Carian Google atau nama bahasa Inggerisnya Google Search merupakan laman sesawangenjin gelintar dimiliki syarikat Google, ia merupakan laman carian paling kerap digunakan di Web. Google Search menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan. T. Enjin carian asalnya dibangunkan oleh Sergey Brin dan Larry Page pada tahun 1997 berdasarkan reka bentuk enjin carian yang lebih awal dengan tujuan utama mencari maklumat melalui laman web.
Laman ini menyediakan sekurang-kurangnya 22 ciri-ciri istimewa yang melebihi kemampuan carian perkataan asal. Ini termasuk sinonim, ramalan kajicuaca, zon waktu, maklumat harga saham, peta, data gempa bumi, masa tayangan filem, lapangan terbang, penyenaraian rumah dan markah dalm acara sukan. Terdapat juga ciri-ciri khas bagi nombor seperti julat, harga, suhu, penukar unit/matawang, pengiraan, pakej menjejak, paten, kod kawasan dan terjemahan bahasa dipaparkan pada halaman.
Lihat juga
Google Images - suatu bentuk enjin carian dari syarikat sama berasaskan imej digital
Google Books - khusus untuk mencari petikan dan halaman buku yang dibenarkan ihsan penerbit
Google Patents - khusus untuk mencari butiran, rajah dan rujukan terkandung dalam paten
Google Scholar - khusus untuk makalah ilmiah pelbagai format