Francesco dari Assisi (juga dalam Itali: Francesco d'Assisicode: it is deprecated , Latin: Franciscus Assisiensiscode: la is deprecated , bahasa Inggeris: Francis of Assisicode: en is deprecated ; nama lahir Giovanni di Pietro di Bernardone; 1181 atau 1182[2][3] - 3/4 Oktober 1226[4]) ialah seorang biarawan, diakon, mistik dan mubaligh Katolik Itali.[5] Beliau ialah salah satu tokoh yang paling disanjung dalam agama Kristian.[1]
Beliau lahir di Assisi pada akhir 1181 atau awal 1182 dengan nama Giovanni di Pietro kepada Bernardone dei Moriconi, seorang saudagar sutera Itali yang berjaya, dan Pica de Bourlemont, seorang bangsawati berasal dari Provence, Perancis.[6] "Giovanni" merupakan nama asalnya semasa dibaptiskan oleh ayahnya,[7] namun beliau dinamakan semula dengan nama "Francesco" ("orang Perancis") sebagai meraikan kejayaan ayahnya berdagang di negeri itu.[8]
Gaya hidup ibu bapanya membawa Francesco menjalani kehidupan yang serba mewah[9] di mana beliau sering berhibur denganlipur lara, mengumpul banyak barangan mewah dari rantau Transalpnya.[8] Namun, pertembungan beliau dengan seorang pengemis mula memutik rasa kesangsian terhadap kekayaan yang dinikmatinya.
Pada 1202, beliau menyertai suatu ekpedisi tentera dalam peperangan melawan Perugia. Walau bagaimanapun, beliau dikepung dan ditahan selama setahun di Collestrada,[10] beliau turut menghidap penyakit yang menyebabkannya muhasabah keadaannya lalu segera kembali ke Assisi. Pada 1205, beliau ke Apulia berkhidmat untuk tentera pembesar Gautier III de Brienne, namun suatu firasat mendorongnya tidak sahaja kembali ke kampung halamannya malah mula membuang minat terhadap kemewahan dan kekayaan harta.[9]
Beliau diceritakan mengalami kejadian mendapat luka tangan luar biasa di mana semasa bersembahyang di gunung Verna. Hal ini duburukkan dengan suatu penyakit trakoma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di seberapa kota; dia akhirnya menumpang rehat di sebuah pondok di Porziuncola.
Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan beribadat di pondok tersebut pada malam Sabtu, 3 Oktober 1226,
^Frugoni, Chiara (2015). Quale Francesco? Il messaggio nascosto negli affreschi della Basilica superiore di Assisi (dalam bahasa Itali). Torino: Einaudi. m/s. 4. ISBN978-88-06-22098-3. Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
^ abCross, F. L., penyunting (2005). "Francis of Assisi". The Oxford dictionary of the Christian church. New York: Oxford University Press. ISBN0199566712.
"The Poor Man of Assisi". Invisible Monastery of carity and fraternity – Christian prayer group (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2018.