Gulistan, juga ditulis sebagai Golestan (Pashto/Parsi: گلستان), adalah sebuah daerah di dalam Wilayah Farah, Afghanistan. Penduduknya merangkumi lebih kurang 80% orang Pashtun dan minoriti orang Tajik dengan jumlah anggaran 53,780 pada Oktober 2004.[1] The district has a total of 109 villages.[2] Kampung utamanya yang juga bernama Gulistan, adalah terletak di kawasan pergunungan yang berketinggian 1434 m dari aras laut. Jalan utama yang menghubungkan daerah ini adalah Jalan 522.
Pada September 2005, kumpulan Taliban berjaya merampas kawalan daerah ini daripada penguatkuasa Afghanistan buat sementara waktu selepas peperangan yang sengit.[3]