Teluk Aqaba (Arab: خَلِيج الْعَقَبَةcode: ar is deprecated ; transliterasi: Khalīj al-ʿAqabah) atau Teluk Eilat (Ibrani: מפרץ אילת, rumi: Mifratz Eilatcode: he is deprecated di entiti Israel serta dalam banyak sumber-sumber sebelum kurun ke-20) adalah sebuah teluk besar di Laut Merah.
Geografi
Teluk ini terletak ke arah timur Semenanjung Sinai dan barat tanah besar Arab. Ia dan Teluk Suez merupakan dua teluk yang memanjang daripada bahagian utara Laut Merah; Teluk Aqaba terletak di timur Teluk Suez. Jordan, Mesir, Israel dan Arab Saudi berkongsi garis pantai di teluk ini. Teluk ini mempunyai kedalaman maksimum sehingga 1,850 meter di tengah lembangan (Teluk Suez adalah lebih lebar tetapi kedalamannya kurang 100 meter).