Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong اوندڠ٢ ريڤوبليق رعيت چينا باݢي مليندوڠي کسلامتن نݢارا د ولايه ڤنتدبيرن خاص هوڠ کوڠ
Undang-undang keselamatan negara Hong Kong, atau secara rasminya dikenali sebagai Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong adalah suatu perundangan berkenaan keselamatan negara di wilayah Hong Kong. Undang-undang tersebut adalah diperlukan di bawah Perkara 23 Undang-undang Dasar Hong Kong, yang berkuat kuasa pada tahun 1997 dan menetapkan bahawa undang-undang seharusnya digubal di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. Pada Jun 2020, undang-undang tersebut digubal di Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, bukannya di Majlis Perundangan Hong Kong.
Teks undang-undang keselamatan tersebut mengundang kritikan antarabangsa, termasuklah peruntukan untuk menerima pendatang Hong Kong di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat, Australia dan Taiwan. Selain mengisytiharkan bahawa undang-undang tersebut menyalahi hak asasi manusia untuk rakyat Hong Kong, terdapat juga bantahan antarabangsa terhadap Perkara 38. Perkara ini mengatakan China boleh mengguna pakai undang-undang itu, dan kemudiannya menahan sesiapa dari mana-mana bahagian di dunia.
Sebagai langkah tindak balas terhadap tindakan pihak tanah besar untuk memintas perundangan tempatan Hong Kong, United Kingdom (UK) mengumumkan jika undang-undang keselamatan yang digubal oleh China diluluskan, ia akan membuka jalan kepada semua penduduk Hong Kong yang lahir semasa pentadbiran British untuk menjadi rakyat British.
Pautan luar
Wikisumber bahasa Cina mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: