Ableisme (bahasa Inggeris: ableism terbitan perkataan Inggerisable "berupaya" serapan Perancis turunan Latin habilis "mudah gerak"[1]) atau habilisme ialah bentuk diskriminasi dan sangka buruk terhadap atas orang lain upaya (OKU) atau mana-mana individu yang disifatkan sekelainan.[2] Dalam hal ini, individu terkesan menerima atau dinafikan kebolehan, kemahiran atau orientasi perwatakan. Beberapa stereotaip yang ada merujuk kepada OKU secara awam atau dikhususkan terhadap sifat-sifat tertentu, seperti pemahaman bahawa setiap OKU mahu sembuh.[3] Stereotaip sebegini menjadi bahan pewajaran bagi perbuatan-perbuatan penindasan, dan mengukuhkan perilaku menindas warga OKU.[4] Pelabelan memberi kesan kepada OKU apabila ia mengehadkan pilihan atau kebolehan mereka.[5]
Dalam persekitaran
Dalam bidang pendidikan, bentuk-bentuk habliisme termasuk memaksa seorang murid OKU membaca suatu teks tanpa memberi pilihan mendengar suatu rakaman teks yang lebih memudahkan pemahaman isinya. Pada masa lalu, sekolah-sekolah banyak menumpukan usaha untuk memulihkan kecacatan murid, tetapi, pendidikan sekolah pada kini lebih tertumpu kepada mengurangkan implikasi kelainan upaya serta memberi sokongan, kemahiran dan peluang terhadap mereka.[6]
Dalam sektor pekerjaan, habilisme boleh berlaku atas persepsi majikan berkenaan kos tambahan yang diperlukan untuk memberi kemudahan kepada warga OKU.[7] Bagaimanapun, satu kajian mendapati rata-rata kemudahan ini tiada sebarang kos, dan kos-kos yang ada boleh diimbangkan dengan pemerolehan yang bakal diberikan pekerja OKU.[8]
"hăbĭlis". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 376. "mudah utk dipakai/digerakkan; gampang; ringan; lantjar..."
^Wüllenweber, Ernst; Theunissen, Georg; Mühl, Heinz (2006). Pädagogik bei geistigen Behinderungen: ein Handbuch für Studium und Praxis (Education for intellectual disabilities: A manual for study and practice) (in German). Kohlhammer Verlag. p. 149. ISBN3-17-018437-7. Retrieved January 17, 2012.
^"Geistige Behinderung – Normtheorien nach Speck und Goffman". Heilpaedagogik-info.de. Retrieved 2014-05-12.