Angkatan Bersenjata dalam undang-undang Ecuador ialah bahagian daripada formasi awam dan berkhidmat dalam memartabatkan kedaulatan pentadbiran di dalam wilayah negara. Hal ini bermakna ketenteraan mempunyai tanggung jawab menyertai pembangunan sosio-ekonomi, hal itu mampu wujud apabila negara dalam keadaan damai. Perkhidmat mendamaikan negeri itu merangkumi perburuan samseng yang kuat, razia anti-dadah dan kartel, pengawasan sempadan dan lain-lain.[5][perlu rujukan] Seluruh negeri Ecuador berkongsi kepada lima Zon Pasukan Petugas Bersama atau Fuerzas de Tarea Conjunta, empat wilayah kongsi di serantau utama Ecuador, dan yang ke-5 berkedudukan di Kepulauan Galapagos.[6][7]
Keadaan geopolitik
Ecuador bersempadan dengan Peru sejauh 1420 km. Merujuk kepada sejarah antara kedua negara, meskipun dahulu beberapa dekad selepas penubuhan kedua-dua negara sering berperang, hubungan di masa moden sudah semakin baik dibuktikan dengan pembaharuan perjanjian kedamaian tahun 1998.[1] Hubungan dengan jiran lain, Colombia sempat beberapa kali membara. Ecuador bersempadan dengan negara itu sepanjang 590 km.
Ecuador mendakwa masalah dadah di negaranya berpunca daripada kelemahan Colombia ketika menentang Pablo Escobar. Selepas kematiannya, Kartel Medellín bersurai dan anggotanya melarikan diri ke pelbagai negara salah satunya Ecuador dan menubuhkan kumpulan samseng, atau sekedar terinspirasi dari kartel itu dan ingin menubuhkan legasi mereka sendiri.[5][8] Kedua-dua negara pernah hampir berperang pada tahun 2008, tetapi mampu didamaikan oleh komuniti antarabangsa.[9]
Kemampuan angkatan bersenjata ecuador mula dicabar pada 1811 ketika hendak berpisah dari Empayar Sepanyol. Pada tahun 1822, tentera Ecuador yang berpakat dengan tentera Peru, berjaya memenangi Pertempuran Pichincha dan membinasakan tentera diraja Sepanyol. Persahabatan itu perlahan berubah kepada permusuhan beberapa tahun selepasnya dan bermulanya tradisi persaingan antara Ecuador dan Peru.
Organisasi
Merujuk kepada undang-undang, angkatan bersenjata Ecuador berada di bawah pengawasan Presiden Republik sebagai pemimpin tertinggi. Kementerian Pertahanan Negara sebagai timbalannya dan diarahkan oleh Markas Perintah Bersama.