Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D., Bergelar Melayu Riau "Dato' Seri Ulama Setia Negara" atau juga dikenali sebagai UstazAbdul Somad (Bahasa Arab dan tulisan Jawi: عبد الصمد; lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari Indonesia yang berasal dari kawasan Asahan, Sumatera Utara.
Abdul Somad menjadi terkenal melalui pendekatan dakwah melalui Internet serta gayanya yang diselipkan unsur tawa. Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam (ilmu fiqah). Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam sebuah khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam, antaranya ialah yang mengenai perkara rasa kebangsaan.
Kehidupan awal
Abdul Somad merupakan putra pasangan Bakhtiar[2] dan Rohana. Dari pihak ibu, garis keturunannya bersambung kepada Syekh Abdurrahman atau Tuan Syekh Silau Laut I, ulama sufi tarekat Syattariyah dari Rao, Batubara.[3][4] Tuan Syekh Silau Laut I merupakan keturunan perantau Minangkabau yang dengan keturunan berasal dari Mudik Tampang, Rao, Pasaman.[5][6]
Pendidikan
Ustaz Abdul Somad menempuh pendidikan formal sehingga ke peringkat kedoktoran. Beliau tamat Sekolah Dasar Al-Washliyah, Medan pada tahun 1990. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Madrasah Tsanawiyah Mu'allimin Al-Washliyah, Medan dan tamat pada 1993. Seterusnya beliau ke Madrasah Aliyah Nurul Falah, Air Molek, Inderagiri Hulu dan tamat pengajian pada 1996. Pada tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda (Licentiate) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau melanjutkan pengajian sehingga tahun 2002.
Usai pulang dari Mesir, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi namun hanya sempat untuk dua semester sahaja sebelum beliau berhenti. Pada tahun berikutnya (2004), beliau melanjutkan pengajian dalam diploma pengajian siswazah lanjutan (Diplôme d'Études Supérieures Avancées) di Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah di Rabat, Maghribi selama 3 tahun. Beliau juga telah menyelesaikan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian ilmu Hadis pada Disember 2019 dengan keputusan yang cemerlang dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.
Kerjaya
Dakwah dan syarahan beliau dicirikan dengan perihal keberlainan yang dipunyai dalam kesanggupan bercakap dan lawak jenakanya yang sekaligus dapat memikat rasa minat daripada khalayak awam, dan seringkali syarahan-syarahan beliau disiarkan menerusi saluran YouTube dan media sosial yang lain lagi.[7][8] Beliau pula kini menjadi seorang pensyarah di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau di wilayah Riau.[9][10]
Selepas tamat pengajian dari Maghribi, Ustaz Abdul Somad aktif berkhidmat di pelbagai agensi seperti berikut:
Pandangannya tentang Islam dianggap sebagai fundamentalis, dan objektif dengan ceramahnya mencakup topik literal tentang Al-Qur'an dan Sunnah.[13][14]
Kehidupan peribadi
Ustaz Abdul Somad berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2012. Perkahwinan ini membawa kepada seorang anak lelaki bernama Mizyan Hadziq Abdillah.[15] Namun, pasangan ini bercerai pada 2019.[16] Pada 2021, Abdul Somad menikah lagi dengan Fatimah Az Zahra Salim Barabud, dan memperoleh seorang lagi anak lelaki, Samy Ahmad Mesbahy 'Ibadillah.[17]
Kontroversi
Pemikiran dan kandungan dakwah Abdul Somad yang berisi konspirasi serta mencabar warga bukan Islam mendapat kontroversi ketara. Somad pernah memiliki afiliasi dengan pertubuhan Front Pembela Islam (FPI), gerakan ekstremis Islam yang diharamkan pada akhir 2020 atas kebimbangan cabaran terhadap Pancasila serta aktiviti keganasan fizikal.[18][19]
Pada Jun 2022, Abdul Somad mengutuk para penyunting Wikipedia setempat kerana memaparkan kontroversinya di rencana tentang dirinya di situ serta dengan sendirinya cuba untuk memadamkan kandungan tersebut; cubaannya gagal, dan kandungan sedemikian kekal wujud hingga kini.[20]
Konspirasi COVID-19
Pada awal kejadian pandemik Covid-19 di China, Somad pernah berceramah bahwa virus penyebab wabak tersebut ialah suatu "tentera" yang dikirimkan oleh Allah, dengan komuniti Islam Uyghur di sana dikatakan terselamat kerana rajin berwuduk.[21][22] Ketika wabak merebak ke Indonesia, Somad mengatakan bahwa umat Islam yang meninggal karena COVID-19 setara dengan mati syahid.[23]
Pengharaman ke Singapura
Pada 16 Mei 2022, Abdul Somad yang berniat untuk bercuti ke Singapura telah dihalang oleh imigresen negara itu. Menurut pemerintah Singapura, keputusan itu dilakukan atas kebimbangan mesej Abdul Somad yang "ekstremis dan memecahkan perpaduan".[24]
Abdul Somad memberikan respons di dalam sebuah video yang meminta agar pihak Singapura memberikan penjelasan atas penghalangannya meskipun memiliki dokumen lengkap. Namun, pertuturannya beralih menjadi hinaan terhadap Singapura dan ucapan rasis pro-Melayu, termasuk mengugut perampasan Singapura daripada "pendatang" bukan Melayu.[25][26]
Kemudian, penyokong tegar Abdul Somad melakukan serangan berupakan spam di akaun media sosial para pemimpin serta jabatan pemerintah Singapura.[27] Mereka juga mengancam untuk menceroboh kedutaan Singapura dan mengusir duta besarnya.[28][29] Terdapat juga ugutan serangan ketenteraan ke Singapura serta ugutan serangan ala serangan 11 September.[30] Pada 20 Mei 2022, para pendukung berkumpul di depan kedutaan tersebut, tetapi terpaksa bubar setelah kereta yang akan digunakan untuk pidato rosak.[31]
Selain Singapura, Somad juga pernah dihalang ke beberapa negara lain, termasuk Timor Leste, Switzerland,[32] Hong Kong, Belanda, United Kingdom and Jerman.[33]
Terengganu - Anugerah Ikon Daie Nusantara (30 Disember 2023) [42]
Pengiktirafan dalam buku
2018 - Ustadz Abdul Somad: Da'i Berjuta Followers, oleh Tim Redaksi Qultummedia, terbitan Qultummedia
2018 - Abdul Somad,Lc.,M.A Ustadz Zaman Now, oleh Mohammad Yusuf & Niamul Qohar, terbitan Mutiara Media
2018 - Ustaz Abdul Somad: Ustaz Yang Memberi Pencerahan Jutaan Umat, oleh Arina Makarimal Fasya, Muchammad Qosim FN dan Achmad Chasan Mas'udi, terbitan Melvana Media Indonesia
2018 - Berguru Kepada Ustadz Zaman Now, oleh Abid Fadhil Abyan, terbitan Laksana, Jogjakarta
2018 - Liqomik: Kumpulan Hikmah Ustadz Abdul Somad, oleh Beny Maulana, Dicky Maulana, Fivi Achmad, Ondoratmo, Raditya Bin Juhana, Ridwan Syahroni, Roel, Yuwanizm, Bangdzia, Ardian Syaf, Esa Yuandana, Coretanino, Doni Kudjo, Ipot, Mufty Fairuz, Seto Buje, Vbi Djenggotten, Yafie Gazalba
Bibliografi
Tesis
Peringkat
Judul Tesis
Tahun
Universiti
Penyelia
Ph.D
الشيخ محمد هاشم اشعري وجهوده في نشر السنة باندونيسيا
Sumbangan Al-Sheikh Muhammad Hasyim Asyari dalam Penyebaran Hadis di Indonesia.
2019
Universiti Islam Omdurman, Sudan
Sheikh Dr Omar al-Ma'ruf Ali
D.E.S.A
رجال الموطأ والصحيحين الذين ضعفهم النسائي في كتاب الضعفاء والمتروكين: جمعا ودراسة
Perawi-perawi hadis dalam kitab Al-Muwatto' dan Dua Kitab Sahih yang di-dhaif-kan oleh al-Nasa'i dalam kitab al-Dhu'afa' wal-Matrukin : Sebuah Kajian Perbandingan
2006
Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah, Maghribi
Karya terjemahan Arab–Indonesia
2018 - 55 Nasihat bagi Wanita Sebelum Menikah (Judul asal : 55 Nashihat li al-Banat Qabla az-Zawaj), karangan Dr. Ikram Thal’at, terbitan Pustaka Azzam-Jakarta
2018 - Saat Rumah Tangga Di Ambang Kehancuran (Judul asal: Al-Ma’ashi Tu’addi ila Al-Faqri wa Kharab Al-Buyuti), karangan Yasir Ja'far Syalabi, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta
2011 - Semua Ada Saatnya (Judul asal: Sa'atan Sa'atan) , karangan Syaikh Mahmud Al-Mishri, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta
2009 - Sejarah Agama Yahudi (Judul asal: Tarikh ad-Diyanah al-Yahudiyyah), karangan Dr. Khalifah Muhammad Hassan, terbitan Pustaka al-Kautsar, Jakarta
2005 - Menjadi Keluarga Ahli Surga (Judul asal: Mausu’ah al-Usrah tahta ri’ayat al-Islam), karangan Dr. Athiyah Shaqar, terbitan Penerbit Ailah
2005 - Wahai Keluargaku, Jadilah Mutiara yang Indah. (Judul asal: 1) al-Baits as-Sa’id wa khilaf az-Zauzaini, 2) 40 Nashihat lil Ishlah al-Buyut, 3) Qathi’atu ar-Rahmi; al-Mazhahir wa al-Ashbab wa subulu al-Ilaj, 4) Abna’una Baina al-Hadhir wa al-Mustaqbal fi Rihab al-Islam), karangan Prof. Dr. Ahmad Umar Hasyim, Muhammad bin Ibrahim Al-Hamdi, Muhammad Shalih Al-Munajjid can Shalih Ibnu Abdullah Ibnu Hamid), terbitan Pustaka Progresif
2005 - Anakku, Dengan Cinta Ibu Mendidikmu (Judul asal : 1) Thifluka al-Mauhuub; 2) Kaifa Tunammi Mahaarota Thiflika al-Lughowiyah; 3) Daurul Usroti Fi Tarbiyatil Abnaa’; 4) Wiqooyatu at-Thifli Minal Amroodh; 5) Abna’una Fi Marhalatil Bulugh wa ma Ba’daha), karangan Prof. Dr. Ali Sulaiman, Prof. Dr. Ali Ahmad Madkhur, Dr. Sana’ Abdullah Abu Zaid, dan Dr. Syahatah Mahrus Thoha, terjemahan bersama Ma’had Khodijah dan Abdul Basith Abd. Aziz, Lc, terbitan Penerbit Ailah.
2004 - 101 Kisah Orang-Orang Yang Dikabulkan Doanya (Judul asal: 101 Qishash wa Qishah li Alladzina Istajaba Allah Lahum Ad-Du’a’), karangan Majdi Fathi As-Sayyid, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta
2004 - 15 Sebab Dicabutnya Berkah (Judul asal: 15 sabab min asbab naz’ al-barakah),karangan Abu Al-Hamd Abdul Fadhil, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta
2004 - 30 Orang Dijamin Masuk Surga (Judul asal: 30 al-Mubasysyarun bi al-Jannah), karangan Dr. Mustafa Murad, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta
2004 - Beberapa Kekeliruan Memahami Pernikahan (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Pustaka Progresif- Jakarta
2004 - Nikah Siapa Takut...!? (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Penerbit Ailah- Jakarta
2004 - Indahnya Seks Setelah Menikah (Judul asal : Syahr al-‘Asal bila Khajal), karangan Dr. Aiman Al-Husaini, terbitkan Pustaka Progresif, Jakarta.
Karya buku
2019 - Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW: Perjalanan Dakwah, Isra' Mikraj, hingga hari-hari terakhirnya., terbitan Mutiara Media
2018 - Islam itu Mudah, terbitan Pro-U Media
2018 - 32 Naskah Khutbah: Kumpulan Khotbah Jumat, Idul Fitri & Idul Adha, bersama Para Asatizah Tafaqquh, terbitan Tafaqquh Media
2018 - Ustadz Abdul Somad Menjawab, dikumpulkan oleh Agus Wahyudi, terbitan Mutiara Media
2018 - Ustadz Abdul Somad Tentang Wanita, terbitan Mutiara Media
2018 - Amalan Yang Paling Dicintai Allah, terbitan Zikrul Hakim
2017 - Bidah Hasanah Sebuah Pendekatan Baru, bersama Ustaz Muhammad Idrus Romli, terbitan
2014 - 37 Masalah Populer, terbitan Tafaqquh Press