Burung Rapang Duit merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Vanellus indicus. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu. [2]
Ciri-ciri
Burung Rapang Duit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Rapang Duit mempunyai paruh tanpa gigi.
Taburan
Ia membiak dari Asia Barat (Iraq, Barat daya Iran, Teluk Arab/Parsi) ketimursepanjang Asia Selatan (Wilayah Balochistan, Afghanistan, Pakistan, keseluruhan benua India sehingga wilayah Kanyakumari dan sehingga 1,800 meter di Kashmir/Nepal), dengan satu lagi sub-spesies jauh ke timur di Asia Tenggara. Perpindahan burung pada May secara latitude pada musim bunga dan luruh (contoh. di Utara Wilayah Balochistan atau Barat Laut Pakistan), dan tersebar luas di monson[3] dengan pembentukan habitat yang sesuai, tetapi sebahagian besar populasi adalah residen.[4]
Spesies ini merosot di julat barat, tetapi banyak terdapat di kebanyakan Asia Selatan, dilihat disebahagian besar habitat berpaya di julatnya.
Pembiakan
Sebagai burung, Burung Rapang Duit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.