Warna-warna merah dan putih dijadikan warna rasmi negara Kanada setelah pengisytiharan Jata Diraja negara tersebut pada tahun 1921, masing-masing diambil daripada Salib Santo George milik England dan jata Kerajaan Perancis yang wujud sejak zaman pemerintahan Charles III dari Perancis[2] lalu mewakili sejarah para peneroka yang menduduki dan menjajah kawasan lingkungan Kanada sebelum penyatuan jajahan-jajahan dalam satu "Gabungan Kanada".
Daun mapel telah dijadikan suatu simbol mewakili Kanada sejak abad ke-18,[3] di mana ia pertama kalinya digunakan pada jata-jata negeri Ontario dan Quebec.[4] Daun ini kemudiannya dimasukkan dalam rekaan jata negara Kanada pada tahun 1921.[4] Bilangan bucu pada daun tersebut tiada makna signifikannya[5] serta ditetapkan setelah ujian angin kencang dijalankan bagi melihat rekaan daun mana yang paling mudah dilihat apabila dikibar dengan lajunya.[6]
Spesifikasi
Jabatan Warisan Kanada (Canadian Heritage Department menyenaraikan jenis warna yang dibolehkan untuk menghasilkan bendera rasmi seperti berikut:[7]
Keperluan adanya suatu bendera melambangkan jajahan Kanada yang baharu semakin digesa dengan tertubuhnya Gabungan Kanada pada tahun 1867. Suatu Bendera Merah Brtish yang menampilkan Jata kecildominion Kanada dipersetujui untuk pengunaan tidak rasmi pada tahun 1870.[8] rekaan jata kecil ini sendirinya berubah-ubah dengan bertambahnya provinsi yang masuk dalam gabungan dominion Kanada sehingga suatu jata ringkas ditampilkan pada rekaan ketiga bendera ini, seperti di bawah:
Rekaan rasmi 1871 hingga 1921
Rekaan rasmi dari 1921 hingga 1957
Rekaan rasmi terakhir dari 1957 hingga 1965
Pengubahan bendera yang baru (The Great Canadian Flag Debate)
Bendera ini tidak begitu mendapat perhatian sehingga tahun 1963 apabila Lester B. Pearson dari Parti Liberal menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan minoriti. Beliau mendapat ilham mahu menukar rupa bendera Kanada yang dilihat tidak mencerminkan imej kebangsaan sendiri semasa pengalamannya terlibat dalam Krisis Suez 1956[9] di mana beliau mengetahui kerumitan dihadapi para pengaman arahannya yang dihalang pihak Mesir kerana bendera lama Kanada mempunyai Union Jack iaitu simbol pihak United Kingdom yang dimusuhi Mesir,[9] maka Pearson berijtihad mahu adanya bendera kebangsaan yang betul-betul menunjukkan pengelanan atau jatidiri sebenar Kanada yang asing daripada Empayar British itu sendiri. Tindakan ini mula diperdebatkan secara hebat pada tahun berikutnya.[10]
Terdapat dua rekaan utama yang akhirnya mendapat perhatian Parlimen Kanada:
Pearson Pennant ("Panji Pearson"):[11] tiga daun mapel merah seranting disampingi warna biru di kedua-dua sisi bendera melambangkan cogan kata rasmi Kanada Mare ad usque mare ("Dari laut ke laut") diusulkan bersama Pearson dan Alan Beddoe, pelukis dan presiden Persatuan Heraldri Kanada. Rekaan ini sangat disanggah dalam Dewan Rakyat Kanada kerana dianggap terlalu memihak kepada Quebec[8] - pada ketika itu majoriti penutur bahasa Inggeris yang menjawat kerusi-kerusi utama Kerajaan Kanada sangat memandang serong banyak warga penutur bahasa Perancis yang majoriti di provinsi tersebut.
Red Maple Leaf("Daun Mapel Merah"): sehelai daun merah atas lapangan putih diapit du jalur merah di kedua-dua sisi bendera, ia direka George Stanley berdasarkan bendera dipakai Maktab Tentera Diraja Kanada (Royal Military College of Canada, RMC) in Kingston, Ontario.[12] Rekaan dari George Stanley pula ada diolah bagi pihak suatu "kumpulan C" di mana dengan bendera Union Jack dan bendera fleur-de-lysPerancis di dua-dua sisi bendera untuk memenangkan kedua-dua pihak setiaraja dan Perancis yang bertelagah, namun rekaan tersebut ditolak kerana dilihat kurang neutral berbanding rekaan asal.
Rekaan diusulkan oleh Lester Pearson
Rekaan diusulkan George Stanley
Usulan "Kumpulan C" olahan Alan Beddoe dari rekaan asal Stanley
Suatu jawatankuasa memilih rekaan bendera baru Kanada dianggotai semua parti dibentuk pada September 1964 untukmmebincangkan pendapat mengenai pilihan rekaan baru yang sesuai.[8] Satu jawatankuasa yang berasing turut dibentuk untuk mempertimbangkan sebanyak 2,000 rekaan yang dicadangkan daripada orang ramai.[8]
Jawatankuasa yang pertama ini akhirnya mengundi memilih antara dua rekaan yang dicadangkan sama ada rekaan Beddoe dan rekaan Stanley. Wakil-wakil Parti Konservatif kesemuanya mengundi untuk rekaan Stanely atas jangkaan pihak Parti Liberal akan mengundi rekaan yang berlawanan; namun pihak Liberal turut memilih rekaan sama - maka undian sebulat suara diputuskan memihak kepada rekaan Stanley dengan 14 undian setuju.[8]
Rujukan
^Richard Foot (Februari 13, 2014). "The Stanley Flag". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 25, 2017. Unknown parameter |encyclopedia= ignored (bantuan)
^Department of Canadian Heritage. "Birth of the Canadian flag". Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 24, 2010. Dicapai pada Disember 16, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^James Minahan (2009). The Complete Guide to National Symbols and Emblems: Volume 2. Greenwood Press. m/s. 17. ISBN978-0-313-34500-5.
^Department of Canadian Heritage. "You were asking..." Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010. Dicapai pada 18 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^ abcde"National Flag of Canada". The Canadian Encyclopedia. Historica Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 14, 2015. Dicapai pada Februari 13, 2015.