Santo penaung merupakan seorang santo yang dianggap sebagai penunggu (dewata pengasuh) atau pendokong syurgawi dalam denominasi Kristian bagi sesebuah negara, tempat, aktiviti, kelas, suku, keluarga atau orang perseorangan.[1][2] Santo biasanya menjadi penaung di tempat beliau dilahirkan atau bergiat aktif di tempat tersebut.