Accenture merupakan firma perkhidmatan profesional dan perundingan pengurusan global yang menyediakan perkhidmatan strategi, perundingan, digital, teknologi dan operasi. Sebuah syarikat Fortune Global 500,[6] ia telah diperbadankan di Dublin, Ireland, sejak 1 September 2009. Pada tahun 2018, nilai bersih syarikat ini dilaporkan bernilai $39.6 bilion, dengan seramai 459,000 kakitangan[4] berkhidmat kepada klien di lebih 200 bandar di 120 negara.[7] Pada tahu 2015, syarikat ini mempunyai kira-kira 150,000 kaitangan di India,[8] 48,000 di AS,[9] dan kira-kira 50,000 di Filipina.[10] Klien terkini Accenture termasuk 95 syarikat Fortune Global 100 dan lebih daripada tiga suku syarikat Fortune Global 500.[5]
Ekuiti utama Accenture tersenarai di Bursa Saham New York, di bawah simbol ACN, dan telah disenaraikan di indeks S&P 500 pada 5 Julai 2011.
Accenture mempunyai lima perniagaan; termasuk Accenture Strategy, Accenture Consulting, Accenture Digital, Accenture Technology, dan Accenture Operations.
^Mini Joseph Tejaswi (2012-07-18). "Accenture in India". Articles.timesofindia.indiatimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-05. Dicapai pada 2013-08-10.