Dr. H. Jam'an Nurchotib Mansur, S.H.I., M.E. yang lebih dikenal oleh khalayak awam sebagai Yusuf Mansur (lahir di Jakarta, 19 Disember1976; umur 48 tahun) ialah ialah seorang usahawan Paytren dari Jakarta, pimpinan pesantren Daarul Qur'an Ketapang di Tangerang, pemimpin pengajian Wisata Hati, Timbalan Ketua Umum Bidang Ekonomi Ummat dan Syariah Parti Perindo, dan pemilik 10% stok kepemilikan kelab bola sepak Poland, Lechia Gdańsk.[1][2][3]
Kerjaya
Mansur muda memulakan kerjaya niaga pada tahun 1996 semasa menjadi pelajar tinggi dengan membuka sebuah kedai komputer, tetapi beliau dihukum oleh sebuah kes dan dipenjara sekitar tahun 1998–1999.[4][5] Tidak lama selepas bebas dari penjara, Mansur berkahwin dengan Siti Maemunah dan pada 2003 bisnis beliau terbangun dengan cepat selepas penubuhan Program Pembibitan Penghafal Al-Qur’an (PPPA) di Pondok Pesantren Daarul Qur’an Bulak Santri, Karang Tengah, Tangerang.[6][7]
Pada tarikh 10 Julai 2013, Mansur menubuhkan syarikat yang bernama PT Veritra Sentosa Internasional, tetapi syarikat yang beroperasi di bahagian pelaburan itu baru teregistrasi sebagai Penyelenggara Jasa Sistem Pembayaran (organisasi rasmi yang diiktiraf Indonesia) pada 2018.[8] Syarikatnya itu mulai menaja salah satu kelab Poland yang menyertai Ekstraklasa bernama Lechia Gdańsk dan membeli 10% daripada kepemilikan kelab.
Pada 8 Mei 2024, Otoritas Jasa Keuangan (pengawas kewangan) Indonesia berazam bahawa Paytren sudah tidak mempunyai izin untuk melanjutkan operasi mereka dan harus bersurai.