Biarpun turut dipanggil "cencurut pokok", dan awalnya pernah dikelaskan dalam Insectivora, ia bukanlah cencurut sebenar dan bukan semua spesies hidup di atas pokok. Ia maserba; antara hal lainnya, tupai muncung makan buah.
Tupai muncung mempunyai purata otak dengan berat badan yang lebih tinggi berbanding mana-mana mamalia lain, termasuk manusia,[4] namun purata tinggi bukanlah tidak umum untuk binatang yang beratnya kurang daripada 1 kg (2 lb).
Di kalangan order mamalia lain, tupai muncung berkait rapat dengan primat, dan ada dipakai sebagai alternatif bagi primat dalam penyelidikan uji kaji bagi miopia, tekanan psikososial, dan hepatitis.[5]
Nama
Nama Tupaia terbit daripada tupai, iaitu perkataan Melayu untuk binatang tersebut,[6] dan telah diajukan oleh Tuan Stamford Raffles.[7]
Penerangan
Tupai muncung adalah binatang langsing dengan ekor panjang dan bulu lembut yang perang kemerahan hingga keabuan. Spesies daratan cenderung lebih besar daripada bentuk arboreal, dan mempunyai cakar yang lebih besar, yang ia pakai untuk menggali mangsa jenis serangga. Ia mempunyai gigi asu yang berkembang teruk dan geraham yang tak mengkhusus, dengan rumus gigi keseluruhan [8]
Tupai muncung mempunyai penglihatan yang baik, yang merupakan dwimata dalam hal bagi kebanyakan spesies arboreal.
Ada 23 spesies yang ditempatkan dalam empat genus, yang mana dibahagikan kepada dua keluarga. Majoritinya adalah keluarga tupai muncung "biasa", Tupaiidae, namun satu spesies, iaitu tupai akar malam, cukup berlainan untuk mewajarkan penempatannya dalam keluarga tersendiri, Ptilocercidae; dua keluarga ini dikatakan telah terpisah 60 juta tahun lalu.[9] Genus asal Tupaiidae, Urogale, telah dibubarkan pada 2011 apabila tupai muncung Mindanao dipindahkan ke Tupaia berdasarkan filogeni molekul.[9][10]
^ ab
Roberts, T.E.; Lanier, H.C.; Sargis, E.J.; Olson, L.E. (2011). "Molecular phylogeny of treeshrews (Mammalia: Scandentia) and the timescale of diversification in Southeast Asia". Molecular Phylogenetics and Evolution. 60 (3): 358–372. doi:10.1016/j.ympev.2011.04.021. PMID21565274.