Tết

Hiasan Tết di Bandaraya Ho Chi Minh

Tết Nguyên Đán Mengenai audio inisebutan , atau singkatannya Tết, ialah perayaan yang terpenting dan terlaris di Vietnam. Tết ialah Tahun Baru Vietnam yang berasaskan kalendar Cina yang berbentuk lunisolar. Nama Tết Nguyên Đán ialah istilah Cina-Vietnam yang bermaksud Jamuan Pagi Sulung, yang dipetik daripada aksara Hán nôm 節元旦. Dalam bahasa Cina moden pula, aksara-aksara untuk Nguyên Ðán (元旦) sudah beralih kepada erti Tahun Baru kalendar Gregory, iaitu 1 Januari.

Tết disambut pada hari yang sama dengan Tahun Baru Cina namun timbulnya perbezaan hari kerana jurang waktu sejam antara Hanoi dan Beijing. Perayaan ini disambut muali hari pertama bulan pertama kalendar Cina (sekitar akhir Januari atau awal Februari) hingga sekurang-kurangnya hari ketiga. Tết banyak berkongsi adat resam yang sama dengan Tahun Baru Cina. Kebanyakan orang Vietnam bersiap untuk meraikan Tết dengan memasak hidangan istimewa untuk perayaan dan membersih rumah. Pada hari Tết, orang Vietnam menziarahi sanak saudara dan kuil-kuil, mengetepikan keperitan tahun yang berlalu dan mengharapkan tahun seterusnya yang lebih bagus. Secara tradisi, Tết menandakan ketibaan musim bunga, maka Xuân (musim bunga) kadang-kala mengambil tempat Tết dalam bahasa Vietnam. Kebelakangan ini, istilah "Tet" dalam bahasa Inggeris sering dikaitkan dengan peristiwa Serangan Tết yang berlaku ketika hari Tết pada tahun 1968.

Adat resam

Orang Vietnam lazimnya kembali ke pangkuan sanak saudara pada musim perayaan Tết. Ada yang pulang untuk memuja di mazbah keluarga atau menziarahi kubur nenek moyang di kampung halaman. Biarpun Tết dijadikan cuti kebangsaan seluruh Vietnam, namun ia dipengaruhi oleh perbezaan adat setempat dan keagamaan.

Sambutan Tết terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Tất Niên (Sebelum Malam Tahun Baru), Giao Thừa (Malam Tahun Baru), dan Tân Niên (Tahun Baru), untuk menandakan adat-adat yang harus diamalkan pada setiap hari sepanjang perayaan.

Sebelum Tahun Baru

Sembahan Tất Niên pada mazbah.

Tempoh Tất Niên bermula seminggu dua sebelum perayaan sebenar. Suasana menjelang Tết diwarnai dengan kesibukan membeli-belah, menghiasi rumah, memasak hidangan tradisional Tết dan menunggu kepulangan saudara-mara. Mereka yang menyambutnya berusaha melangsaikan hutang mereka sebelum harinya tiba supaya bebas hutang pada hari Tết. Ibu bapa membeli pakaian baru untuk dipakai oleh anak-anak mereka sempena Tết. Disebabkan kegiatan perniagaan akan dihentikan ketika perayaan, masyarakat Vietnam menyimpan sebanyak mana bekalan yang mampu.

Pada hari-hari menjelang Tết, jalan-jalanan dan pasar-pasar sesak dipenuhi pengunjung yang bertungkus-lumus membeli makanan, pakaian dan perhiasan rumah kerana kedai-kedai ditutup sewaktu Tết.

Rumah tangga Vietnam selalunya menyediakan mazbah keluarga untuk menyembah nenek moyang mereka. Di atas mazbah itu letaknya sedulang buah-buahan lima jenis iaitu "Ngũ Quả" (lima buah). Sewaktu Tết, mazbah itu dikemaskan sebaiknya lalu diletak sembahan baru. Mengikut tradisi, tiga dewa pelindung dapur di setiap rumah (Ông Táo, Dewa Dapur) yang melaporkan peristiwa di rumah itu kepada Maharaja Jed sepanjang tahun yang lalu, pulang ke syurga pada 23 hari bulan 12 takwim qamari. Pemergian mereka disambut oleh upacara sederhana yang mana satu keluarga menyembahkan korban untuk dewa-dewa itu untuk disantap sepanjang perjalanan.

Sewaktu menjelang Tết, setiap keluarga memasak makanan istimewa seperti bánh chưng dan bánh dầy. Memang mengambil masa yang lama dan banyak kerja untuk menyediakan hidangan-hidangan ini. Ahli-ahli keluarga selalu bergilir-gilir mengawasi api semalaman sambil berkongsi cerita perayaan Tết pada tahun-tahun lalu.

Tahun Baru

Sambutan hari pertama Tết dikhususkan kepada keluarga asas. Kanak-kanak menerima sampul merah berisi wang dari orang-orang tua mereka. Sampul yang umpama angpau ini dipanggil mừng tuổi (selamat usia baru) di utara dan lì xì di selatan. Biasanya, kanak-kanak berpakaian serba baru dan mengucapkan selamat tahun baru kepada orang tua mereka sebelum menerima wang. Oleh sebab masyarakat Vietnam percaya bahawa nasib sesebuah keluarga sepanjang tahun ditentukan oleh penziarah pertama mereka pada tahun baru, adalah pantang untuk memasuki rumah orang lain tanpa dijemput pada hari pertama. Tindakan orang pertama yang melawat rumah pada perayaan Tết dipanggil xông đất, xông nhà atau đạp đất, salah satu upacara terpenting pada perayaan ini. Biasanya, seseorang yang anginnya bagus, nilai murninya tinggi dan berjaya dalam hidup dijemput atau dibenarkan masuk terlebih dahulu.

Adalah pantang untuk menyapu lantai pada hari Tết, kerana ia seakan-akan menyapu keluar tuah. Juga pantang untuk sesiapa yang baru kematian ahli keluarga untuk kunjung-mengunjung pada perayaan Tết.

Pada hari-hari berikutnya, barulah sanak-saudara dan rakan-rakan saling menziarahi. Hari kedua Tết khusus untuk sahabat handai, manakala hari ketiga untuk para guru, golongan yang terhormat dalam masyarakat Vietnam. Orang ramai gemar menjengah kuil Buddha untuk menderma atau menilik nasib pada perayaan ini. Kanak-kanak bebas membelanjakan duit angpau mereka untuk membeli mainan baru atau bertaruh dalam permainan bầu cua cá cọp. Keluarga kaya juga mampu mendapatkan khidmat tarian naga untuk dipersembahkan di rumah mereka. Persembahan awam sempena Tết juga dianjurkan untuk tatapan awam.

Perbezaan takwim

Takwim Cina dibuat berdasarkan pemerhatian astronomi, maka perlu diketahui waktu piawai setempat. Vietnam Utara menukar zon waktunya dari UTC+8 ke UTC+7 pada 8 Ogos 1967, diikuti oleh Vietnam Selatan pada tahun 1975 setelah berakhirnya Perang Vietnam. Kesan peralihan ini, Vietnam Utara dan Selatan menyambut Tết 1968 pada hari berlainan.[1] Tindakan berundur sejam turut memberikan kesan kepada perubahan waktu Beijing 1929, kesannya juga terasa pada solstis musim sejuk 1984, apabila solstisnya jatuh pada 21 Disember di Hanoi, tetapi jatuh pada 22 Disember di Beijing.

Oleh sebab solstis musim sejuk mesti jatuh pada bulan ke-11 takwim Cina, bulan ke-11 itu bukanlah dari 23 November 1984 hingga 21 Disember 1984 seperti di Vietnam, tetapi dari 22 Disember 1984 hingga 20 Januari 1985. Kesannya, Tahun Baru Vietnam 1985 disambut pada 21 Januari, manakala Tahun Baru Cina datang pada 20 Februari. Kedua-dua takwim Cina dan Vietnam kembali sekata setelah takwim Vietnam dimasukkan bulan lompat dari 21 Mac hingga 19 April.

Pada tempoh 1975   2100, hanya terdapat empat kali terjadinya Tahun Baru Qamari berlainan tarikh di Vietnam dan China, iaitu:

Tahun Tarikh Tahun Baru Vietnam Tarikh Tahun Baru Cina
1985 21 Januari 20 Februari
2007 17 Februari 18 Februari
2030 2 Februari 3 Februari
2053 18 Februari 19 Februari

Masyarakat Vietnam juga mengenali zodiak Cina tetapi membuat kelainan. Bintang lembu diganti kerbau, manakala arnab diganti kucing.

Rujukan

Pautan luar

Read other articles:

BMW M62/S62PembuatBMWProduksi1994–2005PendahuluBMW M60PenerusBMW N62Mesin Jaguar AJ-V8 (Range Rover)KonfigurasiDOHC 90° V8 BMW M62 adalah mesin piston V8 DOHC yang menggantikan M60 dan diproduksi tahun 1994-2005. M62 dilengkapi Alusil cylinder liner[1] dan timing chain sebaris tunggal.[2] Pada tahun 1998, variable valve timing (VANOS) ditambahkan ke M62. Desain Blok mesin M62 terbuat dari Aluminium dengan Alusil atau Nikasil,[3][4] tergantung negara tujuan p...

 

Plot indeks-h Indeks-h (Inggris: h-indexcode: en is deprecated ) merupakan indeks yang mencoba untuk mengukur baik produktivitas maupun dampak dari karya yang diterbitkan seorang ilmuwan atau sarjana. Indeks ini didasarkan pada jumlah karya ilmiah yag dihasilkan oleh seorang ilmuwan dan jumlah sitasi (kutipan)p yang diterima dari publikasi lain. Indeks ini juga dapat diterapkan pada produktivitas dan dampak dari sekelompok ilmuwan, seperti departemen atau universitas atau negara. Indeks ini d...

 

Ada usul agar artikel ini digabungkan dengan Candi Banon. (Diskusikan) Mitologi Foto Arca Ganesha yang diambil dari Museum Nasional Indonesia dengan kondisi yang sudah diperbaiki pada beberapa bagian. Ganesha dalam mitologi Agama Hindu merupakan anak dari seorang Dewa Siwa dan Dewi Parwati. Ia juga dikenal sebagai Dewa Ilmu Pengetahuan, Kebijaksanaan, dan Penghancur Rintangan.[1] Dewa Ganesha digambarkan sebagai laki-laki dengan perut buncit atau disebut dengan tundila, berkepala gaja...

Untuk kegunaan lain, lihat Lempuyang (disambiguasi). Untuk stasiun kereta api yang secara etimologis berasal dari kata lempuyang, lihat Stasiun Lempuyangan. Lempuyang Zingiber zerumbet Status konservasiKekurangan dataIUCN96816015 TaksonomiDivisiTracheophytaSubdivisiSpermatophytesKladAngiospermaeKladmonocotsKladcommelinidsOrdoZingiberalesFamiliZingiberaceaeGenusZingiberSpesiesZingiber zerumbet Sm., 1806 Tata namaBasionimAmomum zerumbet (en) lbs Lempuyang atau lempuyang wangi (Zingiber zerumbet...

 

L'appellation roi d'Irlande (en irlandais « Ri na hÉireann ») a été utilisée pendant trois périodes distinctes de l'histoire de l'Irlande. Pendant les siècles qui précédèrent 1169, l'Irlande était vraisemblablement en train de devenir un royaume régi par un haut-roi d'Irlande. À la suite de l'incursion cambro-normande de 1169 en Irlande, Henri II d'Angleterre et ses successeurs devinrent « seigneurs d'Irlande ». Le traité de Windsor de 1175 reconnut comme ...

 

The Rajah's Diamond The Rajah's Diamond on New Arabian NightsAuthorRobert Louis StevensonCountryScotlandLanguageEnglishSeriesLater-day Arabian NightsGenreDetective fiction short storyPublisherLondon MagazinePublication dateJune–October 1878Media typePrint (Periodical)Preceded byThe Suicide Club  The Rajah's Diamond is a cycle of four short stories by Robert Louis Stevenson. First published in 1878 in a serial periodical London Magazine, they were republished in the first vol...

دوريس سالامو معلومات شخصية الاسم الكامل دوريس سالامو فواكومبوتو الميلاد 18 أبريل 1984 (العمر 39 سنة)كينشاسا، زائير الطول 1.75 م (5 قدم 9 بوصة) مركز اللعب الهجوم الجنسية جمهورية الكونغو الديمقراطية  معلومات النادي النادي الحالي النادي الأهلي المسيرة الاحترافية1 سنوات ف...

 

1981 1988 Élections législatives de 1986 dans le Haut-Rhin 7 sièges de députés à l'Assemblée nationale 16 mars 1986 Corps électoral et résultats Inscrits 430 141 Votants 333 235   77,47 %  13,5 Votes exprimés 312 534 Droite parlementaire – Pierre Weisenhorn Liste Rassemblement pour la RépubliqueUnion pour la démocratie française Voix 143 906 49,65 %   8 Députés élus 4  2 Majorité présidentielle – ...

 

Perencanaan transportasi adalah suatu perencanaan kebutuhan prasarana transportasi seperti jalan, terminal, pelabuhan, pengaturan serta sarana untuk mendukung sistem transportasi yang efisien, aman dan lancar serta berwawasan lingkungan. Proses perencanaan transportasi Proses perencanaan transportasi Diawali dengan identifikasi awal kenapa perencanaan diperlukan, dilanjutkan dengan pengumpulan informasi mengenai pola perjalanan melalui survai asal tujuan beserta pengumpulan data sekunder, mod...

Rymanówlapangan pasar Lambang kebesaranNegara PolandiaKevoivodian SubcarpathianKabupatenKrosnoGminaRymanówDidirikanAbad ke-14Hak kota1376Pemerintahan • Wali kotaJan RajchelLuas • Total12,39 km2 (478 sq mi)Populasi (2006) • Total3.564 • Kepadatan2,9/km2 (7,5/sq mi)Zona waktuUTC+1 (WET) • Musim panas (DST)UTC+2 (WMPET)Postal code38-480Kode area telepon+48 13Plat mobilRKRSitus webhttp://www.rymanow.pl/ Wi...

 

Questa voce o sezione sull'argomento biologia contiene errori ortografici o sintattici oppure è scritta in una forma migliorabile. Contribuisci a correggerla secondo le convenzioni della lingua italiana e del manuale di stile di Wikipedia. Segui i suggerimenti del progetto di riferimento. Lupo italianoOrigine Italia Altezza al garreseMaschio 60-70 cm[1]Femmina 58-65 cm[1] Razze canine Il lupo italiano è una razza canina di origine italiana. Secondo il creatore del...

 

Classical music radio station in Toronto CFMZ-FMToronto, OntarioBroadcast areaGreater Toronto AreaFrequency96.3 MHz (FM) (HD Radio)BrandingThe New Classical 96.3 FMProgrammingFormatClassical musicHD2: CFZMOwnershipOwnerZoomerMedia(MZ Media Inc.)Sister stationsCFMO-FM, CFMX-FM, CFZMHistoryFirst air date1988Former call signsCFMX-FM-1 (1988–2008)Call sign meaningCF Moses ZnaimerTechnical informationLicensing authorityCRTCClassC1ERP26,200 watts (average)60,000 watts (peak)HAAT283.6 meters (930&...

Северный морской котик Самец Научная классификация Домен:ЭукариотыЦарство:ЖивотныеПодцарство:ЭуметазоиБез ранга:Двусторонне-симметричныеБез ранга:ВторичноротыеТип:ХордовыеПодтип:ПозвоночныеИнфратип:ЧелюстноротыеНадкласс:ЧетвероногиеКлада:АмниотыКлада:Синапси...

 

2020年夏季奥林匹克运动会波兰代表團波兰国旗IOC編碼POLNOC波蘭奧林匹克委員會網站olimpijski.pl(英文)(波兰文)2020年夏季奥林匹克运动会(東京)2021年7月23日至8月8日(受2019冠状病毒病疫情影响推迟,但仍保留原定名称)運動員206參賽項目24个大项旗手开幕式:帕维尔·科热尼奥夫斯基(游泳)和马娅·沃什乔夫斯卡(自行车)[1]闭幕式:卡罗利娜·纳亚(皮划艇)&#...

 

Pasak pondasi HurriPasak pondasi Hurri di LouvreBahan bakutembaga, batu kapurUkuranLouvre: 122 cm × 85 cm (48 in × 33 in)Met: 117 cm × 79 cm (46 in × 31 in)Sistem penulisanHuruf paku dalam bahasa HurriDibuatc. 2300—ca. 2159 BCEPeriodeKekaisaran Akkadia/HurriDitemukanTidak diketahuiTempat ditemukanKuil Nergal, Urkesh, SuriahLokasi sekarangMusée du Louvre, ParisMetropolitan Museum of Art, New YorkIdentifikasiLouvre: ...

Chemical compound ANA-12Clinical dataATC codeNoneIdentifiers IUPAC name N-[2-[(2-oxoazepan-3-yl)carbamoyl]phenyl]-1-benzothiophene-2-carboxamide CAS Number219766-25-3 YPubChem CID2799722ChemSpider2078460UNII54S4JPT8JXCompTox Dashboard (EPA)DTXSID501045818 ECHA InfoCard100.229.925 Chemical and physical dataFormulaC22H21N3O3SMolar mass407.49 g·mol−13D model (JSmol)Interactive image SMILES C1CCNC(=O)C(C1)NC(=O)C2=CC=CC=C2NC(=O)C3=CC4=CC=CC=C4S3 InChI InChI=1S/C22H21N3O3S/c26-20(25-1...

 

History of women's right to vote in Canada Presentation of petition by Political Equality League for enfranchisement of women, Winnipeg, 23 December 1915 Political cartoon commenting on women's voting rights in Quebec Women's suffrage in Canada occurred at different times in different jurisdictions to different demographics of women. Women's right to vote began in the three prairie provinces. In 1916, suffrage was earned by women in Manitoba, Saskatchewan, and Alberta. The federal government ...

 

National Basketball Association team in San Francisco, California Golden State Warriors 2023–24 Golden State Warriors seasonConferenceWesternDivisionPacificFounded1946HistoryPhiladelphia Warriors1946–1962San Francisco Warriors1962–1971Golden State Warriors1971–present[1][2][3][4]ArenaChase CenterLocationSan Francisco, CaliforniaTeam colorsRoyal blue, yellow[5][6]   Main sponsorRakuten[7]PresidentBrandon Schneider[8&...

ألفريد ندياي (بالفرنسية: Alfred N'Diaye)‏  معلومات شخصية الميلاد 6 مارس 1990 (العمر 34 سنة)باريس الطول 1.86 م (6 قدم 1 بوصة)[1][1] مركز اللعب مُدَافِع  الجنسية فرنسا السنغال  معلومات النادي النادي الحالي مالقا الرقم 18 مسيرة الشباب سنوات فريق 1999–2004 US Vandœuvre 2004–2008 إي أ...

 

Усташихорв. Ustaša – Hrvatski revolucionarni pokret Лидер Анте Павелич Основатель Анте Павелич Основана 7 января 1929 Упразднена 25 мая 1945 (де-факто) Штаб-квартира Турин, Болонья, Италия (1929—1941)Загреб, Хорватия(1941—1945) Страна  Королевство Югославия НГХ Идеология хорватский национализм, ...