Ia lazim diperbuat daripada aluminium (75% yang dihasilkan seluruh dunia)[1] atau keluli berlapis timah (25%). Sekitar 370 bilion tin dihasilkan setiap tahun.[1]
Mekanisme
Pop-tab
Tab ini dipasangkan pada suatu rivet di permukaan tin di mana tab ini akan ditarik "mengoyakkan" suatu pembukaan di permukaan tersebut.
Tab jenis ini didapati sangat berbahaya kepada peminum yang terkena pembuka tersebut uang tercabut dan tenggelam dalam air kandungan tin.[2]
Ring-pull
Kaedah ini dipatenkan pada 1975 memperkenalkan kaedah pembukaan yang lebih diperbaiki di mana tab ini bertindak sebagai tuil menekan alur sebahagian tudung tin sehingga terkoyak lalu melipat koyakan tersebut di bawah tudung tin sekaligus mengurangkan kecederaan dan sampah terhasil oleh tab yang boleh ditanggalkan. [3]
Ukuran
Isipadu tampungan kaleng-kaleng ini berbeza mengikut peraturan ditetapkan dari negara ke negara. Minuman-minuman ringan di Malaysia dan Singapura paling kerap dijual berisipadu 300 ml untuk minuman tidak berkarbonat dan 325 ml untuk minuman berkarbonat. Saiz 330hingga 350 ml terhad kepada minuman yang diimport yang biasanya berharga jauh lebih mahal daripada minuman tempatan. Bekas minuman yang dijual di Indonesia pula (tin disebut sebagai "kaleng minuman") biasanya 330 ml.
Kedua-dua Malaysia dan Indonesia menetapkan isipadu tin yang dibenarkan untuk minuman keras seperti bir pada 320ml.