Xiaohongshu (Cina: 小红书; pinyin: xiǎohóngshū "Buku Merah Kecil") atau dikenali dalam kalangan penutur bahasa Inggeris sebagai RedNote[1] adalah sebuah aplikasi media sosial dan platform perdagangan elektronik milik Xingyin Information Technology di Shanghai, China. Aplikasi ini dikembangkan dan dilancarkan pada 2013 mengkhusus kepada ulasan produk serta blog perjalanan dan gaya hidup melalui video pendek dan foto.[2] Ia juga mengendalikan RED Mall, suatu pelantar gedung dalam talian yang menjual barangan antarabangsa kepada para pengguna dalam China.
Pada Julai 2019, Xiaohongshu memiliki lebih dari 300 juta pengguna terdaftar,[3] dengan 70% pengguna lahir setelah 1990-an (atau "Generasi Z" mengikut takrifan demografik di Amerika Syarikat),[4][5] 80% pengguna adalah kaum wanita perempuan.[6] Jumlah pengguna aktif bulanan berjumlah lebih dari 85 juta.[7][8]
Rujukan
Pautan luar