Wuhan Greenland Center (WGC)[3]
ialah pencakar langit yang belum siap di Wuhan, China. Pembinaan telah terhenti sejak Ogos 2017 di tingkat 96. Oleh kerana peraturan udara, ia akan direka semula supaya ketinggiannya tidak melebihi 500 meter di atas paras laut.[4] Satu lagi bangunan Cina, Pusat Kewangan Ping An, juga berkurangan untuk alasan yang sama.
Pada Jun 2011, Adrian Smith + Gordon Gill Architects bersama Thornton Tomasetti Engineers keluar sebagai pemenang dalam pertandingan desain[5] untuk membangun menara[5] yang jimat tenaga bagi Greenland Group, kumpulan pemaju hartanah yang dimiliki oleh kerajaan bandar Shanghai.
Rancangan awal
Rekaan awal WGC ialah setinggi 476 meter,[6] mengatasi Menara Shanghai (632 meter) dan lebih tinggi daripada Tokyo Skytree (634 meter), menjadikannya struktur buatan manusia tertinggi kedua di dunia, sele[as Burj Khalifa (828 meter).
Pertama kali dicadangkan pada 2010 dan pembinaan bermula pada 2012. Ketika pembangunan mencapai lantai 97, pembinaan dihentikan kerana pelaksanaan undang-undang pembatasan udara yang menyebabkan direkabentuk semula menjadi 476 meter.[7] Jika sudah siap, rekabentuk semula dari Wuhan Greenland Center ini akan menjadi bangunan tertinggi ke-15 di dunia.