Arya Kenceng

Arya Kenceng adalah seorang kesatria Hindu, Bali yang berasal dari kerajaan Majapahit yang turut serta dalam ekspedisi penaklukan Bali bersama Mahapatih Gajah Mada serta Arya Damar (Adityawarman).

Banyak versi mengenai keberadaan Arya Kenceng, Dalam beberapa abad, misalnya Babad Arya Tabanan, dinyatakan bahawa Arya Kenceng adalah adik kepada Arya Damar, manakala sumber yang lain telah mencatatkan bahawa Arya Kenceng adalah individu yang serupa dengan Arya Damar, dan beberapa naskah lontar menyatakan beliau adalah anak kepada Arya Damar.

Sejarah

Pada tahun 1342, bala tentera Kerajaan Majapahit yang dipimpin oleh Gajah Mada selaku Panglima Perang Tertinggi, dibantu oleh Wakil Panglima Perang yang bernama Arya Damar, serta beberapa Perwira antara lain, Arya Kenceng, Arya Sentong, Arya Belog, Arya Kanuruhan, Arya Bleteng, Arya Pengalasan dan Adipati Takung.

Setelah Kerajaan Bedulu ditakluki oleh raja Kerajaan Majapahit Sri Hayam Wuruk, diangkatlah Sri Kresna Kepakisan sebagai Raja Bali yang berpengaruh di Samprangan. Selanjutnya Sri Kresna Kepakisan memberikan daerah kekuasaannya kepada beberapa Arya, salah satunya Arya Kenceng telah diberikan untuk memimpin daerah Tabanan yang pusat pemerintahannya terletak di Pucangan / Buahan Tabanan.

Arya Kenceng telah berjaya meruntuhkan tiga dinasti yang dikenali sekarang sebagai:

  1. Dinasti Tabanan (Babad Arya Tabanan)
  2. Dinasti Notor Wanira meruntuhkan Kerajaan Badung dan Denpasar
  3. Dinasti Tegeh Kori dimana kekuasaannya telah dikalahkan oleh Dinasti Badung

Dengan jatuhmya kerajaan Bedulu, Arya Kenceng diberikan kekuasaan di daerah Tabanan Bali, dengan rakyat seramai 40,000 orang dengan batas wilayah sebagai berikut :

  • Batas Timur : Sungai Panahan
  • Batas Barat : Sungai Sapwan
  • Batas Utara : Gunung Batukaru
  • Batas Selatan : Daerah Sanda, Kerambitan, Blumbang, Tanggun Titi dan Bajra

Pada tahun 1256 (ada setengah pendapat yang mengatakan pada tahun 1343 M) beliau membuat istana disebuah desa yang bernama Desa Pucangan atau Buwahan Penebel, lengkap dengan taman sari di sebelah tenggara istana. Beliau memerintah dengan bijaksana sehingga keadaan daerah Tabanan menjadi aman sentosa.

Arya Kenceng telah mengambil isteri puteri keturunan brahmana yang bertempat tinggal di Ketepeng Renges iaitu suatu daerah di Pasuruan yang merupakan wilayah kekuasaan Kerajaan Majapahit. Arya Kenceng telah memperisterikan puteri kedua dari brahmana tersebut sedangkan puteri yang sulung diperisteri oleh Dalem Ketut Sri Kresna Kepakisan dari Puri Samprangan dan puteri yang bongsu diperisterikan oleh Arya Sentong.

Arya Kenceng sebagai ketua pemerintah di daerah Tabanan bergelar Nararya Anglurah Tabanan, sangat pandai membawa diri sehingga sangat disayang oleh kakak iparnya Dalem Samprangan. Dalam mengatur pemerintahan beliau sangat bijaksana sehinggakan Dalem Samprangan mengangkat beliau menjadi Menteri Utama. Kerana posisi beliau sebagai Menteri Utama, maka hampir setiap waktu beliau selalu berada disamping Dalem Samprangan. Arya Kenceng sangat bijak dalam menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh Dalem Samprangan, kerana jasanya tersebut maka Dalem Samprangan bermaksud mengadakan pertemuan dengan semua Arya di Bali. Dalam pertemuan tersebut Dalem Samprangan menyampaikan maksud dan tujuan pertemuan tersebut tiada lain untuk memberikan penghargaan kepada Arya Kenceng atas pengabdiannya selama ini.

Wahai dinda Arya Kenceng, demikian besar kepercayaanku kepadamu, aku sangat yakin akan pengabdianmu yang tulus dan ikhlas dan sebagai tanda terima kasihku, kini aku sampaikan wasiat utama kepada dinda dari sekarang sampai seterusnya dari anak cucu sampai buyut dinda supaya tetap saling cinta mencintai dengan keturunanku juga sampai anak cucu dan buyut. Dinda saya berikan hak untuk mengatur tinggi rendahnya kedudukan darjat kebangsawanan (catur jadma), berat ringannya denda dan hukuman yang harus diberikan pada para durjana (pesalah). Dinda juga saya berikan hak untuk mengatur para Arya di Bali , siapapun tidak boleh menentang perintah dinda dan para Arya harus tunduk pada perintah dinda. Dalam tatacara pengabenan atau pembakaran mayat (atiwatiwa) ada 3 upacara yang utama iaitu Bandhusa, Nagabanda dan wadah atau Bade bertingkat sebelas. Dinda saya izinkan menggunakan Bade bertingkat sebelas. Selain dari pada itu sebanyak-banyak upacara adinda berhak memakainya sebab dinda adalah keturunan kesatriya, bagaikan para dewata dibawah pengaturan Hyang Pramesti Guru. Demikianlah penghargaan yang kanda berikan kepada adinda kerana pengadian dinda yang tulus sebagai Menteri utama “.

Akibat telah lanjut usia, akhirnya Arya Kenceng telah meninggal dunia dan dibuatkan upacara pengabenan (palebon) susai dengan anugerah Dalem Samprangan iaitu boleh menggunakan bade bertingkat sebelas yang diwariskan hingga saat ini. Adapun roh sucinya (Sang Hyang Dewa Pitara) dibuatkan tugu penghormatan (Peliggih) yag disebut "batur" dan disungsung oleh keturunan beliau hingga saat ini dan selanjutnya.

Berikut adalah Salasilah Raja-Raja Tabanan dan Keturunan / Pratisentana Arya Kenceng :

I. Arya Kenceng, Raja Tabanan I

Berputera :

  • 1. Dewa Raka / Magada Prabu --> Mengangkat 5 orang anak asuhan ( putera upon-upon ):
    • 1. Ki Bendesa Beng
    • 2. Ki Guliang di Rejasa
    • 3. Ki Telabah di Tuakilang
    • 4. Ki Bendesa di Tajen
    • 5. Ki Tegehan di Buahan
  • 2. Dewa Made / Megada Nata
  • 3. Kiayi Tegeh Kori ------> Asal Wangsa Tegeh Kori
  • 4. Nyai Tegeh Kori

II. Sri Megada Nata, Raja Tabanan ke II

Berputera :

  • 1. Arya Ngurah Langwang --> Memindahkan Kerajaan dari Puri di Pucangan ke Puri Agung Tabanan
  • 2. Ki Gusti Made Utara / Madyatara --> Menurunkan Kelurga Besar Jero Subamia
  • 3. Ki Gusti Nyoman Pascima ---> Menurunkan Keluarga Besar Jero Pemeregan :
    • 1. Jero Jambe Pemeregan
    • 2. Jero Jambe Abian kawan
    • 3. Jero Jambe Kutuh kaja
    • 4. Jero Jambe Kutuh kelod
    • 5. Jero Jambe Ngis
    • 6. Jero Jambe Belodan
    • 7. Jero Jambe Sembung
    • 8. Jero Jambe Batuaji
    • 9. Jero Jambe Baleran
  • 4. Ki Gusti Wetaning Pangkung --> Menurunkan Para Gusti :
    • 1. Lod Rurung
    • 2. Kesimpar
    • 3. Serampingan
  • 5. Ki Gusti Nengah Samping Boni --> Menurunkan Para Gusti :
    • 1. Kiayi Titih
    • 2. Kiayi Ersani
    • 3. Kiayi Nengah
    • 4. Kiayi Den Ayung ( Putung )
  • 6. Ki Gusti Batan Ancak --> Menurunkan Para Gusti :
    • 1. Ancak --> Pindah ke Desa Nambangan Badung, sebagai pendamping Kiayi Ketut Pucangan ( Sirarya Notor Wandira )
    • 2. Angglikan
  • 7. Ki Gusti Ketut Lebah
  • 8. Kiayi Ketut Pucangan / Sirarya Notor Wandira ---> Menjadi Raja di Badung, Selanjutnya Menurunkan Raja-Raja dan Pratisentana Arya Kenceng di Badung

III. Arya Ngurah Langwang, Raja Tabanan ke III

Berputra :

  • 1. Ki Gusti Ngurah Tabanan
  • 2. Ki Gusti Lod Carik --> Menurunkan Para Gusti Lod Carik
  • 3. Ki Gusti Dangin Pasar --> Menurunkan Para Gusti :
    • 1. Suna
    • 2. Munang
    • 3 Batur
  • 4. Ki Gusti Dangin Margi --> Menurunkan Para Gusti :
    • 1. Ki Gusti Blambangan
    • 2. Ki Gusti Jong
    • 3. Ki Gusti Mangrawos di Kesiut Kawan
    • 4. Ki Gusti Nangpagla di Timpag

IV. Ki Gusti Ngurah Tabanan / Prabu Winalwan / Betara Mekules, Raja Tabanan ke IV dan ke VII

Berputra :

  • 1. Ki Gusti Wayan Pamedekan
  • 2. Ki Gusti Made Pamedekan
  • 3. Ki Gusti Bola Raja Tabanan ke X --> Menurunkan Ki Gusti Tembuku
  • 4. Ki Gusti Made ---> Menurunkan Para Gusti Punahan
  • 5. Ki Gusti Wongaya --> Menurunkan Para Gusti Wongaya ( Jero Wongaya Tabanan )
  • 6. Ki Gusti Kukuh --> Menurunkan Para Gusti Kukuh ( Jero Kukuh Denbatas )
  • 7. Ki Gusti Kajanan --> Menurunkan Para Gusti : 1. Kajanan, 2. Ombak dan 3. Pringga
  • 8. Ki Gusti Brengos
  • 9. Ni Gusti Luh Kukuh
  • 10. Ni Gusti Luh Kukub
  • 11. Ni Gusti Tanjung
  • 12. Ni Gusti Luh Tangkas
  • 13. Ni Gusti Luh Ketut

V. Ki Gusti Wayahan Pamedekan, Raja Tabanan ke V

Berputra :

  • 1. Ki Gusti Nengah Mal Kangin, Raja Tabanan ke IX
  • 2 & 3. ( Dua ) Orang Wanita
  • 4. Raden Tumenggung --> Putra yang lahir di Mataram, setelah Ki Gusti Wayahabn Pamedekan ditangkap dalam perang dengan Mataram, dan diangkat sebagai mantu oleh Raja Mataram

VI. Ki Gusti Made Pamedekan, Raja Tabanan ke VI

Berputra :

  • 1. Sirarya Ngurah Tabanan
  • 2. Ki Gusti Made Dalang, Raja Tabanan ke IX
  • 3. Ni Gusti Luh Tabanan

VII. Sirarya Ngurah Tabanan ( Betara Nisweng Penida ), Raja Tabanan ke VIII

Berputra :

  • 1. Ni Gusti Luh Kepaon
  • 2. Ni Gusti Ayu Rai
  • 3. Ki Gusti Alit Dawuh

VIII. Ki Gusti Alit Dawuh / Sri Megada Sakti, Raja Tabanan ke XI

Berputra :

  • 1. Putra Sulung ( tidak disebutkan namanya )
  • 2. I Gusti Made Dawuh / Ida Cokorda Dawuh Pala berputra :
    • 1. I Gusti Lanang
    • 2. I Gusti Kandel
    • 3. Ni Gusti Luh Selingsing
    • 4. Ni Gusti Luh Tatadan --> Menikah dengan seorang Brahmana di Griya Pasekan
    • 5. Ni Gusti Luh Sasadan
  • 3. Gusti Ngurah Nyoman Telabah berputra :
    • 1. Ki Gusti Blumbang
    • 2. Ki Gusti Pande
    • 3. Ni Gusti Luh Nade
  • 4. Kiayi Jegu berputra Ki Gusti Cangeh
  • 5. Kiayi Krasan berputra :
    • 1. Ki Gusti Subamia
    • 2. Ki Gusti Bengkel
    • 3. Ni Gusti Luh Sembung
    • 4. Ni Gusti Luh Sempidi
    • 5. Ni Gusti Luh Wayahan Tegal Tamu
  • 6. Kiayi Oka berputra :
    • 1. Ki Gusti Wongaya
    • 2. Ki Gusti Gede Oka
    • 3. Ki Gusti Pangkung
    • 4. Ki Gusti Ketut
    • 5. Ki Gusti Batan
  • 7. Ni Gusti Ayu Muter
  • 8. Ni Gusti Ayu Subamia --> Beribu dari Jero Subamia, selanjutnya kawin dengan I Gusti Pemecutan Sakti di Badung
  • 9. Ni Gusti Luh Dangin
  • 10. Ni Gusti Luh Abian Tubuh --> Menikah dengan Ki Gusti Padang, putra dari Ki Gusti Ngurah Panji Sakti ( Raja Buleleng )
  • 11. Ni Gusti Luh Mal Kangin --> Menikah dengan seorang Brahmana di Griya Dangin Carik
  • 12. Ni Gusti Luh Puseh
  • 13. Ni Gusti Luh Bakas

Pada waktu pemerintahan Ki Gusti Alit Dawuh ( Sri Megada Sakti ), di Bendana Badung keturunan dari Ki Gusti Batan Ancak yang bernama Ki Gusti Nyoman Kelod tidak memproleh kedudukan di Badung, beliau kembali lagi ke Tabanan dan kemudian dititahkan oleh raja Sri Megada Sakti yang bermukim di desa Pandak, sebagai penguasa di daerah pantai milik kerajaan.

IX. Putra Sulung Sri Megada Sakti / Ida Cokorda Tabanan / Ratu Lepas Pemade, Raja Tabanan ke XII,

Berputra :

  • 1. Ki Gusti Ngurah Sekar
  • 2. Ki Gusti Ngurah Gede / Cokorda I Gusti Ngurah Gede Banjar Membangun Puri Gede / Agung Kerambitan --> Selanjutkan menurunkan Puri / Jero dan Pratisentana Arya Kenceng di Kerambitan.
  • 3. Ki Gusti Sari --> di Wanasari
  • 4. Ki Gusti Pandak --> di Pandak Bandung
  • 5. Ki Gusti Pucangan --> di Buahan
  • 6. Ki Gusti Rejasa --> di Rejasa
  • 7. Ki Gusti Bongan --> di Bongan Kauh
  • 8. Ki Gusti Sangihan dan Ki Gusti Den di Banjar Ambengan
  • 9. Ni Gusti Luh Dalam Indung
  • 10. Ni Gusti Luh Perean
  • 11. Ni Gusti Luh Kuwum
  • 12. Ni Gusti Luh Beraban --> Menikah dengan seorang Brahmana dari Griya Selemadeg Tabanan, melahirkan Putra yang kemudian membangun Griya Beraban. Mempunyai tugas khusus mengatur segala upacara/upakara bebantenan di Puri Agung Tabanan.

X. Ki Gusti Ngurah Sekar ( Cokorda Sekar ), Raja Tabanan ke XIII,

Berputra lahir dari Permaisuri dari Jero Subamia :

  • 1. Ki Gusti Ngurah Gede
  • 2. Ki Gusti Ngurah Made Rai, ( sebagai Maha Ratu Pemade tinggal di Puri Kaleran, saat kakaknya Ki Gusti Ngurah Gede menjadi Raja Tabanan )
  • 3. Ki Gusti Ngurah Rai ( Cokorda Penebel ), Raja Tabanan ke XVII berpuri di Penebel, berputra :
    • 1. Ki Gusti Made Tabanan / Ki Gusti Ngurah Ubung Raja Tabanan ke XVIII
    • 2. Ni Sagung Wayahan
    • 3. Ni Sagung Made
    • 4. Ni Sagung Ketut
    • 5. Kiayi Kekeran
    • 6. Kiayi Made
    • 7. Kiayi Pangkung
    • 8. Kiayi Dauh
    • 9. Seorang Putri yang menikah dengan Kiayi Buruan
    • 10. Kiayi Kandel berputra Ki Gusti Made Kerambitan --> Menurunkan Keluarga Besar Jero Kerambitan.
  • 4. Ki Gusti Ngurah Anom --> Membangun Puri Mas, berputra :
    • 1. Ki Gusti Mas
    • 2. Ki Gusti Made Sekar
    • 3. Kiayi Pasekan
    • 4. Kiayi Pandak
    • 5. Ni Sagung Alit Tegeh

Lahir dari Ibu Penawing :

  • 5. Ni Gusti Luh Kandel
  • 6. Ni Gusti Luh Kebon

XI. Ki Gusti Ngurah Gede ( Cokorda Gede Ratu ), Raja Tabanan ke XIV ,

Berputra :

  • 1. Ki Gusti Nengah Timpag
  • 2. Ki Gusti Sambian
  • 3. Ki Gusti Ketut Celuk

XII. Ki Gusti Ngurah Made Rai / Cokorda Made Rai, Raja Tabanan ke XV,

Berputra :

A. Dari Permaisuri bernama Ni Sagung Alit Tegal, putri dari Cokorda Ki Gusti Ngurah Gede Banjar Puri Gede Kerambitan melahirkan putra :

  • 1. Ki Gusti Agung Gede
  • 2. Ki Gusti Ngurah Nyoman Panji berputra :
    • 1. Ki Gusti Ngurah Agung --> Beribuk dari Puri Gede Kerambitan, putri dari Cokorda Gede Selingsing
    • 2. Ki Gusti Ngurah Demung ( Ida Betara Madewa di Puri Kaleran ) --> Beribuk dari Demung
    • 3. Ki Gusti Ngurah Celuk --> Beribuk dari Celuk dan Membangun Puri Kediri

B. Dari Istri Penawing

  • 3. Ni Sagung Ayu Made
  • 4. Ni Sagung Ayu Ketut
  • 5. Kiayi Nengah Perean, berputra :
    • 1.Kiayi Pangkung, berputra :
      • 1. Ki Gusti Wayahan Kompyang --> Menurunkan Jero Kompyang
    • 2. Ki Gusti Made Oka --> Menurunkan Jero Oka
  • 6. Kiayi Buruan Raja Tabanan ke XVI
  • 7. Kiayi Banjar
  • 8. Kiayi Tegeh
  • 9. Kiayi Beng berputra Ki Gusti Wayahan Beng --> Jero Beng, Jero Beng Kawan dan Jero Putu.

XIII. Ki Gusti Ngurah Agung ( Ratu Singasana ), Raja Tabanan ke XIX,

Berputra :

  • 1. Sirarya Ngurah Tabanan, beribuk Ni Sagung Wayan, putri dari Agung Ketut Jero Aseman Kerambitan.
  • 2. Ki Gusti Ngurah Gede Banjar, beribuk Ni Sagung Ayu Ngurah, putri dari Cokorda Made Penarukan, Puri Gede Kerambitan --> Membangun Puri Anom Tabanan, bermukim di Saren Kangin
  • 3. Ki Gusti Ngurah Nyoman --> Membangun Puri Anom Tabanan, bermukim di Saren Kawuh
  • 4. Ki Gusti Ngurah Made Penarukan --> Membangun Puri Anyar Tabanan
  • 5. Sirarya Ngurah --> Diperas oleh Ki Gusti Ngurah Demung ( Ki Gusti Ngurah Made Kaleran )
  • 6. Ki Gusti Ngurah Rai --> Diperas oleh Ki Gusti Ngurah Demung, setelah Sirarya Ngurah meninggal dunia tanpa keturunan.
  • 7. Ni Sagung Ayu Gede
  • 8. Ni Sagung Ayu Rai

XIV. Sirarya Ngurah Tabanan ( Betara Ngeluhur ), Raja Tabanan ke XIX, bertahta tahun 1868 – 1903

Berputra :

  • 1. Arya Ngurah Agung
  • 2. Ki Gusti Ngurah Gede Mas
  • 3. Arya Ngurah Alit Senapahan
  • 4. Ki Gusti Ngurah Rai Perang --> Membangun Puri Dangin Tabanan, Beribu Ni Gusti Ayu, keturunan Gusti Delod Rurung
  • 5. Ki Gusi Nyoman Pangkung --> Membangun Puri Dangin Tabanan
  • 6. Ki Gusti Ngurah Made Batan --> Membangun Puri Dangin Tabanan
  • 7. Ki Gusti Ngurah Gede Marga --> Membangun Puri Denpasar Tabanan
  • 8. I Gusti Ngurah Putu --> Membangun Puri Pemecutan Tabanan
  • 9. Sagung Istri Ngurah
  • 10. Ni Sagung Ayu Wah --> Memimpin Pebalikan Wongaya, Perang melawan

penjajah Belanda tanggal 27 November 1906

Ad 8. Keturunan I Gusti Ngurah Putu Puri Pemecutan Tabanan

I Gusti Ngurah Putu berputra :

  • 1. I Gusti Ngurah Wayan
  • 2. I Gusti Ngurah Made, berputra :
    • 1. I Gusti Ngurah Gede
    • 2. I Gusti Ngurah Mayun
  • 3.. Sagung Nyoman
  • 4. I Gusti Ngurah Ketut
  • 5. Sagung Rai
  • 6. Sagung Ketut --> Kawin ke Jero Kompyang

XV. Ki Gusti Ngurah Rai Perang ( Cokorda Rai ) Raja Tabanan ke XXI Tahun 1903 – 1906

Berputra : Yang tetap tinggal di Puri Dangin Tabanan :

  • 1. I Gusti Ngurah Anom
  • 2. I Gusti Ngurah Putu Konol
  • 3. Ni Sagung Made

Yang ikut masuk ke Puri Singasana / Agung Tabanan :

  • 4. I Gusti Ngurah Gede Pegeg ( sebagai putra mahkota )
  • 5. Ni Sagung Oka
  • 6. Ni Sagung Putu

XVI. I Gusti Ngurah Ketut ( Cokorda Ngurah Ketut ), Raja Tabanan ke XXII dari 29 Julai 1938 - ….

Berputra :

  • 1. I Gusti Ngurah Gede --> beribu dari Puri Denpasar Tabanan
  • 2. I Gusti Ngurah Alit Putra --> beribu Gusti Siluh Biang Resi
  • 3. I Gusti Ngurah Raka --> beribu Mekel Merta
  • 4. Sagung Mas --> beribu Sagung Istri Oka dari Puri Kediri Tabanan
  • 5. I Gusti Ngurah Agung --> beribu Sagung Istri Oka dari Puri Kediri Tabanan

XVII. I Gusti Ngurah Gede ( Cokorda Ngurah Gede ), Raja Tabanan ke XXIII dari Mac 1947 - 1986

Berputra :

  • 1. Sagung Putri Sartika
  • 2. I Gusti Ngurah Bagus Hartawan
  • 3. Sagung Putra Sardini
  • 4. I Gusti Ngurah Alit Darmawan
  • 5. Sagung Ayu Ratnamurni
  • 6. Sagung Jegeg Ratnaningsih
  • 7. I Gusti Ngurah Agung Dharmasetiawan
  • 8. Sagung Ratnaningrat
  • 9. I Gusti Ngurah Rupawan
  • 10. I Gusti Ngurah Putra Wartawan
  • 11. I Gusti Ngurah Alit Aryawan
  • 12. Sagung Putri Ratnawati
  • 13. I Gusti Ngurah Bagus Grastawan
  • 14. I Gusti Ngurah Mayun Mulyawan
  • 15. Sagung Rai Mayawati
  • 16. Sagung Anom Mayadwipa
  • 17. Sagung Oka Mayapada
  • 18.' I Gusti Ngurah Raka Heryawan
  • 19. I Gusti Ngurah Bagus Rudi Hermawan
  • 20. I Gusti Ngurah Bagus Indrawan
  • 21. Sagung Jegeg Mayadianti
  • 22. I Gusti Ngurah Adi Suartawan.

XVIII. I Gusti Ngurah Rupawan ( Ida Cokorda Anglurah Tabanan ), Raja Tabanan ke XXIV dari 21 Mac 2008

Sumber

  • Artikel-Artikel yang bersumber dari turun-temurun yang dimiliki oleh Keluarga Puri Tabanan
  • Buku " RIWAYAT PULAU BALI DARI DJAMAN KE DJAMAN " Disusun oleh : I Made Subaga, Gianyar - Bali
  • Babad Arya Tabanan Wikipedia,

Read other articles:

2 Tawarikh 1Kitab Tawarikh (Kitab 1 & 2 Tawarikh) lengkap pada Kodeks Leningrad, dibuat tahun 1008.KitabKitab 2 TawarikhKategoriKetuvimBagian Alkitab KristenPerjanjian LamaUrutan dalamKitab Kristen14← 1 Tawarikh 29 pasal 2 → 2 Tawarikh 1 (atau II Tawarikh 1, disingkat 2Taw 1) adalah bagian pertama dari Kitab 2 Tawarikh dalam Alkitab Ibrani dan Perjanjian Lama di Alkitab Kristen. Dalam Alkitab Ibrani termasuk dalam bagian Ketuvim (כְּתוּבִים, tulisan).[1][...

 

Stautzenberger redirects here. For the American football player, see Odell Stautzenberger. Stautzenberger CollegeBrecksville CampusTypePrivate for-profit junior collegeEstablished1926 [1]PresidentAmy Beauregard (Maumee Campus) [2] and Lynn Mizanin (Brecksville Campus) [3]Undergraduates814[4]LocationMaumee and Brecksville, Ohio, United States41°34′58″N 83°40′59″W / 41.582778°N 83.683056°W / 41.582778; -83.683056Websitesctoday....

 

Синелобый амазон Научная классификация Домен:ЭукариотыЦарство:ЖивотныеПодцарство:ЭуметазоиБез ранга:Двусторонне-симметричныеБез ранга:ВторичноротыеТип:ХордовыеПодтип:ПозвоночныеИнфратип:ЧелюстноротыеНадкласс:ЧетвероногиеКлада:АмниотыКлада:ЗавропсидыКласс:Пт�...

Questa voce sull'argomento calciatori argentini è solo un abbozzo. Contribuisci a migliorarla secondo le convenzioni di Wikipedia. Segui i suggerimenti del progetto di riferimento. Sergio Vázquez Nazionalità  Argentina Altezza 184 cm Peso 78 kg Calcio Ruolo Difensore Termine carriera 1997 Carriera Squadre di club1 1985-1991 Ferro Carril Oeste161 (4)1992 Racing Club10 (0)1992 Rosario Central17 (2)1993-1995 Universidad Católica16 (2)1996 Banfield6 (0)1997...

 

Ray-finned fish For other uses, see Sturgeon (disambiguation). SturgeonTemporal range: Cenomanian–Recent PreꞒ Ꞓ O S D C P T J K Pg N Atlantic sturgeon(Acipenser oxyrinchus oxyrinchus) Scientific classification Domain: Eukaryota Kingdom: Animalia Phylum: Chordata Class: Actinopterygii Order: Acipenseriformes Family: AcipenseridaeBonaparte, 1831 Genera †Boreiosturion †Protoscaphirhynchus †Engdahlichthys †Anchiacipenser †Priscosturion Acipenser (paraphyletic) Huso Scaphirhynchus ...

 

Pour les articles homonymes, voir Hurlingham. Cet article est une ébauche concernant Londres. Vous pouvez partager vos connaissances en l’améliorant (comment ?) selon les recommandations des projets correspondants. Si ce bandeau n'est plus pertinent, retirez-le. Cliquez ici pour en savoir plus. Cet article ne cite pas suffisamment ses sources (novembre 2023). Si vous disposez d'ouvrages ou d'articles de référence ou si vous connaissez des sites web de qualité traitant du thème a...

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Chaco Province – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (January 2016) (Learn how and when to remove this message) Province of Argentina Province in ArgentinaChaco Provincia del Chaco (Spanish)ProvinceProvince of ChacoPalm trees in Resistencia City FlagCoa...

 

Artikel ini tidak memiliki referensi atau sumber tepercaya sehingga isinya tidak bisa dipastikan. Tolong bantu perbaiki artikel ini dengan menambahkan referensi yang layak. Tulisan tanpa sumber dapat dipertanyakan dan dihapus sewaktu-waktu.Cari sumber: SMA Negeri 2 Purworejo – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR SMA Negeri 2 Purworejo atau yang lebih dikenal dengan SMANDA adalah salah satu sekolah favorit di Kabupaten Purworejo, Jawa Teng...

 

الإعلان على وسائل التواصل الاجتماعي أشكال الإعلان عبر الشبكة الاجتماعية هناك ثلاثة تصنيفات رئيسية للإعلان عبر الشبكة الاجتماعية وهي ما يلي: • الإعلان المباشر الذي يعتمد على شبكة الإنترنت الخاصة بأصدقائك - وهذا يمكن أن يكون الشكل الأكثر فعالية ولكن يؤدي أيضا إلى حدوث الكث...

Medical issues associated with spaceflight This article is about the medical consequences of spaceflight on humans. For the general study, see Bioastronautics. American astronaut Marsha Ivins demonstrates the effects of microgravity on her hair in space The effects of spaceflight on the human body are complex and largely harmful over both short and long term.[1] Significant adverse effects of long-term weightlessness include muscle atrophy and deterioration of the skeleton (spacefligh...

 

Census-designated place in Massachusetts, United StatesMarshfield Hills, MassachusettsCensus-designated placeHighland Street c. 1905Location in Plymouth County in MassachusettsCoordinates: 42°8′40″N 70°43′47″W / 42.14444°N 70.72972°W / 42.14444; -70.72972CountryUnited StatesStateMassachusettsCountyPlymouthArea[1] • Total4.94 sq mi (12.78 km2) • Land4.58 sq mi (11.87 km2) • Water0.35&...

 

County in Wisconsin, United States This article is about the county. For the city, see Racine, Wisconsin. County in WisconsinRacine CountyCountyRacine County Courthouse FlagLogoLocation within the U.S. state of WisconsinWisconsin's location within the U.S.Coordinates: 42°47′N 87°46′W / 42.78°N 87.76°W / 42.78; -87.76Country United StatesState WisconsinFoundedDecember 7, 1836SeatRacineLargest cityRacineArea • Total792 sq mi (2,050...

Australia & Fiji international rugby league footballer Aku UatePersonal informationFull nameAkuila UateBorn (1987-10-06) 6 October 1987 (age 36)Votua, Nadroga-Navosa Province, FijiPlaying informationHeight6 ft 0 in (182 cm)Weight15 st 6 lb (98 kg)PositionWing Club Years Team Pld T G FG P 2008–16 Newcastle Knights 161 110 0 0 440 2017–18 Manly Sea Eagles 39 19 0 0 76 2019 Huddersfield Giants 12 5 0 0 20 Total 212 134 0 0 536 Representative Years ...

 

Not to be confused with John Schofield or John Schofield (VC). This biography of a living person needs additional citations for verification. Please help by adding reliable sources. Contentious material about living persons that is unsourced or poorly sourced must be removed immediately from the article and its talk page, especially if potentially libelous.Find sources: John Scofield – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (July 2022) (Learn how ...

 

Disambiguazione – Se stai cercando altri significati, vedi Partito Socialista Unitario. Disambiguazione – Se stai cercando altri partiti con nel nome il termine socialista, vedi Partito Socialista Italiano (disambigua). PSI-PSDI UnificatiPartito Socialista Unificato LeaderPietro Nenni,Giuseppe Saragat PresidentePietro Nenni SegretarioFrancesco De Martino,Mario Tanassi VicesegretarioGiacomo Brodolini,Antonio Cariglia Stato Italia SedeRoma Fondazione1966 Dissoluzione1969 Par...

Former railway station in England Salehurst HaltStation site looking towards RobertsbridgeGeneral informationLocationSalehurst, RotherEnglandGrid referenceTQ749240Platforms1Other informationStatusDisusedHistoryPost-groupingKent and East Sussex Railway Southern Region of British RailwaysKey datesc. 1903Opened by private arrangement23 September 1929Opened to public4 January 1954Closed Salehurst Halt was a halt station on the Kent and East Sussex Railway which served the village of Salehur...

 

Original DeskJet 500 DeskJet 3845 Deskjet is a brand name for inkjet printers manufactured by Hewlett-Packard.[1] These printers range from small domestic to large industrial models, although the largest models in the range have generally been dubbed DesignJet.[2] The Macintosh-compatible equivalent was branded as the Deskwriter and competed with Apple's StyleWriter, and the all-in-one equivalent is called OfficeJet. HP's first inkjet printer is the ThinkJet. A modern HP Deskj...

 

التضامن الأوروبي   البلد أوكرانيا  تاريخ التأسيس 28 فبراير 2001  المؤسسون بترو بوروشنكو  قائد الحزب فيتالي كليتشكو (28 أغسطس 2015–)[1]  عدد الأعضاء 30000   المقر الرئيسي كييف  الأيديولوجيا محافظة ليبرالية،  والموالية الأوروبية،  وقومية مدنية  الانحياز ...

南九州大学 宮崎キャンパス大学設置 1967年創立 1962年学校種別 私立設置者 学校法人南九州学園本部所在地 宮崎県宮崎市霧島5-1-2北緯31度56分10.7秒 東経131度24分55.0秒 / 北緯31.936306度 東経131.415278度 / 31.936306; 131.415278座標: 北緯31度56分10.7秒 東経131度24分55.0秒 / 北緯31.936306度 東経131.415278度 / 31.936306; 131.415278学生数 996キャンパス 宮崎キャ�...

 

Plurality voting systemThis article has an unclear citation style. The references used may be made clearer with a different or consistent style of citation and footnoting. (July 2024) (Learn how and when to remove this message) It has been suggested that this article should be split into a new article titled Single-member district. (discuss) (September 2024)A joint Politics and Economics seriesSocial choice and electoral systems Social choiceMechanism designComparative politicsComparisonList ...