Tembok ini sangat dikenali kerana kekuatannya yang mampu menjadikan ia paling terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan hari ini. Tambahan kepada kegunaannya sebagai kubu pertahanan, ia dipercayai bahawa pintu pagar tembok juga digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan.
Sebahagian besar tembok masih wujud, terutamanya dibahagian tengah, dan kebanyakan tembok tersebut boleh disusur dengan berjalan kaki. Ia merupakan tumpuan pelancong paling popular di Utara England, di mana ia sering kali dikenali hanya sebagai Tembok Rom. Ia dijadikan Tapak Warisan DuniaUNESCO pada 1987. English Heritage, organisasi kerajaan yang mengendalikan persekitaran bersejarah di England, menggambarkan binaan ini sebagai "monumen paling penting didirikan tamadun Rom di Britain".[1]