Batu Khan (bahasa Mongolia:Бат Хаан), Rusia: Баты́йcode: ru is deprecated ) (c. 1205–1255) merupakan seorang raja Mongol dan pengasas Gerombolan Biru. Batu merupakan anak lelaki kepada Jochi dan cucu kepada Genghis Khan. Gerombolan Biru beliau menjadi Gerombolan Keemasan (atau Kipchak Khanate), yang mana memerintah Rus dan Kaucasus untuk selama kira-kira 250 tahun, selepas memusnahkan tentera Poland dan Hungary. "Batu" atau "Bat" bermakna "tegas" di dalam bahasa Mongolia.