Broken Hill adalah sebuah bandar perlombongan pedalaman di sebelah barat pedalaman New South Wales, Australia. Ia dekat perbatasan dengan Australia Selatan di persimpangan Lebuh Raya Barrier (A32) dan Lebuh Raya Silver City (B79), di Barrier Range. Bandar ini adalah 315 m (1,033 ka) atas permukaan laut, dengan iklim gurun yang panas, dan hujan rata–rata 235 mm (9 in). Bandar besar terdekat adalah Adelaide iaitu ibu negara Australia Selatan yang lebih dari 500 km (311 bt) ke barat daya dan dihubungkan melalui laluan A32.
Bandar ini terkenal dalam sejarah perlombongan, hubungan industri dan ekonomi Australia setelah penemuan bijih perak menyebabkan pembukaan pelbagai lombong, sehingga menjadikan Broken Hill mendapat pengiktirafan sebagai bandar perlombongan yang makmur hingga tahun 1990–an. Walaupun mengalami keadaan ekonomi yang perlahan hingga akhir 1990–an dan 2000–an, Broken Hill sendiri tersenarai dalam Senarai Warisan Nasional pada tahun 2015 dan kekal sebagai bandar perlombongan paling lama berkhidmat di Australia.
Broken Hill secara sejarahnya dianggap sebagai salah satu bandar pesat di Australia, telah dipanggil sebagai "The Silver City" (Bandar Perak), dan lebih jarang disebut sebagai "Oasis of the West" (Oasis Barat), serta "Capital of the Outback" (Ibu Kota Outback). Walaupun lebih dari 1,100 km (680 bt) sebelah barat Sydney dan dikelilingi oleh separa padang pasir, bandar ini mempunyai pameran taman dan kebun kecil yang terkenal dan menawarkan sejumlah tarikan, seperti Living Desert Sculptures (Seni Arca Gurun Hidup).[3] Bandar ini berpotensi tinggi untuk tenaga solar kerana cahaya matahari siang yang panjang.[4] Loji Suria Broken Hill yang siap dibina pada tahun 2015 adalah salah satu yang terbesar di Hemisfera Selatan.[5]
Penduduk terkenal
- Steve Abbott – pelawak
- Jack Absalom – (1927–2006) artis
- Troy Andrews – pemain bola keranjang dan penembak berkerusi roda [6]
- June Bronhill – (nama kelahiran June Mary Gough, 1929–2005) Penyanyi opera ringan dan penyanyi teater muzikal Australia yang terkenal di peringkat antarabangsa, di mana nama pentasnya diadaptasi dari potongan nama kampung halamannya (Broken Hill kepada Bronhill)
- Stuart Bown – pemain bola sepak Australia
- Chad Bugeja – pemain bola sepak persatuan
- Trevor Butler – pemenang Big Brother Australia 2004
- John Casey – pengulas
- Murray Farquhar – 1918–1993) Ketua Majistret Penasihat NSW (1971–1977)
- Stewart Finlay-McLennan – pelakon
- "Lord Tim" Grose – (Tim Ian Grosse) pemuzik heavy metal
- Florence May Harding – (1908–1971) artis dan guru
- Pro Hart – (Kevin Charles Hart 1928–2006)) artis [7]
- Ion Idriess – (1889–1979) novelis
- Roy Inwood – Penerima Victoria Cross
- Rae Desmond Jones – penyair dan novelis
- Albert Morris – penulis esei dan naturalis
- Ronald Sydney Nyholm – ahli kimia dan guru
- Corey Page – pelakon
- Chips Rafferty – pelakon
- Stephen Rowe – penyanyi, penulis lagu
- Robin Sellick – jurugambar komersial
- Richard Thilthorpe Slee – Pengurus Besar, BHP Mine
- Dean Solomon – pemain bola sepak Australia
- Brent Staker – pemain bola sepak Australia
- Thelma Thomas – pereka pakaian
- Nikki Visser – model dan pelakon
- Taylor Walker – pemain bola sepak Australia
- Susan Dorothea White – Artis
- Edward Emerton Warren – Ahli perniagaan
- David Simmons – Bekas ahli parlimen persekutuan untuk Calare dan Menteri
- The Kid Laroi – Artis
- Dame Mary Gilmore – Penyair Australia yang terkenal (Dame Mary Gilmore - née Mary Jane Cameron, tiba di Silverton Public School pada Oktober 1887 hingga Disember 1889 untuk bekerja sebagai Penolong Guru. Sebilangan puisi awalnya diterbitkan di Silver Age.
Panorama di Broken Hill, berlatarkan timbunan amang seakan bukit disepanjang gambar
Lihat juga
Rujukan
Bacaan lanjut
* From This Broken Hill "Ini adalah potret ... sebuah bandar dan sekitarnya. Ini adalah koleksi fotografi, puisi dan prosa di sekitar tempat ini. ", 2009
Pautan luar
|
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Broken Hill. |
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|