Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dengan nama Ayub, lihat Ayub bin Jamil.
Datuk Haji
Ayub Rahmat
DPSM (Melaka); AMN, PPN; PSI
أيوب بن رحمة
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Kesihatan dan Persekitaran : 9 Julai 2013–12 Mac 2017) (Kesihatan, Persekitaran, Pendidikan dan Penerangan : 12 Mac 2017–12 Mei 2018)
Datuk Haji Ayub Rahmat (lahir 25 Mei 1969) adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan N4 Kemelah, Segamat, Johor selama tiga penggal dari tahun 2004 hingga tahun 2018. Beliau merupakan ahli UMNO//BN. Beliau kini merupakan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia.
Kehidupan awal
Dilahirkan pada 25 Mei 1969 di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor.
Politik
Datuk Haji Ayub mula menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1984 sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Melayu Raya dan kemudian menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis pada tahun 1998 hingga 2003. Pada tahun 2004, beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor selama satu penggal sehingga tahun 2004.
Walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat, beliau tetap aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dan membantu orang ramai terutamanya ketika situasi pandemi tahun 2020 sehingga sekarang. Beliau kini bergerak dengan jenama beliau sendiri; DAR (Datuk Ayub Rahmat).
Anugerah dan Pingat
1. MIM : Tun Abd Razak Leadership Award - 1993.
2. Anugerah Keusahawanan Alumni Universiti Utara Malaysia - 2004.
3. Anugerah Antara 100 Pelajar Berjaya Universiti Utara Malaysia - 2004.
4. Anugerah Laman Web Terbaik Negeri Johor ( Kategori ADUN ) - 2005
Pada 20 Jun 2012, dalam persidangan DUN Johor, beliau mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid. UMNO Johor harus mengepalai usaha memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS. Kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
Johor hendaklah mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar yang menurutnya berbeza dengan hudud Pas. Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam. Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)[2] Justeru itu PAS hendaklah menyokong UMNO bagi merealisasikan usaha itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman memaklumkan bahawa cadangan itu masih merupakan cadangan dalam mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin enggan memberi komen.[3] Cadangan itu pernah dikemukakan pada Disember 2011 tetapi tidak dilaporkan mana-mana akhbar.[perlu rujukan]
Presiden MCA Dr Chua Soi Lek menentang cadangan itu sebagai di luar dari mindanya. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menyenaraikan pihak-pihak yang patut dilibatkan iaitu mufti-mufti, ulama-ulama, pakar-pakar perundangan, pakar perlembagaan, penguat kuasa di semua peringkat dan intelektual-intelektual yang bebas, raja-raja Melayu sebagai ketua Islam di negara ini dan wakil-wakil negara yang telah melaksanakannya.[4]