Setiap musim, empat orang jurulatih akan dilantik untuk mengkritik persembahan peserta dan membimbing pasukan yang terdiri daripada para peserta yang dipilih sepanjang musim itu berlangsung. Selain peserta, pemenang setiap musim juga terdiri daripada jurulatih kepada pemenang. Penyanyi yang pernah menjadi jurulatih adalah Adam Levine (musim 1-16), Blake Shelton, Christina Aguilera (musim 1–3, 5, 8, 10), CeeLo Green (musim 1–3, 5), Shakira (musim 4, 6), Usher (musim 4, 6), Gwen Stefani (musim 7, 9, 12, 17), Pharrell Williams (musim 7–10), Miley Cyrus (musim 11, 13), Alicia Keys (musim 11–12, 14) Jennifer Hudson (musim 13, 15), Kelly Clarkson (musim 14-), John Legend (musim 16-) dan Nick Jonas (musim 18-). [3]
The Voice mula bersiaran pada 26 April 26, 2011. Musim ke-17 telah mula disiarkan pada 23 September 2019. Pada 18 Oktober 2016, NBC telah mengesahkan pembaharuan musim ke-13.[4]
Konsep
Diadaptasi dari The Voice of Holland, NBC mengumumkan rancangan di bawah nama The Voice of America pada Disember 2010;[5] sebelum ditukar menjadi The Voice.[6] Setiap musim, pemenang akan menerima $100,000 dan kontrak bersama Universal Republic Records (musim 1 & 2), Universal Music Group (musim 3–kini).
Jurulatih
CeeLo Green dari Gnarls Barkley dan Adam Levine dari Maroon 5 telah menjadi jurulatih pertama yang sah pada Februari 2011,[7] diikuti oleh Christina Aguilera[8] dan Blake Shelton pada Mac.[9] Aguilera dan Green tidak terlibat pada musim keempat dan diganti oleh Shakira dan Usher.[10] Namun, Aguilera dan Green kembali pada musim kelima, manakala Shakira dan Usher kembali untuk musim keenam.[11][12] Menerusi temubual bersama Ellen DeGeneres pada Februari 2014, Green mengesahkan beliau tidak akan kembali dalam The Voice.[13] Pada 31 Mac 2015, Pharrell Williams telah diumumkan sebagai mengantikan tempat Green.[14] Pada 19 April 2014, penyanyi No Doubt, Gwen Stefani akan muncul pada musim ketujuh bagi menggantikan Aguilera yang sedang hamil.[15] Pada 20 Mei 2014, Shakira dan Usher mengesahkan mereka akan menumpukan perhatian pada kerjaya mereka selepas musim keenam. Walau bagaimanapun, mereka tidak menafikan sebarang kemungkinan untuk kembali.[16] Pada 25 Mac 2016, Miley Cyrus mengesahkan akan menjadi jurulatih pada musim ke-11 selepas ditugaskan menjadi penasihat utama untuk musim ke-10. Miley menggantikan Aguilera.[17] Dalam masa yang sama, Alicia Keys turut diumumkan sebagai jurulatih baharu bagi musim ke-11.[18] Pada 18 Oktober 2016, Stefani diumumkan akan kembali menjadi jurulatih bersama-sama dengan Keys, Levine dan Shelton untuk musim ke-12, manakala Cyrus akan kembali untuk musim ke-13 Jennifer Hudson, musim ke-14 Kelly Clarkson, musim ke-16 John Legend, dan musim ke-18 Nick Jonas.[4]