"Arirang" (아리랑code: ko is deprecated ; sebutan bahasa Korea:[a.ɾi.ɾaŋ]) merupakan lagu tradisional yang sering bergelar lagu kebangsaan tidak rasmi Korea.[1] Ada kira-kira 3,600 variasi daripada 60 versi berbeza lagu ini, kesemuanya ada baris ulang yang serupa dengan "Arirang, arirang, arariyo (아리랑, 아리랑, 아라리요code: ko is deprecated )" Dianggarkan bahawa lagu ini lebih daripada 600 tahun lamanya.[2]
"Arirang" dimasukkan dua kali dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO. Korea Selatan berjaya menyerahkan lagu ini untuk kemasukan dalam senarai UNESCO pada 2012.[3]Korea Utara juga berjaya menyerahkan lagu ini untuk kemasukan pada 2014.[4] Pada 2015, Lembaga Warisan Budaya Korea Selatan menambahkan lagu ini ke dalam senarai aset budaya tidak ketara terkemukanya.[5]
Skor
Lirik
Semua versi "Arirang" mempunyai baris ulang seakan "Arirang, arirang, arariyo (아리랑, 아리랑, 아라리요code: ko is deprecated )." Perkataan "arirang" sendiri tiada maksud yang tertentu dalam bahasa Korea.[6] Sedangkan lirik-lirik lain berbagai-bagai mengikut versi, rata-ratanya memperlihatkan tema kesayuan, pemisahan, pertemuan semula dan kasih sayang.[7]