ialah pecahan pemerintah bandar di mana orang kaya dan berkuasa berada manakala MAMBAS adalah kumpulan pembebasan menentang HORIZON. Pada 2022 Free Fire mengeluarkan filem pendek pertama Free Fire Universe "How to Start a Fire" yang menampilkan salah satu watak Free Fire Hayato Yagami (Nama watak disingkatkan Hayato).
Bon
Grafik digambarkan sebagai mempunyai "faedah untuk telefon berspesifikasi pertengahan dan rendah", tetapi pengulas menyatakan bahawa "jika permainan dengan grafik yang baik adalah perkara anda, maka kami tidak mengesyorkan anda bermain Free Fire Battlegrounds ( Nama lama bagi Free fire ) . Tetapi jika anda suka permainan battle royale dan ingin berseronok dengan rakan anda, anda pasti patut bermain."
Tais Carvalho dari Techtudo mengulas bahawa Free Fire "mengutamakan prestasi, menjadikannya pilihan yang bagus untuk sebarang jenis peranti. Permainan ini menyerlah dan mempunyai kandungan yang mencukupi untuk menghiburkan dan menawarkan pertempuran yang bermanfaat." Mengenai perkembangan watak dan kemahiran, dia berkata ia adalah "tambahan yang mencolok".
Dalam senarai tahunan "Apl Terbaik Tahunan" Google Play , Free Fire memenangi kategori "Permainan Undi Popular Terbaik" 2019, sebagai undian paling ramai di Brazil dan di Thailand .
Garena Free Fire ialah salah satu permainan mudah alih battle royale yang paling popular, di belakang PUBG Mobile , Fortnite Battle Royale dan Call of Duty: Mobile . Ia amat popular di Amerika Latin , India dan Asia Tenggara . Free Fire ialah permainan keempat paling banyak dimuat turun di Gedung Google Play pada suku keempat 2018, dan merupakan permainan keempat paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada 2018 pada iOS dan Gedung Google Play bersama-sama. Tajuk itu memperoleh kira-kira 182 juta muat turun pada tahun 2018, menjadikannya permainan mudah alih battle royale kedua paling banyak dimuat turun (di atas Fortnite Battle Royale dan di belakang hanya PUBG Mobile ), dan mengaut kira-kira $19.3 juta dalam pendapatan bulanan sehingga Disember 2018, menjadi satu keuntungan yang ketara. kejayaan kewangan untuk Garena . Sehingga Ogos 2021, Garena Free Fire mempunyai lebih daripada satu bilion muat turun di Gedung Google Play.
Pada penghujung Q1 2021, Free Fire mengatasi PUBG Mobile dalam pendapatan di Amerika Syarikat , menjana $100 juta dalam perolehan berbanding PUBG Mobile $68 juta. Pendapatan Free Fire melonjak sebanyak 4.5 kali ganda berbanding tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya.
Menjelang November 2019, Free Fire telah mengaut lebih $1 bilion di seluruh dunia.Ia kemudiannya menjadi permainan video keempat dengan kutipan tertinggi pada tahun 2020 dengan $2.13 bilion ,dan kemudian permainan mudah alih kelapan terkumpul tertinggi pada tahun 2021 dengan $1.2 bilion ,dengan jumlah keseluruhan pada sekurang-kurangnya $4.33 bilion kutipan pada 2021 .
Pada 2020 dan 2021 Free Fire memenangi anugerah Esports Mobile Game of the Year di Anugerah Esports.
Kolaborasi
Kerjasama dengan francais popular lain ialah strategi pemasaran utama yang digunakan untuk mempromosikan permainan. Sejak dilancarkan, Free Fire bekerjasama dengan permainan video, selebriti, rancangan TV dan filem popular.[1]Free Fire mempunyai dua jenis kerjasama iaitu global dan serantau. Tidak seperti kerjasama global, kerjasama serantau hanya tersedia untuk pemain dari wilayah tertentu. Pada tahun 2022 Free Fire bekerjasama dengan penyanyi Justin Bieber dan membuat debut lagunya "Beautiful Love" dalam Free Fire.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>
Free Fire memulakan pertandingan E-sukan.Free Fire World Series (FFWS) pada tahun 2019. Pada tahun 2020, FFWS telah digantikan dengan satu siri acara serantau, "Siri Kontinental Free Fire" (FFCS), disebabkan oleh wabak COVID- 19 .Pada Februari 2021, Garena mengumumkan Siri Dunia Free Fire (FFWS) dengan kumpulan hadiah $2 juta.
Pada tahun 2021, Siri Dunia Free Fire menjadi acara esport yang paling banyak ditonton dalam sejarah dengan lebih 5.4 juta penonton langsung puncak, mengatasi Kejohanan Dunia League of Legends mempunyai 5.1 juta penonton puncak.
Pada tahun 2022,Free Fire telah mengumumkan bahawa Siri Dunia Free Fire akan diteruskan di dua negara iaitu di Sentosa, Singapura pada bulan Mei hingga Jun dan Bangkok, Thailand pada bulan November hingga Disember sebelum Krismas.Pada tahun 2023,Free Fire telah mengumumkan kembali bahawa Siri Dunia Free Fire bakal kembali di Bangkok pada tengah bulan November ini.
Acara Serantau
"EMEA Invitational" ialah pengganti bagi Siri Dunia Free Fire pada 2021 untuk Eropah, Timur tengah dan Afrika . Kejohanan ini menampilkan 12 pasukan. Dengan kumpulan hadiah sebanyak USD 200,000.
Kejohanan Free Fire Asia merupakan pengganti bagi Siri Dunia Free Fire pada 2021 untuk Asia. Kejohanan ini menampilkan sejumlah 31 pasukan dari Vietnam, Indonesia, Thailand, India, Taiwan, Pakistan, dan MCPS (Malaysia, Kemboja,Pakistan dan Sri Lanka. Pasukan-pasukan tersebut bersaing untuk mendapatkan hadiah sebanyak USD 400,000.
Liga Brasileira de Free Fire (LBFF) ialah acara sukan Free Fire utama di Brazil. Terdiri daripada 3 bahagian, Siri A, B dan C, ia dimainkan dalam dua peringkat setahun, dengan elit layak ke Siri Dunia Free Fire
Kontroversi
Pada Januari 2022, pembangun PUBGKrafton memfailkan saman terhadap Garena dan syarikat induknya Sea kerana melanggar hak cipta. Tuntutan itu menuduh Garena menyalin item dalam permainan, mekanik permainan dan rupa dan rasa keseluruhan PUBG: Battlegrounds dan PUBG Mobile dalam permainan mereka Free Fire dan Free Api Max. Menurut Krafton, "Free Fire dan Free Fire Max secara meluas menyalin pelbagai aspek Battlegrounds, kedua-dua secara individu dan gabungan, termasuk ciri unik hak cipta permainan Battlegrounds membuka 'air drop', struktur dan permainan permainan, gabungan dan pemilihan senjata, perisai, dan objek unik, lokasi, dan pilihan keseluruhan skema warna, bahan dan tekstur."[20]
^Mohanty, Suchit (22 June 2021). "Free Fire Alok - How to obtain him". www.pocketgamer.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2023. Dicapai pada 2023-01-21.