Saiznya besar, dengan ketinggian sekitar satu meter. Kedua-dua spesiesnya ialah penghuni tanah, tidak seperti enggang lain. Juga tidak seperti kebanyakan enggang lain, ia bersifat karnivor dan memakan serangga, ular, burung lain, amfibia, dan juga kura-kura.[1] Ia adalah antara burung yang paling lama hidup,[2] dan spesies selatan yang lebih besar mungkin pembiak paling lambat (setiap tiga tahun) dan paling lama hidup antara semua burung.[3]
Taksonomi
Genus Bucorvus telah diperkenalkan, pada asalnya sebagai subgenus, oleh semulajadiwan Perancis, René Lesson pada tahun 1830 dengan enggang tanah utaraBucorvus abyssinicus sebagai spesies jenis.[4][5] Nama genusnya berasal daripada nama genus Buceros yang diperkenalkan oleh Carl Linnaeus pada tahun 1758 untuk enggang Asia di mana corvus ialah perkataan bahasa Rumi untuk "gagak".[6]
Kajian filogenetik molekul yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa genus Bucorvus ialah saudara kepada seluruh keluarga enggang.[7]
utara Namibia dan Anggola ke utara Afrika Selatan dan selatan Zimbabwe ke Burundi dan Kenya
Enggang tanah prasejarah, Bucorvus brailloni, telah diperihalkan berdasarkan tulang fosil di Maghribi, menunjukkan bahawa sebelum glasiasi Kuarterner, genus tersebut samada lebih meluas atau bertaburan secara berbeza.[9]
Kini dianggap bahawa enggang tanah, bersama-sama Tockus dan Tropicranus (kini dalam Horizocerus), hampir eksklusifnya bersifat karnivor[1] dan tidak mempunyai kantung gelambir yang membolehkan genus enggang lain yang kurang berkait rapat menyimpan buah.
Rujukan
^ abKinnaird Margaret F. and O‘Brien< Timothy G.; The Ecology and Conservation of Asian Hornbills: Farmers of the Forest; pp. 20-23. ISBN0226437124
^Wasser, D. E. and Sherman, P.W.; “Avian longevities and their interpretation under evolutionary theories of senescence” in Journal of Zoology 2 November 2009
^Skutch; Alexander Frank (author) and Gardner, Dana (illustrator) Helpers at birds' nests : a worldwide survey of cooperative breeding and related behavior pp. 69-71. Published 1987 by University of Iowa Press. ISBN0877451508