Untuk menaikkan bilangan perkahwinan dan akhirnya bilangan penduduknya, lex Papia Poppaea diterima di Rom. Undang-undang ini melarang pembujangan, serta hubungan-hubungan tanpa beranak.
Kewangan Rom mengalami kesukaran selepas pemberontakan Danubia, dan kekalahan Varus di Jerman. Ini mengakibatkan pengenaan dua cukai yang baru, iaitu 5% pada harta pusaka, dan 1% pada jualan.