Unduk Ngadau ialah sebuah pertandingan ratu cantik yang dianjurkan secara tahunan semasa acara kebudayaan Kaamatan di Sabah, Malaysia.[1] Gelaran Unduk Ngadau diberikan kepada pemenang pertandingan ini. Penyandang Unduk Ngadau semasa ialah Hyellene Danius dari Inanam yang menang pada 31 Mei 2024 di Dewan KDCA, Penampang, Sabah.[2]
Sejarah
Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan "tunduk tadau" atau “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.
Senarai pemenang
Berikut merupakan senarai pemenang gelaran Unduk Ngadau dari 1960 hingga kini
^Beliau Merupakan Sino-Kadazan yang menjuarai Miss Kadazan pada tahun 1960 dan bersaing sengit dengan 25 calon yang lain.
^Miss Sabah Universe 1969; Top 7 Miss Malaysia Universe 1969
^Dikenali Datuk Hajah Rita Bagong Beliau Merupakan Pengetua Maktab Perguruan Gaya (Kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya) Sabah yang menjawat Jawatan berikut sebanyak dua kali bermula pada tahun 1986 hingga 1988 dan pada tahun 2001 hingga 2002. Serta menjawat Jawatan sebagai Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Sabah dari tahun 2003 hingga 2004. Beliau juga Penerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011. Beliau adalah dari suku kaum Dusun Lotud yang Pertama bergelar Unduk Ngadau.
^Beliau merupakan anak perempuan kepada mendiang Datuk Fred Sinidol's . Kakaknya, Evelyn Sinidol, menang Miss Kadazan pada 1972.
^Lincoln University College, satu sekolah pribadi(swasta) di Kelana Jaya, Selangor. Beliau mempunyai talian darah berbangsa Punjabi, dan Ibunya orang Kadazan di Papar.
^Pemenang tempat-3 Unduk Ngadau Penampang 1982. Beliau bertanding Unduk Ngadau Beaufort 1982 and menang. Beliau berbangsa Eurasian.
^Kakak beliau menang Gelaran Miss Harvert pada 1977 lalu.
^Anaknya, Crystel Eve Huminodun, yang menerima Gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2010. Mereka berdua adalah yang pertama membawa Gelaran UNK dalam sejarah Ibu-Anak
^Sepupu beliau, Jane Peter Disimond, memenangi tempat Ke-3 pada 1979 edition. Anak buahnya, Botiza Arthur Disimond, menang Gelaran UNK pada 2011 edisi.
^Pemenang tempat ke-2 bagi Unduk Ngadau Penampang 1988. Dan secara kebetulan, Daerah Penampang menghantar 2 pesertanya untuk bertanding.
^Anak kepada ahli politik, mendiang Datuk Peter Mojuntin.
^Beliau pemenang Unduk Ngadau pertama yang sangat muda dengan berumur 15 tahun. Kini, Beliau tinggal di New York City, New York, USA.
^Adiknya , Lunny Tham, ialah Unduk Ngadau Inanam 2001.
^Beliau juga adalah Unduk Ngadau Labuan Pada 1992.
^Antara pemenang top 3 Unduk Ngadau Sandakan 1996.
^Pemenang Unduk Ngadau Papar 1997 dan bertanding atas nama daerah Bongawan. Beliau adalah Eurasian.
^Pemenang tempat ke-2 Unduk Ngadau Inanam 1998 tetapi beliau diganti sebagai wakil UN Inanam kerana pemenangnya Kathie Renjus masih dibawah umur.
^Pemenang bagi Unduk Ngadau Inanam 1998 tetapi diganti dengan calon tempat ke-2. Namun, beliau bertanding semula Unduk Ngadau Inanam 1999 dan akhirnya menang. Calon tempat ke-2 Unduk Ngadau Inanam 1998, Jeremiah Ginajil pemenang Unduk Ngadau 1998.
^Pemenang Tempat ke-2 Unduk Ngadau Tuaran 2006. Pemenang Unduk Ngadau SAPP 2006 dan Miss World Sabah 2008.
^Beliau berketurunan Dusun-British berasal dari Kg. Poturidong, Kiulu Tuaran. Beliau merupakan Pemenang tempat ke-2 Bintang RTM dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Shafie Apdal. Beliau telah dilantik pada 10 Oktober 2018.
^Pemenang Miss Earth Malaysia 2010. Adik beliau, Arveyna Pamella Januin dan Annette Rabecca Januin, pemenang Unduk Ngadau Papar 2017 dan Unduk Ngadau Papar 2019.
^Pemenang tempat-2 Unduk Ngadau Kota Kinabalu 2010 dan juga Miss Earth Malaysia 2011. Ibu beliau, Esther Sikayun, menang Gelaran pada 1984. Sampai sekarang, mereka hanyalah yang pertama dan hanyalah Ibu-anak Perempuan pemenang UNK.
^Anak buah kepada Johanna Disimond, Ratu Pesta Menuai 1986.
^Pemanang Unduk Ngadau Telupid 2008 tetapi tidak menyertai UNK tahun itu kerana sambung belajar. Beliau kembali bertanding pada 2012 dan menang.
^Pemenang Miss International Malaysia 2015. Adiknya, Mary Grace Lojuki, menyertai Unduk Ngadau Kota Kinabalu 2018.
^Pemenang Unduk Ngadau Inanam 2011. Merupakan pemenang Miss Southeast Asia 2016. Kakak beliau, Cracy Pinsius, adalah pemenang Unduk Ngadau Inanam 2000.
^Pemenang tempat ke-3 Unduk Ngadau Kota Kinabalu 2015. Berjaya menyertai Miss Grand Sabah 2019 dan Miss Scuba Sabah 2019. Beliau pemenang bagi Miss Grand Putatan 2019.
^Bersaing sengit di Unduk Ngadau Kaamatan edisi masa itu dengan Claryssa Henry Ogodong of Kudat, yang sangat diminati Ramai.
^Dusun Tambanuo.Peserta Unduk Ngadau Pitas 2015, 2 tahun setelah menenangi UNK, beliau merupakan pemenang Miss Grand Kota Kinabalu 2019 dan Miss Earth Sabah 2019.
^Pemenang tempat ke-dua Unduk Ngadau Tambunan 2015.
^Beliau merupakan Unduk Ngadau Kota Belud pada tahun 2015 dan berjaya memasuki Top 15 dalam Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Tahun itu. 2 tahun kemudian, pada 2019, beliau berjaya memenangi Gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2019 dengan hanya beliau seorang sahaja yang menjawab soalan yang diberikan dalam jawapan bahasa ibunda beliau (Dusun). Beliau menang Miss Tourism and Culture Universe Malaysia 2018. Berjaya memenangi kedudukan nombor 5 dalam pertandingan antarabangsa, dan membawa pulang gelaran Miss Popular Award. Hanya beliau seorang yang berjaya membawa gelar UNK (bertempoh 2 Tahun) disebabkan pandemik Covid-19.
^Pemenang Tati Tosiau dan Miss Charming. Beliau juga merupakan Unduk Ngadau kedua mempunyai talian darah/kaum luar Negara iaitu Kazadan-Polish (Orang Poland). Unduk Ngadau 2007, Jo-anna Sue Henley Rampas merupakan UN pertama mempunyai talian darah/kaum Luar Negara iaitu Dusun-British.
^Berasal dari Tambunan tetapi bertugas di Daerah Sandakan sebagai seorang Guru Sekolah Rendah dan mewakili Daerah tempat beliau bertugas.
^Anak kedua daripada tiga beradik, Carol menyenaraikan hobi-hobinya sebagai memasak, mendaki, dan bermain alat muzik tradisional seperti kulintangan dan gong. Sebelum ini, dia juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan Unduk Ngadau pada tahun 2019, beliau waktu itu mewakili Daerah Tanjung Aru.