Ia mempunyai paruh bengkok leper besar dan nganga besar seperti katak, yang ia gunakan untuk menangkap serangga. Tiga spesies Podargus ialah cucur bersaiz besar yang terhad kepada Australia dan New Guinea, mempunyai paruh lebar rata besar. Ia diketahui menangkap mangsa yang lebih besar seperti vertebrata kecil (katak, tikus, dll.), yang kadangkala dipukul dengan batu sebelum ditelan.[1] Sepuluh spesies cucur Batrachostomus ditemui di Asia tropika. Ia mempunyai paruh yang lebih kecil, lebih bulat, dan kebanyakannya ialah insektivor. Kedua-dua Podargus dan Batrachostomus mempunyai bulu kejur di sekeliling pangkal paruh, dan Batrachostomus mempunyai bulu kejur lain yang lebih panjang yang mungkin wujud untuk melindungi matanya daripada mangsa serangga.[1] Pada April 2007, spesies baharu cucur telah diterangkan dari Kepulauan Sulaiman dan diletakkan dalam genus yang baru ditubuhkan, iaitu Rigidipenna.[2]
Penerbangannya lemah. Ia berehat secara mendatar di atas dahan pada siang hari, disamarkan oleh buluan samar mereka. Melalui evolusi konvergen sebagai pemburu malam, ia menyerupai burung hantu, dengan mata besar menghadap ke hadapan.
Ia menghasilkan sehingga tiga biji telur putih, dan bertelur di cabang dahan, serta dieram oleh betina pada waktu malam dan jantan pada siang hari.
Taksonomi
Kajian hibridisasi DNA-DNA telah mencadangkan bahawa kedua-dua kumpulan cucur mungkin tidak berkait rapat seperti yang difikirkan sebelum ini, dan bahawa spesies Asia mungkin boleh diasingkan kepada keluarga baru, Batrachostomidae.[3][4] Walaupun cucur dahulunya termasuk dalam orderCaprimulgiformes, kajian pada tahun 2019 menganggarkan perbezaan antara Podargus dan Batrachostomus antara 30 dan 50 myr dan membentuk klad yang dipisahkan dengan baik dari burung tukang dan menjadi kumpulan saudara burung lelayang, burung madu, dan burung hantukang. Nama Podargiformes dicadangkan pada tahun 1918 oleh Gregory Mathews telah dikembalikan semula sebagai kladnya.[5]
Dalam rencana jurnal yang diterbitkan pada April 2021, penyelidik Katja Thömmes dan Gregor Hayn-Leichsenring dari kumpulan Estetik Ujikajian di Hospital Universiti Jena, Jerman, mendapati cucur ialah spesies burung yang paling "sesuai bergambar di Instagram".[6] Menggunakan algoritma untuk menganalisis daya tarikan estetik lebih daripada 27,000 gambar burung di Instagram, mereka mendapati bahawa gambar burung cucur menerima bilangan suka tertinggi berbanding dengan pendedahan siaran kepada pengguna. Rencana jurnal tersebut dilaporkan oleh beberapa saluran berita, termasuk The New York Times dan The Guardian.[7]
^Cleere (2007). "A new genus of frogmouth (Podargidae) from the Solomon Islands – results from a taxonomic review of Podargus ocellatus inexpectatus Hartert 1901". Ibis. 149 (2): 271–286. doi:10.1111/j.1474-919x.2006.00626.x. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)