Abad Pertama merujuk kepada tempoh dari 1 hingga 100 dalam takwim Gregorius. Bagi takwim astronomi, abad ini ialah antara tahun 0 hingga tahun 99. Abad ini dianggap sebagai sebahagian Zaman Klasik atau Zaman Sejarah.
Peristiwa
- 1: Singa pupus di Eropah Barat.
- 8–23: Wang Mang menggulingkan Dinasti Han di China.
- 28–75 - Maharaja Ming dari Han, Buddhisme tiba di China.
- 29–33: Penyaliban Yesus Kristus.
- Masoretes menambahkan penunjuk-penunjuk vokal kepada teks Tanakh, kitab Bible Ibrani.
- Para sami Buddha di Sri Lanka menulis ajaran Buddha buat kali pertama dan mencipta daftar karya Pali.
- Tacitus menyebut puak Suiones yang merupakan orang Sweden masa kini.
- Kaundinya, seorang Brahmin India berkahwin dengan Soma dan mengasaskan Kemaharajaan Kemboja Pra-Angkor di Funan.
- Orang-orang Goth menetap di Poland utara yang dipanggil Gothiscandza oleh mereka, dan membentuk budaya Wielbark.
- Majlis Jerusalem (agama Kristian).
- 19 Julai 64: Kebakaran Besar Rom, Penyeksaan beramai-ramai penganut Kristian buat kali pertama di Rom, Pengakuan penting yang terawal terhadap penganut-penganut Kristian di Rom.
- 66–73 Perang Yahudi-Rom Pertama.
- 70, Ogos: Pemusnahan Candi Herod di Jerusalem oleh tentera Rom di bawah Titus.
- 79, Ogos: Pompeii dan Herculaneum dimusnahkan oleh peletupan Gunung Vesuvius.
- Majlis Jamnia (agama Yahudi).
- Perluasan Empayar Rom mencapai takat yang terbesar di bawah Trajan.
- Arena (colosseum) dibina dan namanya merupakan asal untuk perkataan "arena".
- Akhir abad ke-1 – "Skap kota", perincian lukisan dinding Gaya Kedua dari sebuah bilik tidur di dalam rumah Publius Fannius Synistor, Boscoreale, dan kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
Tokoh-tokoh
Perekaan, penemuan, dan pengenalan