Tentera Udara Bernombor atau Numbered Air Force (NAF) ialah sejenis organisasi dalam Tentera Udara Amerika Syarikat yang merupakan unit bawahan kepada Markas Utama (Major Command atau singkatan MAJCOM) dan telah diberikan unit-unit beroperasi seperti Wing, Skuadron, dan Grup.[1]Komponen Tentera Udara Bernombor (C-NAF) mempunyai peranan tembahan sebagai sebuah Komponen Pemerintahan Tentera Udara yang menjalankan perintah dan kawal ke atas angkatan udara dan angkasa bagi menyokong Markas Medan Bersepadu.[2] Tidak seperti MAJCOM, yang mempunyai peranan pengurusan, NAF adalah sebuah organisasi taktikal dengan fokus operasi, dan tidak mempunyai fungsi staf yang sama seperti MAJCOM.[2] Tentera udara bernombor lazimnya diperintah oleh seorang Mejar Jeneral atau Leftenan Jeneral.
Designasi berangka bagi Tentera Udara Bernombor ditulis secara berhuruf (contohnya Tentera Udara Kelapan bukannya Tentera Udara Ke-8), tetapi angka Arab digunakan secara singkatan (contohnya 8 AF).[1][3] Unit-unit dibawah sebuah NAF pada umumnya dinomborkan 6XX (yang mana XX adalah nombor NAF itu).[1] Sebagai contoh, Pusat Operasi Udara dan Angkasa Ke-618 (Pusat Kawalan Angkut Udara Penangki) ialah sebuah unit bawahan kepada Tentera Udara Kelapan Belas.
Senarai Tentera Udara Bernombor
Jadual dibawah menyenaraikan sejarah dan tentera udara bernombor terkini AS, designasi C-NAF mereka (jika berkenaan), jata terkini dan pangkalan mereka, dan penugasan ke markas utama (MAJCOM). Perhatikan asal usul sesetengah tentera udara bernombor diteruskan oleh organisasi bukan NAF (contohnya Pasukan Petugas Mobiliti Ekspedisi Ke-15 meneruskan asal usul Tentera Udara Kelima Belas). Huruf tebal menandakan NAF atau C-NAF yang kini aktif.
Air Force Reserve Command NAF for all AFRC B-52 units gained by AFGSC; all AFRC E-3, F-22, F-15C/D, F-15E, F-16, A-10, HC-130, HH-60, C-145, U-28, MQ-1, MQ-9 and RQ-4 units gained by ACC, PACAF and AFSOC, and all AFRC T-6, T-1 and T-38 "Associate" flying training units in support of AETC; 10 AF also has oversight for a single AFRC space wing in support of AFSPC
Oversees all USAF flying training, to include all undergraduate flight training and selected Formal Training Units (FTU) and Replacement Training Units (RTU)
^McCullough, Amy, "ISR Agency Becomes 25th Air Force", Air Force Magazine: Journal of the Air Force Association, November 2014, Volume 97 No. 11, p. 22