Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. Ia mungkin memerlukan perapian mematuhi polisi kandungan Wikipedia, terutamanya pandangan berkecuali. sila berbincang dengan lebih lanjut mengenai laman perbincangan.(Julai 2015)
Sheikh Azahari bin Sheikh Mahmud (3 September 1928 – 20 April 2002) atau lebih dikenali sebagai A.M. Azahari merupakan seorang ahli politik Brunei. Beliau orang utama terlibat dalam Pemberontakan Brunei yang dilihat menyanggah rancangan pembentukan Persekutuan Malaysia selain menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei membentuk suatu negara baharu iaitu Kesatuan Kalimantan Utara.
Awal hidup
Beliau keturunan kacukan Arab-Melayu. Ramai orang mendakwa beliau dilahirkan di Labuan, namun Azahari menolak dengan tegas dakwaan tersebut dan berkata beliau dilahirkan di Bandar Brunei di sebuah rumah di tapak terbinanya Muzium Peringatan Churchill (kini Muzium Alat Kebesaran Diraja) namun pernyataan tersebut dilihat para sejarawan mustahil untuk disahihkan[1]
Beliau mendapat pendidikan di Jawa dan kemudian bertarung melawan Belanda di sana.
Partai Azahari memenangkan seluruh 16 kerusi terpilih dalam dewan perundangan beranggotakan 33 orang dan sebagai ahli politik sayap kiri, Azahari sangat menentang gagasan Sultan agar Brunei menjadi anggota dalam Persekutuan Malaysia, bersama dengan Borneo Utara Britania (yang kemudian berganti nama menjadi Sabah), Sarawak dan Singapura.
Gagasan Kalimantan Utara awalnya diusulkan oleh Azahari, yang memiliki hubungan dengan pemikir nasionalis seperti Sukarno dan Ahmad Zaidi Adruce di Jawa pada 1940an. Gagasan tersebut mendukung dan mencanangkan penyatuan seluruh teritorial Borneo yang berada di bawah kekuasaan Inggris membentuk sebuah negara Kalimantan Utara sayap kiri independen.
Azahari secara peribadi mendorong kemerdekaan Brunei dan bergabung dengan Borneo Utara dan Sarawak untuk membentuk federasi dengan Sultan Brunei sebagai suatu negara berkerajaan perlembagaan. Hal ini berselisih dengan pendirian pihal Parti Rakyat Brunei sepakat mahu bergabung dengan Malaysia dengan syarat penyatuan ketiga-tiga wilayah Borneo Utara yang disatukan dengan Sultan mereka sendiri sambil menolak dominasi oleh Malaya, Singapura, para administrator Melayu atau para pedagang Tionghoa.[2]
Usulan Kalimantan Utara dipandang sebagai alternatif pasca-penyahjajahan setempat yang menentang rencana Persekutuan Malaysia. Oposisi lokal di seluruh teritorial Borneo utamanya berdasarkan pada perbedaan budaya, sejarah, politik dan ekonomi antara negara-negara Borneo dan Malaya, serta penolakan dominasi politik kuasa Tanah Melayu yang lebih tertumpu di Semenanjung.
Pada tahun 1975, beliau membuat ucapan di hadapan hadirin delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan cubaan mendapatkan sokongan diplomatik terhadap perjuangan revolusi Parti Rakyat Brnei mahu menamatkan penjajahan British di Brunei dengan inisiatif mereka sendiri.[3]
Hidup di pengasingan dan kematian
Setelah percubaan beliau ditumpaskan, beliau melarikan diri ke Jakarta mendapat suaka dari Presiden Sukarno pada 1963 dan tinggal dalam pengasingan di Kalimantan.
A. M. Azahari kemudian meninggal pada 2002 di Bogor, Indonesia. Ia berusia 75 tahun meninggalkan seorang isteri dan lebih dari 10 anak.
Rujukan
^Hussainmiya, B. A. (1995). Sultan Omar Ali Saifuddin III and Britain: The Making of Brunei Darussalam. Oxford University Press, USA. p.110