Platysternon megacephalum shiui Ernst & McCord, 1987
Kura-kura Kepala Besar (Platysternon megacephalum) adalah spesies kura-kura dalam keluarga Platysternidae yang berasal dari benua Asia selatan dan Selatan China.[2]
Ciri-ciri
Kura-kura Kepala Besar ini diketahui boleh memanjat pokok atau apa-apa halangan di airsungai dengan mudah. Ia juga boleh menggunakan ekor dan paruhnya sebagai sokongan untuk membantu ia memanjat.[4] Tetapi Ia bukanlah perenang yang baik.[4] Selain itu, ia tidak boleh memasukkan kepalanya ke dalam tempurung badannya disebabkan saiz kepala yg amat besar berbanding kura-kura spesies lain. Kepalanya berbentuk segitiga, coklat kekuningan dan atasnya rata. Di hujung mulutnya terdapat paruh tajam seperti burung yang digunakan untuk menakutkan pemangsa dan membantu mengoyakkan makanan seperti ikan dan siput kecil. Ekornya sangat panjang, bersisik dan bergulung.
Terkini, terdapat tiga subspesies yang telah direkodkan;
P. m. megacephalum, China, 1831[2] - Menyebar dari wilayah-wilayah China (Anhui, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Hong Kong, Hunan, Jiangsu, Jiangxi, Yun-nan, Zhejiang)[6]