Waymo LLC merupakan syarikat pembangunan teknologi pemanduan sendiri. Ia merupakan anak syarikat Alphabet Inc. Waymo pada mulanya sebagai projek Google sebelum ia menjadi anak syarikat berdiri sendiri pada Disember 2016.
Pada April 2017, Waymo memulakan perkhidmatan pemanduan teksi sendiri terhad di Phoenix, Arizona. Pada 5 Dsember 2018, perkhidmatan ini melancarkan perkhidmatan pemanduan kereta komersial sendiri pertama yang dipanggil "Waymo One", di mana pengguna di kawasan metropolitan Phoenix boleh menggunakan sebuah aplikasi untuk meminta perkhidmatan.[2]