Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Boneka (lagu Ernie Zakri)

"Boneka"
Single oleh Ernie Zakri
Dilancarkan pada24 Julai 2020
Format
GenrePop
Panjang3:50 minit
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisOmar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh
PenerbitOmar K
Kronologi Kronologi single Ernie Zakri
""Gundah"
(2019)"
"Boneka"
"Boneka" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Boneka" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Ernie Zakri.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya.[2][3] Ia dikeluarkan pada 24 Julai 2020 oleh Rocketfuel Entertainment.[4]

Latar belakang dan komposisi

"Boneka" ialah hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh dan berdurasi selama 3 minit dan 50 saat.[5] Lagu ini berkisarkan tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasih, namun dia kuat dan tabah mengharungi dugaan perpisahan itu kerana dia bukanlah 'boneka' yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.[5][6] Ernie Zakri berkata dalam satu temuramah bersama Sinar Harian:

"Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggalkan oleh kekasih mereka, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki,".[5]

Proses rakaman lagu ini dijalankan di Enormus Studio milik Omar K,[7] dan mengambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan.[8] Menurut Ernie, beliau tidak mempunyai masalah bekerja dengan Omar K kerana sudah beberapa kali beliau dan Omar bekerjasama, ia juga menjadi kerjasama sulung beliau bersama dua komposer baharu, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.[8] Beliau turut mendedahkan rakaman "Boneka" sempat dijalankan sebelum penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.[5]

Muzik video

Muzik video rasmi untuk "Boneka" telah dilancarkan di saluran YouTube Rocketfuel Network pada 24 Julai 2020.[9] Ia difilemkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pemulihan sekaligus menjadi muzik video Ernie pertama yang menampilkan beliau memakai tudung.[10][11] Menurut Ernie, idea untuk merakamkan muzik video itu datang daripada dirinya sendiri sambil menyatakan "saya nak sesuatu yang baharu".[12]

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Ernie mendedahkan beliau turut mengambil inspirasi fesyen yang digayakan oleh penyanyi Singapura, Rahimah Rahim untuk penataan fesyen bagi muzik video "Boneka".[13]

Biarpun mendapat ulasan positif daripada penonton dan warganet kerana mempamerkan gaya fesyen yang pelik dan unik,[14][15] ia turut mendapat kritikan kerana ia menggunakan terlalu banyak kain seolah-olah seperti di kedai tekstil.[9][16] Ernie kemudian meluahkan rasa gembira kerana konsep yang dibawa dalam muzik video "Boneka" mendapat perhatian di media sosial sambil berkata "kalau itu membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, mengapa tidak?".[9] Muzik video "Boneka" telah meraih jumlah tontonan sebanyak 750,000 tontonan sejak pelancarannya, ia turut menduduki carta sohor kini YouTube.[12][17] Ia juga turut mendapat perhatian daripada sensasi YouTube luar negara.[12]

Di belakang tabir penggambaran muzik video "Boneka" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 25 Ogos 2020.[18]

Ulasan kritis

Dalam ulasan retrospektif mengenai lagu ini, Nur Emira Saizali dari Kosmo! menyifatkan "Boneka" membeli jiwa pendengar sambil berkata: "...Malaysia memerlukan karya-karya hebat seperti "Boneka". Mungkin Ernie (Zakri) menjadi penanda aras untuk lahirnya naskhah hebat yang mampu mencabar penggiat seni lain demi melahirkan sesuatu yang epik...,".[19] Syafil Syazwan Jefri dari Harian Metro pula menakrifkan "Boneka" sebagai "satu nafas segar buat lagu yang dipopularkan oleh Ernie jika dibandingkan dengan karya dinyanyikan sebelum ini", beliau juga menambah "walaupun muziknya kedengaran seperti ada corak eksperimen, itu tidak menjejaskan kualiti vokal Ernie yang sudah diakui sangat cemerlang".[20]

Persembahan secara langsung

Bagi mempromosikan "Boneka", Ernie Zakri mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada 3 Ogos 2020,[21] MPop! di TV9 pada 24 Ogos[22] dan meleTOP di Astro Ria pada 8 September.[23]

Tenaga kerja

Kredit diperoleh daripada muzik video.[24]

Lagu
  • Ernie Zakri - vokal
  • Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh - komposer/penulis lirik
Muzik video
  • Kel Wen - pengarah/penerbit
  • Praveen Kumar - pengarah fotografi
  • Abdol Monir - pembantu kamera I
  • Faisal Rahman - Gaffer
  • Rusman Bahari - Grip
  • Kelson - penyunting/pewarna
  • Behati - busana
  • Abu Shaef Hamza - penggaya
  • Amir Salleh - pembantu penggaya
  • Farhanah Fauzy - pembantu penggaya
  • Nurhidayah Idris - pembantu penggaya
  • Sahir Sabri - jurusolek
  • Boojae Fadzil - koreografi
  • Ayana Mansor - pembantu koreografi/penari
  • Shadida Madina - penari
  • Raja Aizureen - penari
  • Emma Tosh - penari
  • Meyra Sam - penari
  • Nadhirah Rahmat - penari
  • Min Mohamed - pengarah seni
  • Jan Chan - Propmaster
  • Ravi - pembantu pengarah seni
  • Feros Sayna - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Aqilah Maria - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Shaikh Affiz - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Fahmi Mahamuddin - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Alif Shah Jamil - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Amir Yasin - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Amin Aizuddin - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Faqar Azmi - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Shaakendraa - pasukan penerbitan Rocketfuel
  • Carlos Khu - terima kasih

Format dan senarai runut

Muat turun digital[25]
  1. "Boneka" – 3:50

Sejarah keluaran

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 24 Julai 2020 Muat turun digital[25]
Media penstriman[26]
Rocketfuel Entertainment

Rujukan

  1. ^ Budiey (27 Julai 2020). "Ernie Zakri lantang bersuara dalam Boneka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
  2. ^ "Ernie Zakri tampil bertenaga dengan imej berbeza menerusi Boneka". Kopiplanet. 28 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  3. ^ "Ernie Zakri bawa penampilan dan rentak berbeza dalam 'Boneka'". FEMAG Online. 28 Julai 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  4. ^ Fendi Ghafar (25 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Suara.TV. Dicapai pada 8 November 2020.
  5. ^ a b c d Aqmar Mustaza (29 Julai 2020). "Boneka: Ernie wakili wanita ditinggalkan kekasih". Sinar Harian. Dicapai pada 16 September 2020.
  6. ^ Boneka mempertahankan martabat perempuan - Ernie Zakri. Gempak TV. 12 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  7. ^ "Ernie Zakri bukan boneka! Nak bantu mereka yang dalam gundah". Kita Reporters. 27 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  8. ^ a b Fiza Kamarudin (27 Julai 2020). "Ernie rakam single Boneka dalam masa satu hinhga dua jam sahaja, Wow!". Astro Gempak. Dicapai pada 16 September 2020.
  9. ^ a b c Norfaezah Sakri (26 Julai 2020). "Tampilkan babak kedai kain dalam MV Boneka, Ernie Zakri gembira dapat curi perhatian netizen - "Seni itu subjektif dan besar maksudnya". mStar Online. Dicapai pada 16 September 2020.
  10. ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2020.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Julai 2020). "Ernie Zakri jaga aurat dalam muzik video". Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2020.
  12. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (4 Ogos 2020). "Berkarya tanpa batasan". Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2020.
  13. ^ Khai Azfar (27 Julai 2020). "Peminat anggap 'Boneka' Ernie Zakri berhantu". Murai.my. Dicapai pada 16 September 2020.
  14. ^ Budiey (26 Julai 2020). "Fesyen unik Ernie Zakri dalam video muzik Boneka curi tumpuan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
  15. ^ Qistina (28 Julai 2020). "'Bakal juara AJL ni' - Penampilan pelik Ernie Zakri dalam Boneka buat peminatnya teruja". Hijabista. Dicapai pada 16 September 2020.
  16. ^ "Tampilkan babak kedai kain dalam MV Boneka, Ernie Zakri gembira dapat curi perhatian netizen". Suria. 27 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  17. ^ "Teruja Boneka trending di YouTube". Harian Metro. 28 Julai 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
  18. ^ "Boneka: Behind The Scenes". Ernie Zakri Official. 25 Ogos 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  19. ^ Nur Emira Saizali (22 Ogos 2020). "Boneka beli jiwa pendengar". Kosmo!. Dicapai pada 16 September 2020.
  20. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Ogos 2020). "Eksperimen cemerlang, muzik, vokal". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2020.
  21. ^ "Malaysia Hari Ini - Artis Jemputan: Ernie Zakri". Malaysia Hari Ini. 3 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  22. ^ "Ernie Zakri - Boneka: Persembahan Secara Langsung". MPop!. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  23. ^ "Ernie Zakri - Boneka: Persembahan Live MeleTOP". meleTOP. 9 September 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  24. ^ "Boneka" (catatan media). Ernie Zakri. Rocketfuel Entertainment. 24 Julai 2020.CS1 maint: others (link)
  25. ^ a b "Boneka - Single by Ernie Zakri". iTunes (MY). 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  26. ^ "Boneka - Single by Ernie Zakri". Spotify. 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.

Pautan luar

This information is adapted from Wikipedia which is publicly available.

Read other articles:

مدلاين بلسمعلومات عامةموقع الويب medlineplus.gov (الإنجليزية) نوع الموقع موقع ويب — قاعدة بيانات طبية الجوانب التقنيةاللغة الإنجليزية أهم الشخصياتالمالك المكتبة الوطنية لعلم الطب تعديل - تعديل مصدري - تعديل ويكي بيانات مدلاين بلس (بالإنجليزية: Medline Plus)‏ هو موقع متخصص بالأمور المت

Steven De Vuyst Steven De Vuyst (rechts) met Riet Verspreet en Dirk Goemaere op een actie voor het zorgfonds, 2019 Volledige naam Steven De Vuyst Geboren Gent, 13 april 1987 Kieskring Oost-Vlaanderen Regio Vlaanderen Land  België Functie PoliticusOnderwijzer Partij PVDA Functies 2013 - heden Gemeenteraadslid Zelzate 2019 - heden Schepen Zelzate 2019 - heden Volksvertegenwoordiger[1] Portaal    Politiek Steven De Vuyst (Gent, 13 april 1987) is een Belgisch politicus v…

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Languages of Europe – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (July 2019) (Learn how and when to remove this template message) Most languages of Europe belong to the Indo-European language family. Out of a total European population of 744 million as of 2018, s…

2013 studio album by Big SeanHall of FameStudio album by Big SeanReleasedAugust 27, 2013 (2013-08-27)Studio 4220 Feng Shui (Los Angeles) Island Sound (Honolulu) GenreHip hopLength61:10Label GOOD Def Jam Producer Da Internz Hey DJ James Poyser Key Wane Mano Mike Dean No I.D. Xaphoon Jones Young Chop Big Sean chronology Detroit(2012) Hall of Fame(2013) Dark Sky Paradise(2015) Deluxe edition cover Singles from Hall of Fame GuapReleased: October 26, 2012 Switch UpReleased: Apr…

Mount Panorama Circuit Locatie Bathurst Tijdzone GMT +10 Evenementen V8 Supercars Lengte 6.2 km Bochten 23 Portaal    Autosport Mount Panorama Circuit Mount Panorama Circuit (ook wel: Bathurst) in Bathurst (Nieuw-Zuid-Wales, Australië) is een van de oudste circuits van Australië en is 6,2 kilometer lang. Op de baan wordt elk jaar in oktober de Bathurst 1000 verreden. Het is een stratencircuit met een hoogteverschil van 174 meter, met stukken met een 18% hellingsgraad. Vroeger werden …

Van Nispenhuis Openingsdatum 27 december 1955 Sluitingsdatum 1 februari 1977 (brand) Locatie Stadhouderskade 55, Amsterdam Type toneel, opera Gebouw Architect George Charles François Uriot Portaal    Kunst & Cultuur Het Van Nispenhuis was een theater aan de Stadhouderskade 55 in Amsterdam-Zuid, De Pijp. Geschiedenis Ontstaan en bouw Het theater ontstond als gevolg van de vele uitbreidingen van de Kapel van Sint Josephs Gezellen-Vereeniging. Deze kapel en opleidingszalen werden geb…

Der Robert-Kolb-Weg ist ein Hauptwanderweg im Vereinsgebiet des Sauerländischen Gebirgsvereins und besitzt wie auch all die anderen Hauptwanderstrecken als Wegzeichen das weiße Andreaskreuz X, an Kreuzungspunkten um die Ziffer 6 erweitert. Er beginnt im Hagener Ortsteil Eilpe und führt über Rummenohl, Schalksmühle, Brügge, die Nordhelle, Attendorn, die Hohe Bracht, den Kahlen Asten und Medelon zur Burg Hessenstein in Hessen. Bis 2017 führte der Weg noch bis nach Bad Wildungen, jedoch wird…

Susanville Indian RancheriaTotal population698[1]Regions with significant populations United States ( California)LanguagesEnglish, Mountain Maidu,Northern Paiute language[2]Religiontraditional tribal religion, ChristianityRelated ethnic groupsAchomawi, Atsugewi, Mountain Maidu, Northern Paiute and Washoe people[3] The Susanville Indian Rancheria is a federally recognized ranchería of Native Americans in northeastern California whose people are from the Washoe, Achomawi, …

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada Oktober 2016. Ira Purnama Sari (lahir 7 Juli 1981) adalah atlet Indonesia untuk olahraga bela diri Judo. Ia merupakan mahasiswa pasca sarjana Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung. Prestasi Beberapa prestasi yang ia dapat seperti medali emas PON 1996, 2000, 20…

English actor (1912–1994) Fred Griffithsin Turn the Key Softly (1953)BornFrederick David Griffiths(1912-03-08)8 March 1912Ludlow, Shropshire, EnglandDied27 August 1994(1994-08-27) (aged 82)London, EnglandYears active1943–1979Spouse Emily Sadler ​ ​(m. 1934; died 1982)​Children1 Frederick David Griffiths (8 March 1912 – 27 August 1994) was an English film and television actor. A former London cabbie and wartime fire figh…

Perintah kriminal adalah nama kolektif yang diberikan kepada serangkaian perintah, arahan, dan keputusan yang diberikan sebelum dan selama invasi Uni Soviet pada Perang Dunia II oleh Komando Tinggi Wehrmacht. Perintah pidana melampaui kode etik yang ditetapkan dan menyebabkan kekejaman yang meluas di Front Timur. Perintahnya Keputusan Barbarossa, dikeluarkan 13 Mei 1941 Pedoman Perilaku Pasukan di Rusia, dikeluarkan 19 Mei 1941 Perintah Komisaris, dikeluarkan 6 Juni 1941 Perintah Mengenai Penemp…

Irish revolutionary (1891-1916) Edward DalyBirth nameJohn Edward DalyBorn(1891-02-25)25 February 1891Limerick, IrelandDied4 May 1916(1916-05-04) (aged 25)Kilmainham Gaol, Dublin, IrelandAllegianceIrish VolunteersIrish Republican BrotherhoodYears of service1913–1916RankCommandantCommands held1st battalionBattles/warsEaster RisingRelationsKathleen Clarke (sister) John Edward Daly (1891–1916; Irish: Éamonn Ó Dálaigh) was commandant of Dublin's 1st battalion during the Easter Rising…

Ambassador of the United States to Saint Vincent and the GrenadinesSeal of the United States Department of StateIncumbentLinda Swartz Taglialatelasince February 1, 2016NominatorThe President of the United StatesInaugural holderMilan D. Bishas Ambassador Extraordinary and PlenipotentiaryFormationDecember 11, 1981WebsiteU.S. Embassy - Bridgetown The United States ambassador to Saint Vincent and the Grenadines is the official representative of the government of the United States to the governm…

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: I Prefer the Moonlight – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (January 2013) (Learn how and when to remove this template message) 1987 studio album by Kenny RogersI Prefer The MoonlightStudio album by Kenny RogersReleased1987Recorded1987GenreCountry…

Stasiun Plered B04C04 Stasiun Plered, Desember 2022LokasiPlered, Plered, Purwakarta, Jawa Barat 41162IndonesiaKetinggian+257 mOperatorKAI CommuterLetak dari pangkalkm 120+941 lintas Jakarta–Jatinegara–Cikampek–Purwakarta–Padalarang[1]Jumlah jalur2Informasi lainKode stasiunPLD1407[3]KlasifikasiII[2]Operasi layananCommuter Line Garut dan Commuter Line Bandung Raya (arah Purwakarta) Stasiun sebelumnya Stasiun berikutnya Sukatanike arah Purwakarta Lin GarutPurwakarta-…

Japanese wrestling persona Not to be confused with Tigers Mask. This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Tiger Mask professional wrestling – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (October 2012) (Learn how and when to remove this template message) Tiger Mask IV Tiger Mask (タイガーマスク…

Clay Regazzoni Clay RegazzoniClay Regazzoni em 1971 Informações pessoais Nome completo Gian-Claudio Giuseppe Regazzoni Nacionalidade suíço Nascimento 5 de setembro de 1939Mendrisio, Suíça Morte 15 de dezembro de 2006 (67 anos)Parma, Itália Registros na Fórmula 1 Temporadas 1970–1980 Equipes Ferrari, BRM, Ensign, Shadow e Williams GPs disputados 139 (132 largadas) Títulos 0 (2º em 1974) Vitórias 5 Pódios 28 Pontos 209 Pole positions 5 Voltas mais rápidas 15 Primeiro GP GP…

Canadian politician Francis Edwin Kilvert (December 17, 1838 – August 21, 1910) was a lawyer and mayor of Hamilton, Ontario from 1877 to 1878. Born in Hamilton Township, Northumberland County, Upper Canada, the son of Richard Kilvert, he was educated in Cobourg. In 1863, he married Fanny Young Cory. Kilvert was called to the bar in 1867 and set up practice in Hamilton.[1] After he retired from politics in 1887, Kilvert served as customs collector at Hamilton.[2] References …

The examples and perspective in this article may not represent a worldwide view of the subject. You may improve this article, discuss the issue on the talk page, or create a new article, as appropriate. (November 2019) (Learn how and when to remove this template message) Part of series onRadio Forms Radio (overland) Satellite radio Internet radio Uses and forms Talk radio Internet talk radio Music radio Call-in (radio) Developments Radio station Most listened-to programs Physics and engineering …

Species of carnivore Yellow-throated martenTemporal range: Pliocene – Recent Martes flavigula indochinensis in Kaeng Krachan National Park Conservation status Least Concern (IUCN 3.1)[1] Scientific classification Domain: Eukaryota Kingdom: Animalia Phylum: Chordata Class: Mammalia Order: Carnivora Family: Mustelidae Genus: Martes Species: M. flavigula Binomial name Martes flavigulaBoddaert, 1785 Subspecies M. f. flavigula (Boddaert, 1785)M. f. chrysospila (Pocock, 1936), Taiw…

Kembali kehalaman sebelumnya

Lokasi Pengunjung: 18.119.19.16