UIUC ialah ahli Persatuan Universiti Amerika dan diklasifikasikan sebagai: "Universiti Kedoktoran – Aktiviti penyelidikan yang amat tinggi", serta masuk dalam senarai "The Public Ivies: America's Flagship Public Universities (2001)" versi Howard dan Matthew Greene.[10][11] Pada tahun fiskal 2019, pengeluaran untuk dana penyelidikan UIUC sebanyak $652 juta.[12][13] Sistem perpustakaan kampus UIUC merupakan yang terbesar kedua di Amerika Syarikat sel3pas Universiti Harvard.[14] UIUC juga menjadi tuan rumah National Center for Supercomputing Applications (NCSA) dan merupakan asas adikomputer terpantas untuk kampus universiti.[15]
UIUC memiliki 16 sekolah dan kolej[16] yang menawarkan lebih dari 150 program ijazah Sarjana Muda serta lebih dari 100 program pelajaran pascasarjana. Universiti ini memiliki 651 bangunan di atas tanah berkeluasan 6,370 ekar (2,578 he)[6] dan pada tahun 2016, anggaran operasional tahunannya lebih dari $2 miliar.[17] UIUC juga mengendalikan Taman Penyelidikan, rumah bagi pusat inovasi untuk lebih dari 90 syarikat rintisan dan syarikat multinasional, termasuk Abbott, AbbVie, Caterpillar, Capital One, Dow, State Farm, dan Yahoo.[13]
Setakat Ogos 2020[kemas kini], jumlah alumni, anggota fakulti, dan pennyelidik UIUC yang menerima pelbagai anugeraj: 30 pemenang Hadiah Nobel, 27 pemenang Hadiah Pulitzer, 2 pemenang Hadiah Turing dan 1 pemenang Pingat Fields. Pasukan atletik UIUC bersaing di Bahagian I NCAA dan secara kolektif dinamakan Fighting Illini, mereka ialah anggota Konferensi Sepuluh Besar dan menjadi tim kedua yang paling sering menang. Illinois Fighting Illini football memenangi Rose Bowl Game pada tahun 1947, 1952, 1964 dan total lima kejohanan kebangsaan. Atlet UIUC setakat ini telah mendapatkan 29 pingat pada acara Sukan Olimpik, menjadikan UIUC tersenarai dalam 40-besar Universiti Amerika yang menerima pingat Olimpik.
^"Illinois Identity Standards". University of Illinois – Office of Public Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2016. Dicapai pada August 14, 2016.
^Greene, Howard R.; Greene, Matthew W. (2001). The public ivies: America's flagship public universities (ed. 1st). New York: Cliff Street Books. ISBN978-0060934590.