Kaum Pashtun dikenali juga sebagai 'Pashto', 'Pushtun', 'Pakhtun', 'Pathan' atau 'Paxtun'. Mereka dikenali melalui ethno-linguistik yang terdapat di timur dan selatan Afghanistan, Balochistan dan wilayah Pakistan.
Kaum Pashtun menggunakan bahasa Pashto dan bahasa Pashtunwali dan mengamalkan budaya Islam. Dari segi politik , mereka boleh bersatu. Mereka memainkan peranan penting semasa Empayar Durani pada 1747. Mereka terlibat dalam Perang Soviet di Afghanistan (1979-1989) di mana ramai yang menyertai Mujahideen. Secara keseluruhan mereka terlibat dalam jatuh dan bangunnya pejuang Taliban. Kaum pashtun juga merupakan komuniti yang penting di Pakistan.
Demografi
Majoriti Pashtun boleh ditemui di Pakistan dan Afghanistan. Lain-lain kawasan ialah di Areas Utara, Azad Kashmir dan Karachi di Pakistan sama seperti di Afghanistan. Ramai dari mereka berhijrah dan menjadi buruh di Semenanjung Arab. Budaya orang Pashtun dapat dilihat dengan jelas di Peshawar dan Kandahar. Bandar Quetta dan Kabul yang mempunyai pelbagai kaum , Pashtun menjadi penduduk majoriti. Karachi menjadi bandar berpenduduk Pashtun yang terbesar di dunia kerana 1.5 juta orang Pashtun.
Rujukan
^Lewis, Paul M. (2009). "Pashto, Northern". SIL International. Dallas, Texas: Ethnologue: Languages of the World, Sixteenth edition. Dicapai pada 2012-11-27. Ethnic population: 49,529,000 possibly total Pashto in all countries.