Tipu Sultan (lahir Sultan Fateh Ali Sahab Tipu,[2] 20 November 1750 – 4 Mei 1799), juga dikenali sebagai Tipu Sahab atau Harimau Mysore,[3] adalah pemerintah kerajaan beraja Mysore yang terletak di India Selatan dan seorang perintis artileri roket.[4][5][6] Beliau telah memperkenalkan sejumlah inovasi pentadbiran semasa pemerintahan beliau,[7] termasuk satu sistem matawang dan kalendar baharu,[8] dan sebuah sistem hasil tanah baharu yang mencetuskan perkembangan industri sutera Mysore.[9] Beliau memperluaskan penggunaan roket Mysore dan menghasilkan manual ketenteraan Fathul Mujahidin. Beliau menggunakan roket-roket ini bagi menentang kemaraan tentera British dan sekutunya semasa Perang Anglo-Mysore, termasuk dalam Pertempuran Pollilur dan Pengepungan Seringapatam. Beliau juga memulakan sebuah program pembangunan ekonomi yang menjadikan Mysore sebagai sebuah kuasa ekonomi, antara gaji sebenar dan standard hidup tertinggi di dunia pada akhir kurun ke-18.[10]
Napoleon Bonaparte, seorang panglima Perancis telah memohon satu pakatan dengan Tipu Sultan. Kedua-dua Tipu Sultan dan bapa beliau telah menggunakan tentera yang dilatih oleh Perancis dengan sokongan Perancis untuk melawan British,[11][12] dan dalam pergelutan Mysore dengan kuasa-kuasa berjiran dengannya, seperti Maratha, Sira, dan para pemerintah di Malabar, Kodagu, Bednore, Carnatic, dan Travancore. Bapa Tipu, Hyder Ali, menaiki takhta apabila berjaya menawan Mysore,[perlu rujukan] dan Tipu mengantikan beliau sebagai pemerintah Mysore setelah kematian bapa beliau pada tahun 1782. Beliau mendapat kemenangan-kemenangan penting ke atas British dalam Perang Anglo-Mysore Kedua dan merundingkan Perjanjian Mangalore 1784 dengan British selepas kematian bapa beliau akibat kanser pada bulan Disember 1782 semasa Perang Anglo-Mysore Kedua.
Konflik Tipu dengan jiran-jiran beliau termasuk Perang Maratha–Mysore yang mana berakhir dengan Perjanjian Gajendragarh.[13] Perjanjian ini memerlukan Tipu Sultan untuk membayar 4.8 juta rupees sebagai pampasan sekali bayar untuk kos perang kepada Marathas, dan sumbangan tahunan sebanyak 1.2 juta rupees selain tambahan memulangkan kesemua wilayah yang ditawan oleh Hyder Ali.[14][15]
Tipu menjadi seorang musuh yang sukar ditewaskan oleh Syarikat Hindia Timur British, mencetus sebuah konflik dengan serangan beliau ke atas sekutu British, Travancore pada tahun 1789. Dalam Perang Anglo-Mysore Ketiga, beliau telah dipaksa menandatangani Perjanjian Seringapatam, dengan kehilangan sejumlah wilayah yang dahulunya ditawan, termasuk Malabar dan Mangalore. Beliau telah menghantar duta-duta ke negara-negara luar termasuk empayar Uthmaniyah, Afghanistan, dan Perancis, dalam satu cubaan untuk mengumpul sekutu untuk menentang British.
Pandangan Pintu Hoally, Srirangapatnam, di mana Tipu Sultan terbunuh, Seringapatam (Mysore), oleh Thomas Sydenham (sekitar 1799)
Sebuah blunderbuss flintlock, dibuat untuk Tippu Sultan di Seringapatam pada tahun 1793-94. Tippu Sultan menggaji ramai tukang-tukang Barat, dan senjata ini menggambarkan teknologi terkini pada zaman itu.[29]
Meriam yang digunakan oleh Tippu Sultan dalam pertempuran di Seringapatam 1799
^1 Dr. Gurusiddaiah C, 2 Dr. BP Mahesh Chandra Guru, 3 Abhilash MS, 4 Dr. Sreekantaiah (January 2018). "Religious philosophy of Tipu Sultan"(PDF). www.educationjournal.in. International Journal of Multidisciplinary Education and Research. 3: 11–16. ISSN2455-4588.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Moma
Bacaan lanjut
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Tippoo Sahib". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 26 (ed. ke-11). Cambridge University Press.
Balakrishna, Sandeep, Tipu Sultan, The Tyrant of Mysore, Rare Publications
Grose, John Henry; Charmichael; ), John Carmichael (of the East India Company) (1777), A Voyage to the East IndiesCS1 maint: numeric names: authors list (link)
Thompson, Rev. E. W. (1990) [1923]. The last siege of Seringapatam. Mysore City: Wesleyan Mission. ISBN978-8120606029.
Agha, Shamsu. Tipu Sultan", "Mirza Ghalib in London";, "Flight Delayed", Paperback, ISBN0-901974-42-0
Ali, B Sheik. Tipu Sultan, Nyasanal Buk Trast
Amjad, Sayyid. 'Ali Ashahri, Savanih Tipu Sultan, Himaliyah Buk Ha®us
Banglori, Mahmud Khan Mahmud. Sahifah-yi Tipu Sultan, Himālayah Pablishing Hā'ūs,
Bhagwan, Gidwami S (1976). The Sword of Tipu Sultan: a historical novel about the life and legend of Tipu Sultan of India. Allied Publishers. OCLC173807200. A fictionalised account of Tipu's life.
Buddle, Anne. Tigers Round the Throne, Zamana Gallery, ISBN1-869933-02-8
Bowring, Lewin (1893). Haidar Ali and Tipu Sultan and the struggle with the Musalman powers of the south (1974 ed.). Delhi: ADABIYAT-I DELLI. ISBN81-206-1299-X.
Campbell, Richard Hamilton. Tippoo Sultan: The fall of Srirangapattana and the restoration of the Hindu raj, Govt. Press
Chinnian, P. Tipu Sultan the Great, Siva Publications
Habib, Irfan. State and Diplomacy Under Tipu Sultan: Documents and Essays, Manohar Publishers and Distributors, ISBN81-85229-52-X
Hashimi, Sajjad. Tipu Sultan, Publisher: Maktabah-yi Urdu Da®ijast
Home, Robert. Select Views in Mysore: The Country of Tipu Sultan from Drawings Taken on the Spot by Mr. Home, Asian Educational Services, India, ISBN81-206-1512-3
Kareem, C.K (1973). Kerala Under Haidar Ali and Tipu Sultan. Kerala History Association: distributors, Paico Pub. House.
V.M. Korath, P. Parameswaran, Ravi Varma, Nandagopal R Menon, S.R. Goel & P.C.N. Raja: Tipu Sultan: Villain or hero? : an anthology. (1993). ISBN9788185990088
Mohibbul Hasan. Tipu Sultan's Mission to Constantinople, Aakar Books, ISBN81-87879-56-4
Moienuddin, Mohammad. Sunset at Srirangapatam: After the death of Tipu Sultan, Orient Longman, ISBN81-250-1919-7
Pande, B. N. Aurangzeb and Tipu Sultan: Evaluation of their religious policies (IOS series), Institute of Objective Studies
Sharma, H. D. (1991). The real Tipu: A brief history of Tipu Sultan. Varanasi: Rishi Publ.
Sil, Narasingha P. "Tipu Sultan: A Re-Vision," Calcutta Historical Journal' (2008) 28#1 pp 1–23. historiography
Strandberg, Samuel. Tipu Sultan: The Tiger of Mysore: or, to fight against the odds, AB Samuel Travel, ISBN91-630-7333-1
Taylor, George. Coins of Tipu Sultan, Asian Educational Services, India, ISBN81-206-0503-9
Wigington, Robin. Firearms of Tipu Sultan, 1783–99, J. Taylor Book Ventures, ISBN1-871224-13-6
Confronting Colonialism: Resistance and Modernization Under Haider Ali and Tipu Sultan (Anthem South Asian Studies), Anthem Press, ISBN1-84331-024-4
Ashfaq Ahmed Mathur – "SALTANATH-E-KHUDADAT" and a book by Allama Iqbal ahmed (RH) "Daana e Raaz Diyaar e Dakan mein"