Tan Sri Datuk Dzulkifli bin Ahmad (Jawi: ذو الكفل بن احمد) ialah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-3.
Pendidikan
Dzulkifli merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LL.B. (Kepujian)).[1]
Kerjaya
Sebelum pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli berkhidmat sebagai ketua unit pencegahan pengubahan wang haram dan seterusnya Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara Malaysia.[2]
Dzulkifli mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 14 Mei 2018.[3]
Selepas itu, beliau tampil sebagai salah seorang pemain utama dalam satu set rakaman audio yang didedahkan kepada umum pada sidang media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 8 Januari 2020 berkaitan perbualan telefon yang berkaitan dengan dakwaan usaha untuk mensabotaj siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[4]
Penghormatan
Rujukan