Berilium oksida (BeO), juga dikenali sebagai berilia, ialah satu sebatian tidak organik dengan formula BeO. Pepejal tanpa warna ini ialah penebat elektrik ketara dengan keberaliran terma lebih tinggi daripada mana-mana bukan logam lain kecuali intan, dan sebenarnya melebih yang bagi kebanyakan logam.[3] Sebagai pepejal amorf, berilium oksida adalah putih. Taka lebur tingginya membawa kepada kegunaannya sebagai refraktori.[4] Sebatian ini terjadi di alam semula jadi sebagai galian bromelit. Dahulu dan dalam sains bahan, berilium oksida dipanggil glusina atau glusinium oksida. Pembentukan BeO daripada berilium dan oksigen melepaskan tenaga per jisim bahan tindak balas tertinggi untuk sebarang tindak balas, dekat dengan 24MJ/kg.[perlu rujukan]
Rujukan
^"beryllium oxide – Compound Summary". PubChem Compound. Amerika Syarikat: Pusat Negara untuk Maklumat Bioteknologi. 27 Mac 2005. Identification and Related records. Dicapai pada 8 November 2011.
^Zumdahl, Steven S. (2009). Chemical Principles 6th Ed. Houghton Mifflin Company. ISBN0-618-94690-X.
^Greenwood, Norman N.; Earnshaw, A. (1997), Chemistry of the Elements (ed. 2nd), Oxford: Butterworth-Heinemann, ISBN0-7506-3365-4CS1 maint: multiple names: authors list (link)