Joseph(Joseph), Jared (Siddarth), Surya(Vinod), Laura Darshini (Priya D'Souz), Rachel (Rozeldo Rac )dan Deva (Benny) merupakan kawan yang baik dan belajar di sekolah yang sama . Pada suatu hari, seorang budak perempuan baru yang cantik bernama Monisha (Kareena) menyertai sekolah yang sama dan menjadi kawan yang rapat dengan mereka. Dalam diam, Noel dan Jared mula menaruh perasaan pada Monisha. Mereka berjanji akan bertanding dengan adil untuk memenangi hati Monisha dan pertandingan ini akan diperhati oleh Surya. Sementara itu, Surya yang mencintai Laura meluahkan perasaan cintanya kepadanya tetapi ditolak kerana Laura menyatakan dia mencintai lelaki lain. Laura menyuruh Surya untuk berjumpanya keesokan harinya untuk menemukan Surya dengan teman lelaki Laura. Tetapi, pada keesokan harinya Laura mengejutkan Surya dengan berita bahawa dia sebenarnya tiada teman lelaki tetepi hanya menipu Surya untuk bermain. Laura juga menyatakan bahawa dia mencintai Surya. Rachel pula terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat kerana bapanya terpaksa berpindah ke sana.Selepas 3 tahun ,Monisha menjemput kesemua temanya ke rumahnya. Noel dan Jared ingin mengunakan kesempatan ini untuk meluahkan cinta mereka tetapi kecewa kerana tujuan Monisha memangil mereka ialah untuk menemukan mereka dengan bakal suaminya.
Watak
Kareena sebagai Monisha. Seorang gadis yang bijak dan cantik. Sentiasa membantu temannya semasa mereka menghadapi masalah.
Joseph sebagai Joseph. Dianggap sebagai ketua kepada kawan-kawanya. Dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dan baik
Siddarth sebagai Jared. Seorang yang sentiasa memberi nasihat kepada kawanya dan sentiasa mengikuti fesyen terkini
Rachel Ann sebagai Laura Darshini. Seorang gadis yang comel dan manja. Sentiasa menghiburkan hati kawan-kawanya.
Vinod sebagai Surya. Surya merupakan yang paling bijak di antara kawan-kawannya dan perwatakya hampir sama dengan Laura
Rozeldo Rac sebagai Rachel. Sama seperti Laura, Rachel merupakan seorang gadis yang manja dan comel. Kawan yang rapat kepada Surya walaupun mereka sentiasa bergaduh