Nama wak-wak (Jawi: وق٢code: ms is deprecated ) juga dipakai kepada spesies H. agilis dan H. muelleri[6] daripada mendengarkan jeritan spesies-spesies ini[7] yang jantan dan betina untuk memanggil kawanan atau menarik pasangan.[8] Nama owa-owa (Jawi: اووا٢code: ms is deprecated ) seasal dan dipakai kepada spesies H. muelleri yang sama di Kalimantan Barat.[6]
Seperti kebanyakkan spesies Mawas, Ungka mempunyai tangan yang panjang, iaitu sama panjang dengan ukuran dari bahu ke kaki, dan tidak berekor. Perbezaan Ungka dengan Mawas Besar ialah dari segi saiznya, itu sebabnya Ungka dipanggil Lesser/Smaller Ape.[10]
Tabiat
Ungka ialah haiwan yang bersosial. Ungka juga merupakan haiwan yang "territorial", mereka akan lindung kawasannya dengan menggunakan suaranya yang dapat didengari sejauh 1 km. Mereka hidup berkeluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan beberapa ekor anak. Setiap pagi, keluarga ungka ini akan bernyanyi dengan suara yang kuat. Ungka bergerak di dalam hutan dengan melompat sejauh kira-kira 10 meter dari dahan ke dahan.
Pemakanan
Diet Ungka biasanya lebih kepada buah-buahan iaitu 60% daripada diet mereka. Mereka juga makan daun, bunga, dan telur burung.
Status pemuliharaan
Kebanyakkan spesies Ungka sekarang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh kerana kemusnahan habitat oleh Manusia dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan walaupun ungka merupakan haiwan yang dilindungi. Di Phuket, Thailand terdapat satu pusat rehabilitasi bagi ungka yang diselamatkan, lalu menghantar balik ke hutan.[11]
^ abSchlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 179–181. ISBN978-0-8018-8221-0.
Wilkinson, Richard James (1932). A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.