Bekak kampung, bekak, beka, bikir, bikir angkup, bonglai, bonglai kayu, bolai kayu, bolai, boli, bongloi, boloi, merulai, merlai, merkulai, kulai, molar atau lunang (nama botani: Oroxylum indicum)[3]:276, 278[4]:11[5] ialah satu-satunya spesies dalam genus tumbuhan berbungaOroxylum.[2][6]:128
Peristilahan
Nama bekak (Jawi: بيكقcode: ms is deprecated ) dan bikir (Jawi: بيكيرcode: ms is deprecated ) digunakan di negeri-negeri selatan Perak di Semenanjung Melayu.[7]:276, 278 Nama beka (Jawi: بيکcode: ms is deprecated ) digunakan di Kelantan dan Pattani.[8] Nama bekak kampung diberikan kerana pokoknya mempunyai dahan-dahan pelepah anak daun seperti bekak gunung tetapi tumbuh di sawah-sawah padi kampung.[7]:276
Nama bolai (Jawi: بولايcode: ms is deprecated ) dan bonglai (Jawi: بوڠلايcode: ms is deprecated ) digunakan di negeri-negeri Perak dan utara Semenanjung Melayu,[7]:278 nama bulai digunakan di Melaka.[6]:128 Nama-nama ini seasal dengan nama wongli dalam bahasa Jawa dan bunglui dalam bahasa Suluk.[6]:128
Botani
Pokok bekak kampung atau kulai tumbuh sederhana besar sehingga ketinggian 20 meter, garis pusat pangkal batangnya 10–40 sentimeter.[6]:128 Ia tumbuh dahan daun yang tidak banyak, sebatang dahan daun berukuran 1–1.13 meter panjang terdiri daripada anak-anak daun lonjong berukuran 6.2–12.5 sm panjang dan 4.3–7.5 sm lebar bertangkai pendek,[9]:110
Pucuk mudanya berwarna hijau kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang, daun-daunnya rapat dan lebat sampai batang-batang pokok menghasilkan teduhan seperti payung. Semua bahagian batang daun tumbuh dan layu sekaligus, batang-batang daun yang mati terkumpul pada pangkal batang pokok.[5]
Bunga dan buah
Bunganya tumbuh pada hujung tangkai-tangkai jambak tandan yang keluar di hujung dahan pokok kelopak setiap kuntumnya keras, berwarna perang atau ungu gelap dengan berukuran 2–4 sm panjang membentuk corong sari. Kuntum-kuntum tersebut mengeluarkan bau yang busuk dan didebungakan kelawar pada waktu malam.[5][6]:129
Buah bekak jenis lenggai yang besar, sedikit bengkok dan leper dengan ukuran 2–4 kaki (0.61–1.22 m) panjang dan 3 inci (0.076 m) lebar. Ia mengandungi banyak biji putih kecil yang sangat nipis dan bersayap.[9]:110[5]
Lenggai bekak kampung di pasar di Bangkok, Thailand
Pucuk dan buah muda bekak kampung atau kulai boleh dibuat ulam dengan dicelurkan dahulu sebelum dimakan dengan sambal belacan, budu mahupun cencaluk.[9]:111Buahnya yang masih muda boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas.
^Wilkinson, Richard James (1932). "beka". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytileni, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 100–101 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.