Rencana ini mengenai sejenis makanan. Untuk pelakon dan pelawak Malaysia bergelar sedemikian, sila lihat Sharizan Ahmad.
Abon ialah sejenis makanan berasaskan daging yang diperisakan berbagai rempah sebelum ia dimasak lembut memudahkan ia disiat-siat.[1] Daging dimasak ini mengering lalu disuwir-suwir halus lalu tampak seperti serat-serat kapas. Sifatnya yang kering dan hampir tiada kandungan air menjadikan ia kaedah pengawetan makanan yang berkesan kerana mudah disimpan berminggu-minggu hingga berbulan-bulan dalam kemasan yang kedap udara.
Potongan daging baik daripada daging lembu atau babi yang sesuai diperisakan dengan garam, MSG atau bahan penambah perisa serta kicap ini direbus dan dididihkan dalam air hingga benar-benar lembut, sehingga serat-serat daging mula terurai lepas lumat dan mudah untuk dipisah-pisahkan ("disuwir-suwir"). Hal ini karena kandungan kolagen dan elastin zat pengikat otot telah larut oleh air rebusan sehingga mudah disuwir-suwir.
Daging yang mulai tercerai-berai hasil rebusan ini kemudian dikeringkan, dapat dengan cara dijemur selama 2 hari atau dengan cara pengeringan yang menggunakan ketuhar. Setelah daging abon sudah dikeringkan, daging harus disangrai di atas penggorengan besar sambil ditumbuk-tumbuk. Ketika ditumbuk daging ini membentuk serat-serat daging yang menyerupai gumpalan benang/kapas. Saat disangrai ini serat daging ditambahkan bumbu-bumbu penambah rasa, seperti gula jawa, MSG, sedikit kicap, pemberi rasa pedas dan bawang goreng, terus diaduk hingga benar-benar kering dan dikemas. Selain itu, beberapa abon yang dibuat dengan mutu rendah sering ditambahkan bahan pengisi yang memberi cita rasa baru yang unik, seperti Kacang parang, kacang gajus, dan sebagainya.