Rencana ini mengenai buah-buahan. Untuk kumpulan burung, sila lihat kiwi. Untuk kegunaan lain, sila lihat kiwi (nyahkekaburan).
Buah kiwi (Jawi: بواه كيويcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: kiwifruitcode: en is deprecated atau kiwi,[1][2]Bahasa Māori: [huakiwi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[3]) merupakan sejenis buah beri didapati daripada mana-mana pokok menjalar dalam genusActinidia.[4]Kumpulan kultivar buah kiwi yang paling biasa ('Hayward')[5] adalah berbentuk bujur seperti sebiji telur ayam (5–8 sentimeter (2.0–3.1 in) panjang dan berdiameter 4.5–5.5 sentimeter (1.8–2.2 in)). Ia mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar dan manakala isinya pula berwarna hijau terang atau keemasan dengan barisan biji-biji kecil hitam yang boleh dimakan. Buah ini memiliki struktur yang lembut serta rasa yang unik tetapi masam dan manis.
Nama "kiwi" mula diberikan dari 1962 untuk menjenamakan semula hasil tanaman buah ini di New Zealand daripada rupa buahnya yang berbulu perang halus menyerupai burung kiwi yang ada di negara itu.[8] Nama ini didaftarkan dalam barangan eksport syarikat Turners & Growers pada 15 Jun 1959;[8] ia kemudiannya diterima luas pada tahun 1974[9] bahkan juga terlanjut merujuk kepada semua buah hijau sejenis dalam genus Actinidia.[9]
Sejarah
Catatan terawal mengenai buah ini dari tempat asalnya di China (Bahasa Cina: 獼猴桃code: zh is deprecated ; pinyin: míhóutáo "persik monyet") bertarikh zaman dinasti Song sekitar abad ke-12[10] yang mana buah tersebut lebih dipungut ramu dari hutan liar dan digunakan untuk tujuan berubat.[11]
Penyebaran dan penjenamaan di New Zealand
Buah ini diperkenalkan ke New Zealand oleh seorang pengetua dari sekolah mubaligh Wanganui Girls' College bernama Mary Isabel Fraser dari darmawisatanya ke sekolah-sekolah di Yichang, China.[12] Biji-biji dari buah ini ditanam di Whanganui tahun 1906 sebelum akhirnya berjaya membuah tahun 1910. Hayward Wright, seorang pakar hortikultur berjaya menumbuhkan suatu kultivar berbuah isi hijau yang terkenal di Avondale, Pulau Utara pada tahun 1924; kultivar ini dinamakan "Hayward" sempena sumbangan beliau ini.[13]
Galeri ݢالري
Kulit buah kiwi seperti yang dilihat dari dekat
Potongan buah kiwi
Dua biji buah kiwi dan sebiji kiwi yang telah dipotong
Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Rujukan روجوعن
^Bernadine C. Strik; Amanda J. Davis (1 March 2021). "Growing kiwifruit"(PDF). Extension Service, Oregon State University. Dicapai pada 7 April 2021.
^"Northern kiwi". Ontario Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs. 17 October 2012. Dicapai pada 7 April 2021.
^Moorfield, John C. (2003). "huakiwi". Te Aka Online Māori Dictionary. Dicapai pada 9 November 2021.
^Bernadine Stirk (2005). "Growing Kiwifriut"(PDF). Pacific Northwest Extension Publishing. Dicapai pada 4 Januari 2013.
^Huang, H.; Ferguson, A. R. (2003). "Kiwifruit (Actinidia chinesis and A. deliciosa) plantings and production in China, 2002". New Zealand Journal of Crop and Horticultural Science. 31 (3): 197–202. doi:10.1080/01140671.2003.9514253. S2CID86106541.