Thani Oruvan (Bahasa Inggeris: The only one) merupakan filem aksi-seram ngeriBahasa Tamil tahun 2015 dari India.Filem arahan M.Raja ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis Mithran yang dalam usaha menangkap penjenayah kaya dan licik bernama Siddharth Abhimanyu. Filem yang penuh dengan aksi kejar-mengejar dan permainan minda ini dibintangi oleh Jayam Ravi, Arvind Swamy dan Nayantara sebagai peneraju.. Runut bunyi bagi filem ini diarah oleh Hiphop Tamizha dan sinematografi dikendalikan oleh Ramji[1]. Filem ini dikeluarkan pada 28 Ogos 2015 untuk ulasan positif dengan pujian kritis yang memuji jalan cerita serta lakonan Jayam Ravi dan Arvind Swamy.
Pelakon
Jayam Ravi sebagai Mithran IPS
Aravind Swamy sebagai Dr. Siddharth" Abhimanyu
Ganesh Venkatraman sebagai Shakthi
Vamsi Krishna sebagai Vicky
Nayantara sebagai Mahima
Rahul Madhav sebagai Janardhan (Jana)
Nassar sebagai Ketua Menteri
Thambi Ramaiah sebagai Sengalvarayan,Bapa Dr. Siddharth's
Harish Uthaman sebagai Suraj
Sricharan sebagai Kathiresan
Abhinaya sebagai Manimekalai
Nagineedu sebagai Ashok Pandian
Sanjana Singh sebagai Ammulu
Mugdha Godse sebagai Shilpa
Produksi
Pada bulan Februari 2013, Mohan Raja menyatakan bahawa beliau akan mengarahkan sebuah filem dengan adiknya,Jayam Ravi sebagai pelakon utama. Pada bulan Julai 2013, Nayantara ditandatangani pada untuk menjadi pelakon wanita utama[2]. Filem ini bermula tanpa tajuk dan dirujuk oleh tajuk tentatif, Thani Oruvan, yang telah disahkan sebagai tajuk rasmi filem itu pada bulan Jun 2014.
Penggambaran filem bermula pada 6 Disember 2013, dengan jadual dua hari di Chennai.Kru kemudian berpindah ke Bengaluru pada Januari 2014 di mana penggambaran telah berlangsung di sebuah kolej latihan polis.Penggambaran filem ini turut dijalankan di Rishikesh, Dehradun dan Mahabalipuram.