‡Kes yang disyaki belum disahkan disebabkan oleh baka dari ujian makmal, walaupun beberapa jenis baka lain mungkin telah diasingkan.
Wabak demam campak Kuala Koh 2019 ialah wabak demam campak berlaku di kalangan subkelompok Orang BatekOrang Asli di Kampung Kuala Koh di negeri Kelantan, Malaysia dari Mei hingga Julai.[4] Berikutan kematian secara tiba-tiba beberapa penduduk kampung, penyakit ini menjadi misteri di kalangan penduduk dan masyarakat selama hampir sebulan sehingga ia dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada pertengahan Jun sebagai demam campak.[2][5][6]
Latar belakang penyakit
Kematian mendadak 14 penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh dianggap misteri dengan dua mangsa meninggal akibat komplikasi radang paru-paru yang berlaku antara 2 Mei dan 7 Jun manakala selebihnya yang menyebabkan kematian masih tidak diketahui kerana mayat mereka telah dikebumikan oleh penduduk tempatan sebelum laporan mengenai wabak tersebut.[4][5] Pada 8 Jun, 83 lagi penduduk kampung mempunyai simptom pneumonia dengan dua daripadanya; seorang wanita berusia 36 tahun dan bayi berusia tiga tahun dalam keadaan kritikal.[5] 37 orang penduduk menerima rawatan pesakit luar dengan 32 yang dirawat di Hospital Gua Musang, 11 di Hospital Kuala Krai dan tiga lagi di Inap Desa Kesihatan Orang Asli.[5] Satu lagi meninggal pada 16 Jun, membawa jumlah kematian kepada 15.[2]
Dakwaan penduduk kampung
Salah seorang penduduk mendakwa bahawa kematian disebabkan oleh aktiviti perlombongan yang terletak berhampiran kampung di mana dia mendedahkan bahawa dua anak perempuannya telah mengalami kesukaran bernafas selama beberapa hari dan tidak dapat tidur pada waktu malam dengan jirannya juga menderita penyakit yang sama dengan beberapa meninggal dunia.[4] Walaupun mengetahui aktiviti perlombongan yang berdekatan menyebabkan pencemaran kepada sumber air mereka, penduduk lain mendakwa mereka tidak mempunyai pilihan selain menggunakan air untuk aktiviti harian mereka.[5]