Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Mac 2023)
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (Mac 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Sepanyol itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|es|Shakira}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Shakira Isabel Mebarak Ripoll (Arab: شاكيرا إيزابيل مبارك ريبولcode: ar is deprecated , lahir 2 Februari 1977)[3][4] atau Shakira ialah seorang penyanyi dan penulis lagu dari Colombia.[5]
Beliau mendedahkan banyak bakatnya di sekolah sebagai penghibur secara langsung, menunjukkan kemahiran vokal dengan rock and roll berpengaruh Latin dan Timur Tengah dengan tarian perutnya yang asli. Beliau dijolok sebagai "Ratu Muzik Latin"[6] yang handal kemahiran muziknya[7] sehingga menarik perhatian banyak pendengar sedunia bukan penutur bahasa Sepanyol luar Amerika Latin kepada muzik Latino;[8] lagi-lagi dengan album Laundry Service tahun 2001 yang terjual lebih 13 juta salinan seluruh dunia.
Awal hayat dan pendidikan
Shakira Isabel lahir pada 2 Februari 1977 in Barranquilla, pantai utara Colombia. Beliau anak tunggal kepada William Mebarak Chadid, seorang keturunan Arab Lubnan asal Bandar Raya New York[9][10][11][12] dan Nidia Ripoll Torrado, seorang keturunan keluarga berbangsa Catalonia yang berhijrah ke Colombia abad ke-19;[13][10] beliau mempunyai enam kakak abang tiri hasil perkahwinan ayahnya.[14] Beliau dibesarkan dalam anutan Gereja Katolik malah mendapat pendidikan dalam sekolah diuruskan pihak gereja tersebut[15]
Beliau mula minat menulis pada usia empat tahun.[16] Beliau tertarik dengan mesin taip yang digunakan ayahnya mengarang cerita sehingga mahukan benda sama sebagai hadiah hari Natal; beliau dapat mesin taip baru ketika berusia 7 tahun[16] yang digunakan untuk mengarang banyak sajak yang menjadi lagu. Pada waktu sama juga beliau menaruh minat menjadi seorang penghibur apabila berada di sebuah restoran Arab bersama ayahnya dan mula menari gelek sedengar irama gendang darbukah yang dimainkan di sana.[17]
Beliau sering menunjukkan kemahiran tarian geleknya kepada rakan-rakan sekelasnya setiap minggu[17] yang menyemarakkan cita-citanya sebagai seorang seniwati.[18][14] Beliau pernah mencuba nasib memasuki grup paduan suara sekolahnya tetapi ditolak guru muziknya yang tidak senang vibrato nya "seperti [bunyi] seekor kambing".[17][19]
Kerjaya muzik
1995-2000: Permulaan dalam dunia muzik bahasa Sepanyol
^"Shakira: Singer (1977–)". Biography. A&E Networks. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2013. Dicapai pada 28 March 2013.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
Krohn, Katherine (2007). Biography Shakira. Lerner Publishing Group, Inc. m/s. 11. ISBN978-0-8225-7159-9. 'Yo soy una fusion. I am a fusion,' says Shakira. 'That's my persona. I'm a fusion between black and white, between pop and rock, between cultures—between my Lebanese father and my mother's Spanish blood, the Colombian folklore and Arab dance I love and American music.'
^ ab"Shakira". Biography.com. Dicapai pada 17 August 2021.
^ abcWright, Evan (11 April 2002). "Cover Story: Shakira". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2009. Dicapai pada 24 April 2007.